Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 31 Disember 2008

Selamat Tahun Baharu .... 2009

2008… ooopppssss 1429H selamat tinggal 2009… 1430H. Banyak cerita dan perkara yang terjadi sepanjang 2008. Dalam dunia rock dan metal banyak hal, peristiwa, berita dan kejadian berlaku menyelubungi rockers dan metalers khasnya di Malaysia. Baik cerita suka, duka, sedih, gembira dan mengejutkan. Jadi yang tak baik terjadi kita ketepikan dan kita jadikan sempadan manakala yang baik dan indah kita ambil sebagai teladan dalam kita melestarikan kehidupan harian kita yang sentiasa melalui pelbagai dugaan dan pancaroba.

Rasanya tidak perlu di catatkan dalam ruangan ini setiap apa yang terjadi, cukuplah ianya disimpan dalam benak ingatan kita, yang baik atau yang buruk. Cuma untuk tahun 2009 ini rasanya dan seeloknya kita hiasinya dengan sesuatu yang boleh membahagia dan membanggakan diri kita sendiri dan masyarakat keseluruhan amnya.

Rasanya kita mampu memotivasikan diri kita sendiri untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari apa yang telah kita kecapi dalam tahun sebelumnya. Dan berbalik kepada cerita mengenai dunia rock serta metal sudah semestinya ada beberapa kejutan yang bakal dilakukan menjelang tahun baru 2009 ini baik tempatan atau antarabangsa. Menerusi blog ini akan kita kupas sedikit demi sedikit untuk terus kita mantapkan apa yang ada ini. Selamat menyambut tahun baru 2009.

Tiada ulasan: