Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 31 Disember 2008

Confirm Rock Selamba@MUZIKfm 3 Jam...


Hah ini cerita terbaru tentang Rock Selamba rancangan radio di MUZIKfm yang ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat. Sempat bersembang dengan peneraju utama rancangan tersebut dan penerbit eksekutif rancangan itu sendiri mengesahkan yang Rock Selamaba akan bersiaran 3 jam… he he he itu CONFIRM mulai 1 Januari 2009. Maknanya dari jam 2 petang hingga 5 petang Rock selamba akan menemui peminat muzik genre rock dan beberapa sub genre rock yang lain.

Apapun tahniahlah Rock Selamba dan MUZIKfm yang rasaanya mendengar keluh kesah pendengar setia MUZIKfm dan Rock Selamba yang inginkan durasi Rock Selamba di panjangkan.

Mengikut orang Rock Selamba juga pengisian rancangan Rock Selamba itu sendiri juga akan ada penambahbaikan dari dari segi penyampainya, bahan-bahannya dan sudah pasti pembaharuan yang menarik bakal ditonjolkan.

Tiada ulasan: