Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 24 Disember 2008

April Rain - Album baharu Delain 2009


Delain setelah tampil dengan album pertama, Lucidity pernah dicalonkan dalam kategori New Sound Of Europe dalam Anugerah EMA 2007 dan juga dicalonkan dalam kategori Best Rock untuk TMF Awards 2007. Langkah awal Delain yang nampaknya menjadi dan untuk meneruskan kesinambungan itu Delian bakal tampil dengan hasil terbaru mereka, dijangka dalam bulan Februari 2009.

Album studio yang kedua Delain tersebut diberi judul – April Rain dan dijangkakan akan dikeluarkan / release pada 9 Februari 2009 oleh Roadrunner Records. Album yang diterbitkan oleh penerbit yang pernah bekerjasama dengan Volbeat dan Mercenary iaitu Jacob Hansen.

Setelah mencipta kehebatan menerusi album Lucidity yang mengetengahkan ramai pemuzik dan penyanyi undangan, kali ini April Rain mengundang Marco Hietala - Nightwish lagi (menyumbangkan suara untuk beberapa buah lagu dalam album Lucidity) untuk bekerjasama tetapi cuma satu atau dua lagu sahaja. Selain itu menerusi album April Rain, cuma satu lagu sahaja yang ada vokal ‘growl’ iaitu Virtue And Vice.

Single pertama yang bakal dikeluarkan untuk album April Rain, ialah I'll Reach You (2009)

Lagu yang dimuatkan dalam album April Rain (setakat 24 Disember 2008)
Control The Storm (feat. Marco Hietala)
I'll Reach You (akan dirilis sebagai muat-turun kebajikan untuk Unicef & BT's "Inspiring Young Minds")
April Rain
Go Away
Virtue And Vice
Nothing Left (feat. Marco Hietala)
Stay Forever (pernah dimainkan secara live oleh Delain 2007 dan 2008)

Lagu yang berkemungkinan dimasukkan dalam album April Rain
Invidia
On The Other Side
Come Closer
Start Swimming (pernah dimainkan secara live oleh Delain 2007 dan 2008)

Untuk cerita lebih lanjut band Delain klik pautan ini.

Tiada ulasan: