Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 13 April 2009

Lacuna Coil - Shallow Life (Album baharu)


Setelah menghasilkan album Karmacode dalam tahun 2006 band gothic metal dari Milan, Italy, Lacuna Coil berdiamkan diri seketika. Namun menjengah 2009 Lacuna Coil hadir dengan album studio yang kelima iaitu – Shallow Life. Album yang diterbitkan oleh Don Gilmore menurut lacuna Coil mempunyai sedikit pengaruh Arab. Menurut vokalis mereka Christina Scabbia, untuk album ini ada sedikit perbezaan atau kelainan tetapi ianya tetap mereka, Lacuna Coil. Untuk album ini lagu-lagu yang dimuatkan lebih menjadi – powerful, lebih lengkap dan lebih jelas dan terarah. Vokal pula lebih prominen dan chorus untuk lagu dalam album ini lebih kuat dimana peminat akan dapat mengaitkan dengan apa yang dimaksudkan. Album akan dirilis dipasaran Italy, Germany, Austria, Switzerland dan Benelux pada 17 April 2009, di United Kingdom, France, Greece, Denmark dan Norway pada 20 April 2009, di Amerika Utara , Spain dan Portugal pada 21 April 2009, Sweden, Finland dan Hungary padxa 22 April 2009 dan di Jepun pada 20 April 2009.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah;
1. "Survive" 3:34
2. "I Won’t Tell You" 3:47
3. "Not Enough" 3:40
4. "I’m Not Afraid" 3:22
5. "I Like It" 3:42
6. "Underdog" 3:40
7. "The Pain" 4:00
8. "Spellbound" 3:21
9. "Wide Awake" 3:51
10. "The Maze" 3:38
11. "Unchained" 3:22
12. "Shallow Life" 4:00
Lagu bonus
13. "Oblivion" 4:09


*Lagu ini bukan dari album Shallow life, Lacuna Coil.

Tiada ulasan: