Logo Design by FlamingText.com

Sabtu, 6 Disember 2008

Black metal

* Ini sekadar info untuk pengetahuan dan makluman tentang black metal dan tidak berniat untuk menyebarkannya.

Black Metal merupakan aliran muzik atau sub genre rock yang dimulakan oleh band Venom pada tahun 1982 kemudian menular dengan kebangkitan band seperti Bathory, Mahyem, Mercyfull Fate, Hellhammer, Celtic Frost dan Bulldozer.

Awal 80an dan 90an Balck Metal berkembang dengan pesat sekitar Scandinavia.

Black metal di kelaskan sebagai muzik metal underground dan salah satu sub genre black metal ialah NSBM * dan Neo Nazi Black Metal.

Manakala terma symphonic digunakan dan digabung pada nama atau sub genre black metal menjadi symphonic black metal. Symphonic black metal asasnya sama seperti sub genre black metal tetapi elemen tambahan seperti penggunaan instrumen orkestra dan simfoni serta ada band yang menggunakan vokalis wanita. namun secara keseluruhannya sub genre ini tetap mengguna stail vokal growl dalam setiap penyampaian vokal. Manakala lirik semuanya terarah kepada kematian, pemujaan syaitan, iblis dan pemesongan akidah. Beberapa logo dan tanda digunakan dalam setiap aktiviti band black metal seperti kepala kambing, bintang 6 bucu, lambang iblis dan bermacam-macam lagi. Namun penggunaan bintang 6 bucu dan kepala kampung adalah seakan menjadi kemestian bagi mereka.

Antara stail dan ciri-ciri band black metal ialah rif gitarnya yang cepat dan kemudian menjadi alternate picking dan tremolo pick. Pukulan dram yang laju, garang dan kuat adakalanya dipukul dengan perlahan serta iringan nada kosong.

Black metal diHARAMkan di Malaysia dan penyiaran lagu-lagu Black metal adalah tidak dibenarkan sama sekali di media elektronik - radio dan tv awam di Malaysia. Meskipun terdapat beberapa band black metal di Malaysia namun jumlahnya tidak banyak. Kerajaan sentiasa mengawasi perkembangan band Black metal dari terus menular. Catatan in sekadar info untuk makluman dan pengetahuan kita bersama.

Tiada ulasan: