Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 12 Mac 2009

Rock Selamba Mini Gig 09



Ternyata Eksklusif Bersama…. Def Gab C, Aisunam, Poetical Kingdom dan Kiri memberi satu impak yang cukup baik pada nama Rock Selamba Mini Gig 09 yang berlangsung di Auditorium P. Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Projek sulung Rock Selamba itu bakal member satu lagi peluang pada pemuzik khasnya rockers dan metalers untuk terus berkarya. shaqmetal berkesempatan menyaksikan gig tersebut dari awal hingga akhir, memang berbaloi itu komen pertama dari shaqmetal. Mana tidaknya… dikatakan eksklusif, betul-betul eksklusif semua penonton yang hadir semua mendapat tempat yang cukup selesa, tiada pandangan yang terhalang oleh penonton yang berdiri, system bunyinya yang ampuh… kelas, tapi yang pentingnya selesa duduk sejam setengah menyaksikan Mini Gig tersebut. Dalam duduk selesapun keriuhan dan kemeriahn sebuah mini gig tetap terserlah dengan komunikasi antara band dan penonton dan sokongan dari penonton yang sporting padea malam tersebut.


Memang kalau dengar masa publisiti menerusi radio semacam alamak… kenapa sikit sangat pas yang dikeluarkan untuk menonton mini ngig tersebut? Tapi perancangan orang Rock Selamba dan MUZIKfm adalah tepat lantaran itu adalah eksklusif untuk pendengar Rock Selamba yang bertuah.
Membuka tirai persembahan malam tersebut Poetical Kingdom memainkan sebuah lagu instrumental yang mampu memberi semangat rock pada permulaan mini gig yang menampakkan hasilnya. Kemudian Poetical Kingdom mempersembahkan 4 lagu terbaik dari album mereka. Pembuka tirai dari Poetical Kingdom boleh dikatakan memberangsangkan meskipun Nampak mereka tidak all out melihat pada persembahan mereka, namun itu sudah cukup sebagai persembahan pembuka tirai.
Selepas rehat seketika 2nd frame untuk mini gig tersebut dihangatkan oleh Def Gab C yang sudah lama menempa nama dengan pengalaman yang cukup luas menjadikan persembahan mereka cukup mantap dan bertenaga. Asyeed memberikan persembahan yang mantap disamping gandingan yang cukup menarik dari ahli band yang lain. Persembahan dari Def Gab C tidak perlu dipertikaikan lagi lantaran lagu seperti Merah dan Pelangi Petang membawa sekali penonton menyanyi bersama-sama. Dengan pengalaman yang ada Asyeed pandai mengambil peluang dalam waktu yang cukup terhad buat mereka untuk membawa penonton bersama dalam persembahan mereka. Suasana gig terus hangat dengan persembahan dari Def Gab C.


Sebagai band baru dalam dunia rock tempatan Kiri tampil untuk 3rd frame mini gig malam tersebut. Shaqmetal mengharapkan sesuatu yang mungkin dapat terus menghangatkan suasana gig tersebut, namun hampa. Kiri seoalah-olah kurang bermaya pada persembahan mereka malam tersebut. Lantaran mood yang sudah naik terus turun dengan persembahan hambar dari Kiri. Telahan shaqmetal jauh tersasar sebenarnya yang mana mengharapkan persembahan yang mantap dari band Kiri namun kehampaan yang dihidangkan buat shaqmetal dan penonton yang lain. Apakah dengan alas an masih baru atau setahun jagung cukup untuk menutup kehambaran persembahan Kiri? Atau apakah alasan malu memadai untuk menyelimut kehampaan penonton? Kalau malu tak payah buat persembahan dan kalau masih setahun jagung kenapa tak tunjukkan kehebatan? Inilah masanya untuk mereka menunjukkan yang mereka hebat. Peluang dan ruang telah disediakan oleh MUZIkfm, namun andai disia-siakan sahaja bukan sahaja MUZIkfm yang akan mengeleng kepala malah band itu sendiri juga akan rugi. Shaqmetal nak bertanya pada penganjur-penganjur konsert atau gig-gig… apakah mereka akan mengambil band yang malu-malu atau membuat persembahan ala-ala kadar atau alaaa janji buat cukuplah untuk terlibat dalam show mereka…. Pasti tidak jawabnya. Jadi kenapa ruang, peluang dan platform yang telah disediakan tidak digunakan sepenuhnya… rugi betul! Fikirkanlah.


Hahhhhh!!! 4th frame… gua tabik la lu all Aisunam…. Ini merupakan kali pertama shaqmetal menonton persembahan Aisunam. Katakan kalau gig tersebut berbayar RM10 ke RM20….. berbaloi! Persembahan Aisunam betul-betul menyelamatkan keadaan yang sudah mula suram. Rockers dan metalers sepatutnya salute kat you all. Persembahan Aisunam cukup mantap dan hebat malam itu shaqmetal terpukau dan rasanya terbawa bersama ke dalam alunan muzik metal dan gaya persemabahan yang mantap Aisunam. Itulah yang dikatakan rock / metal band, dari lagu pertama hinggalah ke lagu terakhir mereka shaqmetal hayati bersama persembahan mereka. Serasa tak puas dengan persembahan mereka, semacam nak tengok lagi persembahan yang macam itu dari Aisunam malam itu… tapi sayang itu adalah penyudah dalam Rock Selamba Mini Gig 09. Sekalung tahniah buat Aisunam.

Tiada ulasan: