Selasa, 4 Januari 2011

TOP 5 METAL QUEEN


Sharon den Adel (Within Temptation)
Sharon Janny den Adel dilahirkan di Waddinxveen, Netherlands pada 12 July 1974. Vokalis band Within Temptation Sharon juga pernah menganggotai band blues rock, Kashiro. Sharon yang mempunyai julat suara mezzo soprano. Selain sebagai vokalis band Within Temptation Sharon juga seorang pencipta lagu dan juga pereka fesyen. Menyertai Within Temptation bersama dengan suaminya Robert Westerholt dalam tahun 1996 dan mereka berdua merupakan antara pengasas band Within Temptation. Perkongsian hidup dengan Robert Westerholt mereka telah dikurnia 2 orang anak iaitu, Eva Luna(7 Disember 2005) dan Robin Aiden(1 Jun 2009) dan sekali lagi dalam bulan November 2010 Sharon mengumumkan yang beliau kini hamil lagi.


Tarja Turunen (Ex Nightwish)
Tarja turunen atau nama penuhnya Tarja Soile Susanna Turunen Cabuli di lahirkan pada 17 Ogos 1977 di Kitee, Finland. Beliau lebih dikenali sebagai vokalis band symphonic terkenal Nightwish sebelum bergerak secara solo. Tarja telah memulakan kelas latihan klasikal vokal seawal usia 15 tahun dan guru vocal dan nyanyiannya mengajar Tarja julat suara soprano. Pihak media telah memberi gelaran vokalis yang suara penuh tenaga dan penuh emosi kepada Tarja. Sebagai penyanyi klasikal Tarja sentiasa menggunakan teknik klasikal semasa menyanyi menjadikan lagu metal yang dinyanyikan begitu bertenaga tetapi penuh emosi dengan elemen klasikal yang jelas.


Simone Simon (Epica)
Vokalis band Epica ini dilahirkan pada 17 Januari 1985 di Hoensbroek Heerlen, Netherlands. Simone yang mempunyai vocal mezzo soprano ini pernah mengidap MRSA (Meticillin-resistant Staphylococcus aureus) sehingga membawa kepada banyak pembatalan konsert dan jelajah Epica sehinggalah dia pulih semula dan membuat penampilan pertama di Bibelot, Dordrecht selepas beberapa bulan berehat kerana sakit. Dia menyertai band Epica dalam tahun 2002 sehingga kini.


Cristina Scabbia (Lacuna Coil)
Cristina Scabbia atau nama penuhnya, Cristina Adriana Chiara Scabbia dan dalam sebutan Italy pula ianya berbunyi begini [krisˈtiːna aˈdrjaːna ˈkjaːra ˈskabbja] dilahirkan pada 6 Jun 1972. Cristina yang mempunyai julat vocal contralto, berasal dari Milan, Italy dan menyertai band gothic metal Lacuna Coil. Beliau menyanyi dan terlibat dalam bidang ,muzik secara professional mulai tahun 1991 bila menyertai tour sebagai penyanyi latar.


Floor Jansen (ReVamp dan ex After Forever)
Floor Jansen dilahirkan pada 21 Februar1 1981 di Goirle, selatan Nertherlands. Jansen merupakan bekas vokalis After Forever dan band tersebut telah dibubarkan dalam tahun 2009. Floor jansen memyertai band After Forever ketika beliau berumur 16 tahun. Ketika itu nama band tersebut ialah Apocalypse (nama asal After Forever). Selain sebagai vokalis utama After Forever beliau juga pandai bermain alat muzik sepeti gitar, piano dan flute. Setelah band After Forever dibubarkan Floor Jansen telah bergerak secara solo seketika dan seterusnya menubuhkan band sendiri yang diberi nama ReVamp.

Tiada ulasan: