Logo Design by FlamingText.com

Sabtu, 6 Disember 2008

Salam metal...

Mungkin ruang ini agak terhad untuk kita membicara tentang rock khasnya metal. Mana mungkin kita berbicara mengenai rock yang mempunyai ratusan cabang dan ranting dalam ruang sebesar ini maka atas reality itu saya lebih juruskan pada metal dan lebih terperinci lagi beberapa sub genre muzik metal yang mungkin kita biasa dengar atau sesekali dengar atau mungkin tak pernah dengar langsung. Maka sebagai menzahirkan rasa ingin tahu dan berkongsi info ruangan ini di ujudkan.
Atas rasa tanggungjawab untuk meluahkan pandangan tentang muzik metal ini jugalah yang mendesak agar Shaq Metal ini hadir. Bukan berniat untuk mengajar atau menasihati tetapi sekadar untuk berkongsi idea, pandangan, ulasan dan teguran pada metal itu sendiri. Ruangan ini juga dikhaskan untuk anda dan mereka yang terlibat dalam dunia rock dan metal tak kira di arus perdana / mainstream, bawah tanah / underground atau yang ujud antara keduanya. Atau mungkin ada yang tidak kenal rock / metal dan ingin berkongsi buah minda serta pendapat amatlah dialu-alukan. Selamat datang, selamat berkongsi idea, pendapat, pandangan, teguran dan ulasan. Rock milik kita bersama...

Tiada ulasan: