Logo Design by FlamingText.com

Sabtu, 6 Disember 2008

Rock.... metal itu negatif ???

Bila bercerita atau mendengar segelintir masyarakat berbicara mengenai rock kebanyakan unsur-unsur negatif yang dilontarkan. Kita sendiri kadangkala melabelkan rock itu sebagai ganas, jijik, bingit, tiada disiplin, di luar norma-norma hidup bermasyarakat dan bermacam-macam lagi. Tapi kadangkala kita suka mendengar irama / muzik rock terutamanya muzik rock sentimental yang mampu membelai jiwa dan nurani kita… maksudnya kita sebenarnya boleh menerima rock itu tetapi peratusnya terlalu kecil dan kita masih lagi tidak mampu menilai dan menikmati rock itu secara lebih mendalam….. Ruangan ini bukan nak memutar belitkan fakta tetapi sekadar ingin berkongsi info, fakta dan berita tentang rock agar kita lebih menghargai dan mengikis persepsi negatif sedkit demi sedikit tentang ROCK..
Adalah keterlaluan bila rock ... seterusnya metal sentiasa menjadi bahan cacian, umpatan dan kejian sesetengah orang atau sebahagian dari masyarakat kita yang tidak tahu menilai apa itu rock... metal sebenarnya. Apakah kita menilai rock... metal itu dari segi zahirnya saja? Atau kita terikut-ikut akan kata orang bila orang kata rock... metal itu dikaitkan dengan benda negatif kitapun ikut kata begitu. Maka kalaulah demikian jadinya... kalau orang lain terjun dalam parit kitapun nak terjun dalam parit juga???
Mengapa kita tidak pernah melihat secara lebih rasional... kita lihat rock... metal itu dengan telinga, hati dan minda kita... kita hayati dan selami apa itu rock sebenarnya. Jangan kita menilai rock itu sekadar kita tahu kulitnya tapi tidak tahu isinya, memang benar untuk tahu apa isinya kita kena lihat pada kulitnya dulu tetapi tidak semua benda di dunia ini bila kulit tidak elok, isinya pun tidak baik... itu prasangka... pun begitu tak semestinya yang kulit nampak cantik isinya juga cantik. Fikirkanlah.

Tiada ulasan: