Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 16 Februari 2011

Bunkface ke HKAMF



Bunkface siapa yang tak kenal terutama remaja belasan tahun. Sebut saja nama Bunkface pasti mereka akan terus ingat pada lagu Extravaganza, Revolusi dan beberapa buah lagu lagi. Betapa pengaruh Bunkface telah meresap dalam diri dn jiwa remaja kita ketika ini. Begitu juga dengan arus gelombang yang dikatakan band ‘indie’ telah merebak ke serata pelusuk Negara. Itu hakikat yang harus kita terima, gelombang band yang dikatakan ‘indie’ ini telah menguasai sebahagian besar ruang industry muzik ketika ini. Apa yang dikatakan ‘indie’ oleh masyarakat pendengar dan pengemar muzik kita dewasa ini akan kita sembangkan dalam artikel yang lain nanti. Apa yang ingin disentuh dalam artikel ini ialah kelibat band Bunkface yang terus menyerlah. Dengan pelbagai anugerah dan trofi yang telah dimenangi sejak bergelar artis arus perdana harus dihargai.
Yang terbaharu Bunkface akan mewakili negara ke Hong Kong Asian-Pop Music Fair (HKAMF). Tahniah Bunkface lantaran mewakili negara ke festival tersebut yang akan diadakan di Hong Kong Convent and Convention Centre pada 23 Mac ini.
HKAMF yang dianjurkan oleh IFPI (Hong Kong Group) Limited dengan kerjasama Hong Kong Trade Development Council bertujuan untuk mencari SuperNova seterusnya dari wilayah Asia.
Diharapkan penyertaan ini akan menyerlahkan lagi kegemerlapan bintang Bunkface di peringkat asia dan seterusnya global.
Sebagai band yang dianggotai anak muda yang bercita-cita besar dan kreatif diharap mampu menyahut cabaran ini dengan tenang dan membuktikan yang mereka tetap unggul. Mengimbau kembali kegemilangan Bunkface di persada kebangsaan, sejak pembabitan secara serius dalam bidang muzik dalam arus perdana, mereka pernah dicalonkan untuk 12 anugerah dan memenanginya sebanyak 9 anugerah.
Bunkface dianggotai oleh ;
Shamsul Annuar - vokalis utama dan gitar
Muhammad Farouk Jaafar (Youk) - backing vocal dan bass
Ahmad farhan hashim (paan) - backing vocal dan gitar utama
Ezanear Baba Ahmad (Ejam) - drum (sessionist)
Mohd Faiz Hazizi - Keyboard (sessionist)

Tiada ulasan: