Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 11 Mac 2009

Nrocinu ... Keamanan


Sebut nama Unicorn kita tahu ianya ialah sejenis mahluk mitologikal yang menyerupai kuda tetapi bertanduk satu. Perkataan unicorn berasal dari bahasa latin iaitu unus (one) dan cornu (horn) dan yang menariknya unicorn bila diterbalikkan menjadi NROCINU. Ini bukanlah nak bercerita mengenai unicorn tetapi Nrocinu band tempatan yang pernah menjuarai pertandingan realiti band rock - Rock Unite.
Bertitik tolak dari pertandingan itu Nrocinu mulai melangkah menongkah dunia metal tempatan berbekal semangat kemenangan dan sebuah hasil karya sulung mereka berjudul ‘Keamanan’ telahpun menermui peminat metal tempatan.
Berasas pada tapak muzik heavy metal, mereka seakan cuba bereksperimentasi dengan muzik heavy metal yang ada sedikit kelainan. Selain instrument tipikal rock terdapat juga penggunaan instrument tradisional melayu. Elemen lain kurang jelas namun suntikan elemen seperti fussion ke dalam melodi heavy metal mereka juga agak jelas ini menjadikan bunyi heavy metal yang segar serta moden berbanding dengan bunyi heavy metal total yang seringkali kita dengar dengan penggunaan instrument tipikal yakni bunyi riff gitar yang berat, lead gitar yang rancak dan kadangkala melow, bass yang bombastik serta pukulan drum yang moody.
Maka dengan gabungan elemen yang agak unik dan menarik itu menjadikan bunyi heavy metal Nrocinu segar terutama dengan suntikan elemen fushion. Namun untuk menikmati dan merasai muzik Nrocinu tidak cukup sekali dengar album sulung mereka, Keamanan.Album yang diterbitkan oleh Mus May itu menampilkan 13 trek lagu seperti berikut;
1. Pengganas
2. Langkah mulaan
3. Kepuraan
4. Sarjan Hassan
5. Pendekar tanganh berapi
6. Kenangan di KUiTTHO
7. Luahan
8. Merdeka
9. Keliru
10. Keamanan
11. The fandango of life
12. Tolonglah aku (Kiri) lagu bonus sebagai guest band
13. Drakula (Sharin band) lagu bonus sebagai guest band
Nrocinu terdiri daripada
Kamarul Ariffin Borhan Nordin (Roll) –vokalis
Ahmad Shah Ziri Mohamed (Shah Sidious) – gitar
Mohd. Safizra Abd. Rahim (Alan) – bass
Mohd. Ghazal Hairder (Zali) - dram

Tiada ulasan: