Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 9 Disember 2008

Asal – Usul Nama Rock n Roll

Kali pertama perkataan rock and roll diganding/pasangkan dalam rakaman dibuat dalam tahun 1916 iaitu rakaman kerohanian berjudul “The Camp Meeting Jubilee” oleh kuartet yang tidak diketahui nama mereka dikeluarkan oleh Little Wonder Records. Antara liriknya ialah “We’ve been rocking and rolling in your arms / Rocking and rolling in your arms / In the arms of Moses”. Dalam tahun 1922, penyanyi blues Trixie Smith telah merakamkan “My Man Rocks Me (with One Steady Roll)” yang pertama mempersembahkan dua perkataan itu dalam kontek yang sekular. 12 tahun kemudian, iaitu dalam tahun 1934, The Boswell Sisters telah menjadi terkenal dengan “Rock and Roll”.

Walaubagaimanapun untuk bertahun-tahun mungkin seabad sebelum itu, terma rocking and rolling telah digunapakai sebagai terma nautika untuk menyatakan sisi ke sisi dan pergerakan maju kehadapan serta mundur ke belakang sesebuah kapal di lautan. Maksud tersebut juga telah digunapakai metaforikalnya dalam rakaman oleh Buddy Jones “Rockin’ Rollin’ Mama” dalam tahun 1939, “Waves on the ocean, waves in the sea / But that gal of mine rolls just right for me / Rockin’ rollin’ mama, I love the way you rock and roll”.

Terma rocking juga telah digunakan oleh penyanyi gospel di Amerika selatan untuk menyatakan sesuatu yang hampir kepada semangat dan kegembiraan yang keterlaluan. Ironi dan maksud yang berganda menjadi kesedaran yang popular dalam tahun 1947 oleh artis blues Roy Brown’s dengan lagu “Good Rocking Tonight” (yang juga dinyanyikan semula setahun kemudian oleh Wynonie Harris dalam versi yang lebih luas dan liar.) yang mana “rocking” boleh dirujuk sebagai menari tetapi menyembunyikan secara halus dan tidak langsung kepada seks.

Tiada ulasan: