Logo Design by FlamingText.com

Sabtu, 6 Disember 2008

Gothic Metal

Awal tahun 2000an banyak band symphonic metal tampil dengan album masing-masing seperti Rain Fall Within, After Forever, Epica, Edenbridge, Darkmoor, Angra, Dragonland,Lunatica, Fairyland, Luca Turilli, Thy Majestie, Vission Of Atlantis, Aesma Daeva, Angtoria, Mylidian, Stream Of Passion, Star One dan banyak lagi. Perkembangan ini cukup memberangsangkan dan arena genre sub symphonic lebih variasi dengan pelbagai pilihan untuk pengemar genre symphonic.


Gothic Rock / Metal

Gothic rock juga disebut goth rock atau goth, yang ujud sejak akhir 1970an. Bermula dengan pembentukan sebilangan kecil punk rock atau post punk band, gothic mulai ditakrifkan setelah pecahan beberapa pergerakan muzik dalam tahun 1980an. Perpecahan besar-besaran itu menjadikan gothic rock bangkit secara meluas baik menerusi budaya, fesyen, gaya dan majalah yang berorientasikan gothic.

Asal-usul gothic adalah dari pengaruh black metal, death metal dan doom metal. Seperti juga genre muzik yang lain peralatan muzik tipikal rock seperti gitar, bass, drum dan keyboard adalah nadi utama untuk gothic. Keyboard, gitar dan gitar akustik menjadikannya istimewa berbanding genre metal yang lain.

Selain itu gothic lebih cenderung kepada pengaruh doom metal, black metal dan death metal, baik dari segi pengolahan dan pengubahan lagunya. Synthesizing lebih berat kepada stail melodi dan idea rhythm dalam petikan gitarnya yang pantas menjadikan muzik yang lebih agressif.

Gitar akustik biasanya menjadi gitar kedua manakala ton bass gitarnya agak rendah mirip kepada doom metal dengan kombinasi agresif death dan black metal menjadikan suasana dan mood lagunya lebih menyerlah.

Keyboard memainkan peranan utama dalam gothic metal dan seringkali mengantikan gitaris kedua dan mengambil peranan sebagai gitar utama atau rhythm. Keyboard memainkan peranan menjadi pelbagai instrumen yang lain terutamanya instruman string dan angin.

Yang menjadi unik pada gothic ialah penggunaan vokalis wanita atau duo vokalis yang juga dikenali sebagai ‘Beauty And The Beast’. Biasanya vokalis seorang lelaki dan wanita yang sering menggunakan suara soprano atau nyanyian harmoni.

Antara band gothic metal yang telah ditubuhkan dan boleh dirujuk sebagai band gothic yang hebat adalah seperti Aeternitas, Aion, Atargatis, Darkwell, EverEve, Forever Slave, Lacuna Coil, Mandrake, Sirenia, Trail of Tears, Tristania, Penumbra, Keltgar, Divine Nightmare, Galadriel dan banyak lagi.

Tiada ulasan: