Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 24 Disember 2008

Autumnal - Album Baharu Dark Moor 2009


Dark Moor satu nama yang tidak perlu kita perkenalkan lagi dalam dunia metal antarabangsa. Band symphonic power metal dari Madrid Sepanyol ini bakal tampil dengan buah tangan terbaru Januari 2009. Album yang berjudul Autumnal ini bakal menjadi fenomena di seluruh dunia lantaran tampil dengan bunyi yang lebih luas dan baru, yakni dari bunyi afmosfera celtic dalam lagu ‘Phantom Queen’ ke melodi ala Arab atau padang pasir dalam lagu ‘When The Sun Is Gone’ dan pendekatan bunyi mistikal yang beroreientasikan gothic untuk lagu ‘the Enchanted Forest’. Menerusi album Autumnal, Dark Moor mengetengahkan penyanyi soprano undangan Itea Benedicto untuk menyumbangkan suara dalam beberapa lagu. Penantian yang berbaloi buat peminat Dark Moor setelah tampil dengan ‘Tarot’ dalam tahun 2007.

Kalau kita dengar dan amati lagu-lagu dalam album ‘Tarot’ dan kita bandingkan dengan album terdahulu ternyata banyak kelainan yang dapat kita nikmati lantaran bunyinya lebih segar dan meresap ke dalam jiwa dengan komposisi muzik yang begitu baik dan indah selain keunikan vokal Alfred Romero. Untuk mengetahui apakah bunyi sebenar yang akan dihidangkan oleh Dark Moor dalam album Autumnal… nantikan Januari 2009.

Antara lagu-lagu yang tersenarai dalam album Autumnal, Dark Moor 2009.

1. Swan lake
2. On the hill of dreams
3. Phantom queen
4. An end so cold
5. Faustus
6. Don’t look back
7. When the sun is gone
8. For her
9. The enchanted forest
10. The sphinx
11. Fallen leaves waltz

Tiada ulasan: