Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 13 April 2009

DSO Terbit Album Baharu Penghujung Tahun 2009


Diablo Swing Orchestra(DSO), band yang tampil dengan sub genre Avant-garde metal ini berasal dari Sweden telah menghasilkan sebuah EP yang berjudul Borderline Hymns – EP (2003) dan album studio - The Butcher's Ballroom (2006). Stail muzik yang dibawakan DSO (Diablo Swing Orchestra) ini mengabungkan muzik symphonic metal dan operatic metal menjadikan muzik bawaan DSO sesuatu yang unik untuk didengar. Band yang dianggotai oleh Daniel HÃ¥kansson, Pontus Mantefors, Annlouice Loegdlund, Andy Johansson, Johannes Bergion dan Andreas Halvardsson ditubuhkan dalam tahun 2003. DSO bakal hadir dengan album baharu mereka pada suku keempat tahun 2009 untuk album yang berjudul Sing-Along Songs for the Damned & Delirious (2009).
Anggota DSO;
Daniel HÃ¥kansson – gitar dan vokal
Pontus Mantefors – gitar dan fx
Annlouice Loegdlund – vokal
Andy Johansson – bass
Johannes Bergion – cello
Andreas Halvardsson – drum

Tiada ulasan: