Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 10 April 2009

Leaves’ Eyes bakal tampil dengan album baru


Band yang pernah menghasilkan album Lovelurn dalam tahun 2004 dan album Vinland Saga dalam tahun 2005 bakal hadir dengan album baharu dalam tahun ini(2009). Setelah berehat panjang Leaves’ Eyes merancang untuk hadir dengan album terbaru yang berjudul Njord. Album yang bakal diberi judul Njord itu akan menemui peminat yang ternanti-nantikan hasil terbaru Leaves’ Eyes masih belum dipastikan bila akan dirilis. Lagu-lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut juga masih menjadi rahsia. Nantikan kemunculan album Njord 2009. Band Symphonic Gothic Metal yang berasal dari Ludwigsburg, Germany dan Stavanger, Norway ini ditubuhkan oleh suami Liv Kristine vokalis Leaves’ Eyes iaitu Alexander Krull dan ahli bandnya Atrocity.
Band symphonic gothic metal ini mengabungkan elemen-elemen folk dari Norway dan Jerman dan ditubuhkan dalam tahun 2003 sejurus sahaja Liv Kristine keluar dari band Theatre of Tragedy. Selain itu elemen seperti atmospheric, metal dan klasikal juga disatukan dalam gaya muzik dan lagu Leaves’ Eyes.
Ini menjadi lebih unik dengan vokal Liv Kristine, vokalis utama Leaves’ Eyes sesekali di bantu oleh backed up vokal dengan vokal death grunt oleh Alexander Krull .
Uniknya nama band Leaves’ Eyes ialah ianya diambil dari nama Liv Kristine iaitu Liv (Leaves’) dan leaves pula ada hubungkait dengan alam semulajadi yang mana ianya menjadi sumber inspirasi Liv Kristine untuk menulis semua lirik lagu untuk band Leaves’ Eyes.

Leaves’ Eyes dianggotai oleh
Liv Kristine Espenaes Krull (vokalis)
Alexander Krull (vokalis)
Thorsten Bauer(gitar),
Mathias Roderer(gitar),
Alla Fedynitch(bass)
Seven Antonopoulus(drum)

Album Studio
Lovelorn (2004)
Vinland Saga (2005)
Njord (2009)

Single dan EP
Into Your Light (Single, 2004)
Elegy (Single/EP, 2005)
Legend Land (EP, 2006)
We Came with the Northern Winds - En Saga I Belgia (CD/DVD, 2009)

Videos
"Into Your Light" (2004)
"Elegy" (2005)
"Ein letztes Mal" (2007) *Umbra et Imago Cover*


*Elegy adalah lagu dari album terdahulu Leave's Eyes.

Tiada ulasan: