Logo Design by FlamingText.com

Sabtu, 6 Disember 2008

Rock Selamba...



Rock Selamba... mungkin satu nama yang telah sebati dengan pendengar setia MUZIKfm atau peminat rock di Malaysia. Satu nama yang ada jenama tersendiri - Rock Selamba terus bertapak kukuh dalam arena penyiaran di Malaysia. Bila kita sebut Rock Selamba sudah semesti ia dikaitkan dengan sebuah stesen radio yang cukup gah suatu waktu dahulu iaitu Radio MUZIK yang kini telah mengalami penjenamaan semula dan terus tampil dengan nama MUZIKfm.

Nama MUZIKfm sendiri mungkin juga belum cukup kuat promosinya (saya kata MUNGKIN)lantaran ada segelintir individu bila diajukan nama MUZIKfm mereka seakan tertanya-tanya apa itu MUZIKfm (ada yang menyoal balik "stesen radio baru ke?") Ini secara zahirnya men unjukkan promosi untuk pemantapan jenama MUZIKfm itu sendiri masih ada lohong kosong. Bukan nak menidakkan usaha MUZIKfm yang turun padang dengan kudrat empat kerat mereka tetapi sokongan dari agensi lain, media lain atau mungkin lebih tepat media cetak dan media elektronik seperti tv RTM sendiri yang perlu lebih agresif.... Oooopppsss maaf sebetulnya saya tidak bercerita mengenai promosi... maaf... terlajak dari ingin bercerita mengenai Rock Selamba pergi ke MUZIKfm pula.

Berbalik pada Rock Selamba kalau kita ikuti siarannya dari jam 2 hingga 4 petang setiap hari Isnin - Jumaat pasti ada kelainan di situ, ini bukan nak memuji tetapi memang... Rock Selamba layak mendapat pujian itu. Cuba kita selami isi kandungannya jelas bukan omongan kosong yang dibicarakan, semuanya ada info. Tidak perlu saya jelaskan di sini apa dan bagaimana info itu dikeudarakan, kalau nak tahu lebih lanjut kena tanya orang Rock Selamba atau orang MUZIKfm. Tapi yang pasti cakap mereka ada info meski adakala meleret tapi tidaklah sampai kita menyampah nak mendengarnya.

Beredar dari info atau bahan yang diketengahkan kita amati dan hayati pula lagu yang mereka mainkan.... itulah rock, bukan sekadar kata atau lagu yang kita kata rock tetapi itulah sebenarnya lagu rock. Saya sekadar ingin bertanya pada sesiapa sahaja yang minat dengan rock dan sering dengar lagu rock di radio selain radio MUZIKfm... Beri komen anda.... Secara ikhlasnya saya katakan menerusi Rock Selamba saya pernah dengar pelbagai lagu dari sub genre seperti heavy metal, progressive metal, power metal, folk metal, viking metal, folk viking metal, symphonic metal, melodic metal, neo-classic metal, gothic metal, symphonic power metal, avant-garde metal, circus metal, speed metal, epic metal, hardcore, hardrock, punk rock dan beberapa lagi sub genre yang lain. Ini bukan sekadar telahan saya tetapi itulah hakikatnya kalau nak tahu lagi boleh bertanya dengan orang Rock Selamba. Saya malas nak tanya... nanti kalau dah tanya kita kita di ruangan ini... mesti best kan? Terima kasih....

Cuba kita dengar rancangan rock di stesen radio lain... bukan mereka tak main rock, bukan mereka tak reti rock... mereka tahu tapi pengisian dan pemahaman pada rock itu sendiri mungkin perlu ditambah agar ianya lebih mantap. Rock bukan sekadar rock kapak, rock leleh dan classic rock macam yang saya dengar kat beberapa stesen lain, rock sebenarnya terlalu luas. Maka terokailah rock itu sepuas-puasnya. Saya buka pro mana-mana pihak tetapi sebagai orang yang prihatin dan sentiasa nakkan sesuatu yang lebih segar dan baru dalam rock khasnya di Malaysia perlu rasanya menyuarakan pekara remeh sebegini tetapi menarik untuk kita bincangkan.

Kalaupun ada yang terasa janganlah terus melatah, kan labih baik kalau kita bincang dan berkongsi idea, pendapat atau mungkin pengalaman rock bersama-sama. Itukan lebih afdal. Buat MUZIKfm pula janganlah terus mendabik dada... melangkah tu biarlah berpijak di bumi nyata... jangan terlalu mendongak kepala ke langit... perhatikan juga rumput di bumi... he he he kalau terpijak rumput je tak pe... kalau-kalau terpijak tahi lembu perlulah dielakkan... nanti bucuk. Jadi sentiasalah berusaha untuk penambaikan bukan saja dalam rock tapi dalam kehidupan harian kita. Ini sekadar yang sempat saya catatkan waktu ini.... banyak lagi yang perlu kita bincangkan tentang rock dan metal sebenarnya.... nantilah, akan kita bincang bersama menerusi ruangan ini. Salam metal untuk semua blogers...

Tiada ulasan: