Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 30 Januari 2013

Kiske Somerville (2010)


Michael Kiske dan Amanda Somerville... gandingan mantap.


Gandingan mantap Kiske dan Somerville
Tengah memandu layan Michael Kiske dan Amanda Somerville.... huuhhhh!!!! Terbaik memang layan semua lagu yang dimuatkan dalam album tersebut, Kiske Sommerville. Lama juga terperam album tersebut dalam simpanan yang tersusun indah pada rak cakera padat. Teringin nak mendengar semula album yang telah diterbitkan dalam tahun 2010 itu shaqmetal terus bawa masuk kereta dan menikmati setiap lagunya... percayalah mendengar vokal Kiske dan bergabung dengan Somerville terasa wow sedap dan indahnya lagu itu.
Dari trek ke trek shaqmetal layan terutamanya lagu Silence, End of the road, If I had a wish dan juga lagu – lagu lain yang termuat dalam album tersebut ternyata mampu menggamit rasa shaqmetal. Antara algu – lagu lain  yang dimuatkan dalam album tersebut adalah seperti Nothing left to say, Arise, Don’t walk away, A thousand suns, Rain, One night burning, Devil in her heart, Second chance dan Set a fire.
Album yang telah diterbitkan oleh Mat Sinner itu telah pun lama dirilis iaitu dalam bulan September 2010, dan catatan shaqmetal ini sekadar menoleh ke belakang sesekali setelah menikmati lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut. Bukan juga nak mengulas album tersebut tetapi sekadar untuk berkongsi info, manalah tau kalau-kalau ada antara kita yang tidak mendengar lagi lagu-lagu gandingan vokalis Helloween .
Album Kiske / Somerville ini merupakan album projek duet Michael Kiske dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Amanda Somerville yang diusahakan penyatuan mereka berdua oleh presiden Frontiers Records, Serafino Perugino. Michael Kiske merupakan bekas vokalis untuk band power metal yang berasal dari Jerman, Helloween. Selain pernah menyertai band Helloween, Michael Kiske juga banyak terlibat dengan projek lain seperti projek band Place Vendome, Avantasia dan pernah membuat rakaman dengan band-band ternama yang lain sebagai vokalis undangan. Michael Kiske menyertai Helloween dari tahun 1986 hingga 1993 dan sempat merakamkan 4 buah album bersama Helloween iaitu album Keeper of the seven keys Part 1 (1987), Keeper of the Seven Keys Part 2 (1988), Pink Bubbles Go Ape (1991) dan Chameleon (1993).
ACover abum sulung Michael Kiske dan Amanda Somerville...
Amanda Somerville pula merupakan  penulis/pencipta lagu dan jurulatih vokal warga  Amerika yang kebanyakannya bertugas di Jerman dan terlibat dalam banyak produksi oleh penerbit dari Jerman seperti Sascha Paeth and Miro. Dia juga pernah membantu Epica dalam tour Epica’s North America Tour menggantikan Somine Simons yang ketika itu menghadapi masalah kesihatan.
Amanda juga pernah terlibat di penghujung penerbitan dan rrilis album Kamelot, Ghost Opera dan dalam album Poetry for the Poisined, terlibat juga dengan projek symphonic metal Aina dan terbaharu tour dengan Avantasia. Amanda juga pernah berkerjasama dengan Michael Kiske dalam beberapa projek lain sebelum itu seperti projek Aina, Avantasia dan lain-lainnya.
Memetik kata-kata Michael Kiske tentang gandingannya dengan Amanda Somerville, katanya "To sing together with the gifted and beautiful Amanda was another genius idea of Serafino! And it was a most pleasant experience to meet her. Amanda has by far the best female voice I have heard for ages. And the album is a killer."
Amanda pula mengeluarkan kenyataan berikut “... It’s not for nothing that Michael’s a legend in the scene. He’s got a very unique voice, a special delivery of his performance and is a wonderful person on top of it all. This has been a great experience all across the board!"


Ahad, 27 Januari 2013

Rock The World Edisi Ke 12


Rock The World 2012, Sekadar menoleh ke belakang….


          2012 telah berlalu… berlalu dengan pelbagai cerita suka dan duka, masam dan manis, tangis dan gembira serta bermacam rasa lagi. Senario  muzik dan metal tempatan juga tidak kurang rencahnya, pelbagai gig, pentas, show dan macam-macam lagi telah mewarnai senario rock dan metal tempatan sepanjang tahun 2012.
Menutup tirai 2012, satu agenda dan jenama yang telah gah dipersada muzik rock dan metal tempatan telah berlangsung bertempat di tengah kotaraya Kuala Lumpur. Padang Merbok antara lokasi yang telah dikenali ramai merupakan lokasi terkini Rock The World 2012 yang telah berlangsung pada 29 Disember 2012 lalu.
Rock The World yang sudah masuk edisi yang ke 12 pada telah berlangsung dengan gamatnya. Tampil dengan 3 pentas berbeza Rock The World 2012 memberi suntikan semangat buat 3 jenis dan satil muzik yakni pentas utama ‘Main Stage’, pentas kedua ‘ Noisy Stage’ dan pentas ketiga ‘Pop Stage’. Rock The World sememangnya sebuah pesta bagi peminat-peminat muzik tempatan mengambil peluang menemui band-band indie dan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka.
Acara yang akan berlangsung pada 29 Disember 2012 (Sabtu) menampilkan lebih 40 artis dan band indie seperti The Padangs, Salam, Pop Shuvit, Diandra Arjunaidi, Go Gerila!, OAG, Love Me Butch, Massacre Conspiracy dan banyak lagi.
Bermula seawal jam 10 pagi sehinggalah 12 malam, festival muzik tersebut telah diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen, Kuala Lumpur. Pihak penganjur juga bakal memberikan t-shirt edisi terhad Rock The World 12 kepada 4000 penyertaan pertama yang bakal menjadi memori buat anda.
                Selain festival muzik rock lain yang pernah diadakan di Kuala Lumpur Rock The World merupakan antara yang terbesar denagn membariskan 40 buah band seperti
1    The Padangs,  Restraint, Massacre Conspiracy, Salam, Tres Empre, Cassandra, Daarchlea, Upon Arrival, Love Me Butch, Pop Shuvit,  Melodisaster,  The Malayan, Maddthelin, Robot Asmara, Zip Zieller, Summer On September, The Eightyfour, Nuclear Strikes, I See Dump People, Nastia,  I Revival, OAG, Couple, Creamson, Oh Chentaku, Incarnation, Sekumpulan Orang Gila, Darren Ashley, Loka, Khottal, Dish, Suhu, Maximus, B-Rock, Diandre Arjunaidi, Pita Hati, Azzureforjanne, Damn Dirty Apes, Go Gerila dan Reset To Zilch.


Selasa, 22 Januari 2013

Majestica...


Majestica... Iban Progressive metal
Majestica.. tampil dengan bunyi yang mantap...
Apa Majestica....? Siapa Majestica? Di mana...? Dari mana...? Dan bermacam-macam menerpa dalam benak minda shaqmetal inginkan kepastian yang pasti, siapa dan dari mana asal usul Majestica. Setelah mendengar single pertama dan kedua mereka – ‘Tungkat dunya’ dan ‘Tua selamanya’ tidak menyangka bunyi yang ditampilkan begitu adalah dari celah-celah kelompok rockers dan metalers di bumi kenyalang.
Dari situlah titik tolak shaqmetal cuba menyelongkar cerita Majestica secara bersendiri akhirnya terjumpa sedkit info untuk kita kongsi bersama dalam ruangan sempit ini. Rupanya Majestica ini band yang berasal dari bandar gas – Bintulu dan telah ditubuhkan dalam tahun 2012. Majestic – band yang berpegang pada sub genre progressive metal ini (dakwaan mereka sendiri) hadir untuk menambah ceria lagi senario muzik rock dan metal tempatan khasnya dan tanah air amnya. Dengan gabungan pengalaman setiap ahli band Majestic sendiri maka mereka cuba hadir dengan buah tangan yang lebih bertenaga dalam mewarnai senario muzik metal tempatan. Rasanya andai bunyi yang dianuti oleh Majestica sebegini maka rasanya penglibatan mereka harus lebih ke hadapan dari sekadar berkarya secara lokal. Bunyi dan muzik yang digarap cukup menarik untuk menjadikan Majestica antara band progressive metal atau power metal  yang bakal mencuri tumpuan sekiranya terus berkarya bukan sahaja diperingkat lokal malah nasional.
Majestica... iban progressive metal
Pertama sekali bila mengamati lagu ‘Tungkat dunya’- bahasa Iban (bermaksud ‘Tongkat dunia’ dalam bahasa kebangsaan) dan ‘Tua selamanya’bahasa Iban (‘Kita selamanya’ dalam bahasa kebangsaan)(betulkan shaqmetal sekiranya salah mentafsir tajuk lagu tersebut), menyerlahkan penampilan bunyi yang kemas dan menarik. Secara amnya tidak seperti bunyi yang dihasilkan oleh sebuah band etnik lokal, bunyi yang menerapkan elemen-elemen progressive dan power metal yang agak ketara serta bunyian yang rasanya banyak dipengaruhi oleh band-band dari benua eropah. Itu cuma pada pandangan peribadi shaqmetal bila shaqmetal menikmati  2 single tersebut.
Menurut pengasas band tersebut Romy Salvador a.k.a Bujang Kesindap, Majestica sebenarnya telah ditubuhkan pada Jun 2011 dan secara rasminya pada April 2012. Anggota band Majestica terdiri dari Romy Salvador a.k.a Bujang Kesindap – gitar utama dan keyboard, Maloney – vokalis, Atien Martine – gitar, Glenn – bass dan Boyzt pemain dram.

Selasa, 8 Januari 2013


Vokalis Baharu Nightwish….?

Cover album Nightwish... Imaginaerum
Tetap menjadi tandatanya siapakah vokalis baharu Nightwish selepas Anette Olzon? Kalau dilihat kronologi vokalis Nightwish cukup ringkas dan tidak banyak pertukaran namun cerita dan catatan tentang pertukaran setiap vokalisnya cukup sensasi.
Lihat sahaja dari pertukaran pertama vokalis mereka  yakni bermula dengan vokalis  yang bersuara soprano, Tarja (sebutan Tarya) Turunen  yang dapat bertahan bersama Nighwish dari tahun 1996 hingga 2005. Mengantikan tempat  Tarja ialah Anetee Olzon  yang bertahan dai tahun 2007 hingga 2012. Kisah pengunduran atau penyingkiran Anette cukup ringkas iaitu Anette tidak dapat menyanyi dalam satu persembahan lantas dia disingkirkan sehinggakan Anette mengeluarkan kenyataan seperti berikut ;
"I was never asked if it was OK that they used Elize and Alissa in the show (Friday) night ... I don’t think it’s a good decision they made and I’m sorry for those of you who came to see the whole band but got something else. But I was very ill and this decision wasn’t mine."
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Nightwish, bekas vokalis band After Forever dan ReVamp, Floor Jansen akan mengambil tempat Anette sepanjang  “Imaginaerum World Tour”
Floor Jansen yang dilahirkan pada 21 Februari 1981 merupakan seorang penyanyi soprano yang cukup terkenal dengan band symphonic metal After Forever yang telahpun dibubarkan dalam tahun 2009. Dan kemudian tampil dengan bandnya sendiri selepas itu – ReVamp.
Nightwish telahpun mengeluarkan album terbaharu mereka dan dirilis pada 30 November 2011. Album Imaginaerum merupakan album studio ke 7 Nightwish selepas album Dark Passion Play dalam tahun 2007.
Anette Olzon ... ex vokalis Nightwish
Floor Jansen... ex vokalis After Forever dan ReVamp menggantikan tempat Anette sementara waktu...

Genealogy Heavy Metal

... genealogy Heavy Metal

          Kita tahu dan biasa dengar tentang muzik atau sub genre heavy metal dan mungkin tahu bagaimana bunyi muzik heavy metal. Sama macam kita tahu apa itu muzik rock. Tetapi kita jarang-jarang cuba menyelidiki susur galur perjalanan sesuah genre atau sub genre muzik tersebut. 
          Lantaran dalam blog rock maka shaqmetal lebih terarah untuk bercerita mengenai rock dan metal. Bukan hendak bercerita atau memeberitahu tetapi sekadar untuk berkongsi maklumat / info ini. Kita fahami dan lihat simpang siur genealogy muzik metal ini yang bertitik tolak dari heavy metal ...

Rajah ini sebenarnya tidak menunjukkan sepenuhnya pecahan atau ranting-ranting muzik rock dan metal tetapi sudah cukup jelas bagi kita untuk memahami bagaimana pecahan dari muzik tersebut menjadikan satu dari muzik rock atau metal yang kita dengari ketika ini. Info ini sekadar untuk kita kongsi bersama dan bagi mengetahui dimana letaknya muzik yang kita suka atau minat dengar dan seterusnya berkembang menjadi muzik yang bagaimana? Cuba kita teliti bersama....

Therion... Cerita Terbaharu dan Album Baharu...


Therion



                Therion satu nama besar dalam scenario muzik metal antarabangsa khasnya yang membawa muzik sub genre symphonic metal dan juga antara band pelopor untuk sub genre muzik symphonic metal. Cerita dan info mengenai Therion pernah shaqmetal catatkan untuk kita kongsi bersama sebelum ini namun untuk kali ini kita bercerita sedikit tentang band Therion dari titik terbitnya album Sitra Ahra. Album ke 14 band Therion – Sitra Ahra itu telahpun dirilis pada 17 September 2010 dan sebenarnya nama album Sitra Ahra itu telah tetap untuk judul album yang ke 14 mereka pada Feburai 2010.
                Beberapa cerita di sekitar pembikinan album tersebut iaitu pada 10 Mei 2009 Thomas Vikstrom telah menjadi ahli tetap Therion dan menjadikan Thomas sebagai vokalis rasmi Theriuon selain Christofer Johnsson, semuanya itu terjadi selpas sehari mereka merilis album DVD Miskolc Experience .
Sesudah itu pada 4 Jun 2010 gitarais Christian Vidal menyertai Therion tetapi pada 15 Julai 2010 pula Snowy Shaw  meninggalkan Therion atas alas an masalah kesihatan iaitu berkenaan sakit tekak dan kerongkong yang kemudiannya menyertai Dimmu Borgir. Perjalanan Snowy Shaw berpatah arah lagi pada 25 Ogos 2010 beliau meninggalkan Dimmu Borgir dan menyertai Therion semula.

               
                Apa yang menarik juga dalam keluar masuk ahli band Therion ini ialah pengumuman dari Therion dalam bulan September 2011, yang menyatakan Lori Lewis merupakan vokalis tetap dan rasmi ketiga Therion. Lori Lewis telahpun bersama berkolaborasi dengan band Therion selama  4 tahun dan pengumuman itu telah menambahkan lagi anggota tetap dan rasmi – sebagai vokalis Therion.
                Dalam tahun yang sama Therion telah merilis juga  ‘board game’ yang diberi nama ‘001’ yang temanya berhubungkait rapat dengan ahli terkini serta album baharu ke 14 mereka Sitra Ahra.
                Pada 14 Februari 2012, Therion telah mengumumkan rilisan terbaharu mereka yang diberi judul  ‘Les Fleurs Du Mal’. Rilisan itu merupakan album penuh studio  mereka dengan diikuti  pula Jelajah Ulangtahun ke 25 – “Flowers of Evil’” tour. Album Les Fleurs Du Mal itu merupakan album khas ulangtahun Therion. Album ke 15 Therion itu merupakan ‘cover album’  dan diriliskan pada 28 September 2012. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah seperti berikut ;
            "Poupée de cire, poupée de son" - 2:51
"Une Fleur dans le cœur" - 3:03
"Initials B.B." - 3:44
"Mon Amour, mon ami" - 4:35
"Polichinelle" - 2:28
"La Maritza" - 3:54
"Sœur Angélique" - 3:05
"Dis-moi poupée" - 3:24
"Lilith" - 2:30
"En Alabama" - 2:39
"Wahala Manitou" - 2:34
"Je n'ai besoin que de tendresse" - 2:14
"La Licorne d'or" - 2:45
"J'ai le mal de toi" - 2:51
"Poupée de cire, poupée de son" - 2:31


Royce Saayan - Sembrani

Single Terbaharu Royce Saayan - Sembrani
Rock on.... Royce Saayan

Nama Royece Saayan mungkin tidak segah nama Therion, Nightwish, Epica, Elis, Fairyland, Galneryus dan banyak nama nama besar yang hadir dengan bunyi simfoni – symphonic metal namun dalam berjuang untuk sebuah sub genre yang masih agak asing bagi kita di Malaysia ini tidak harus dipandang sebelah mata.
                Mungkin single ‘Pulau’ boleh diambilk kira dalam rangka evolusi muzik Royce Saayan kemudian tampil dengan single ‘Asimilasi’ yang sebenarnya telah mengejut peminat metal tempatan. Meskipun lagu tersebut bertapak pada lagu asalnya ‘Mother Earth’ lagu dari band Within Temptation namun olahan sebuah lagu seprti ‘Asimilasi’ cukup mengesankan. Bila Royce tampil dengan Asimilasi dan hadir dengan sub genre symphonic metal ternyata ada artis yang sanggup mempertaruhkan kreativiti untuk sebuah pembaharuan yang sememangnya dinantikan oleh masyarakat pendengar symphonic metal.
                Memang tidak dapat dinafikan lagu yang dihidangkan oleh artis dan band tempatan tidak sehebat apa yang di hasilkan oleh band-band antarabangsa yang lain seprti band Therion, Nightwih dan sebagainya tetapi itu memadai sebagai pembuka langkah untuk terus bertapak dalam industri muzik metal kita.
                Tidak terus berdiam diri Royce terus melangkah dengan tampil bersama single lagi iaitu Cinta ke Langit juga menerapkan elemen-elemen symphonic dan gothic. Melangkah terus terbaharu Royce Saayan bakal tampil dengan single terbaharu symphonic metalnya berjudul ‘Sembrani’.
                Kerja-kerja memasukan suara bagi single terbaharu ‘Semberani’ telahpun bermula sejak awal Januari ini. Lagu yang diciptakan oleh Md. Noor Md Zain dan liriknya ditulis sendiri oleh Royce Saayan bakal menjengah halwa telinga mita sedikit masa lagi. Shaqmetal sempat berkomunikasi dengan Royce menerusi fb memaklumkan yang single tersebut akan siap dalam waktu yang terdekat dan shaqmetal  berharap Sembrani akan sehebat bunyi Asimilasi ataupun lagi hebat dari itu, kita nantikan bersama.
                Berikut kronologi rockers dan metalers bernama Royce Saayan…
            Album pertama - Royce Saayan Alternatif 1996/1997
Album kedua - Kompilasi Rock Kapak  1997/1998
Album ketiga - Kompilasi Kenangan Manis di Hari Raya 1998
Album keempat -  Yang Lazat 2006/2007
Mini Album - Cinta Ke Langit - 2012 - NAE
Single - Misteri Permaisuri Hati - 2008/2009
Single Raya - Zapin Raya Berzaman -2009
Single Album OST - Selumbar Cinta
      Asimilasi
      Wanita Penggoda - 2009/2010
Single - Cinta Terus Kelangit - 2011
Single Raya - Satu Raya Satu Merdeka - 2011
Single OST - Titipan Kasih - Sinar Itu Hadir Jua – 2012

Royce Saayan bakal tampil dengan single terbaharu - Sembrani

Jumaat, 4 Januari 2013

Album Baharu... 2013 (Bahagian l)

Album Baharu (... Release Januari 2013)

Terlebih dahulu shaqmetal nak minta maaf sebab tak berkesempatan nak mengutarakan selebihnya album baharu yang diriliskan tahun lalu 2012. Ini lantaran kesempatan dan masa yang agak terhad dan terlalu banyak komitmen lain. Jadi untuk tahun ini shaqmetal cuba sekali lagi untuk update beberapa album baharu untuk kita bersama... Untuk kali ini shaqmetal cuba 'publish' dan 'update'kan mengikut bulan pula... insyaAllah. Bagi bahagian yang pertama ini untuk tahun 2013 shaqmetal paparkan dahulu untuk bulan Januari 2013....

Wolfspring - Who's gonna save the world
Band : WOLFSPRING
Album : Who's gonna save The World?
Tahun : 2013
Sub genre : Progressive Metal
Tarikh release : 21 Januari 2013

Lagu - lagu
1. Ninety Nine (7.24)
2. Rats (5.02)
3. In The Shade (7.23)
4. Race Against The Clock (5.11)
5. The End Of The Line (11.01)
6. My Religion (5.16)
7. The Piper Of Hamelin (5.39)
8. Different Colors Of Life (10.12)
9. Wheels Of Confusion (7.11)







Pink Cream - Ceremonial
Band : PINK CREAM 69
Album : Ceremonial 
Tahun · 2013
Sub genre :  Power Metal
Tarikh release : 25 Januari 2013

Lagu - lagu
01. Land Of Confusion
02. Wasted Years
03. Special
04. Find Your Soul
05. The Tide
06. Big Machine
07. Let The Thunder Roll
08. Right From Wrong
09. Passage Of Time
10. I Came To Rock
11. King For One Day
12. Superman










Holy Grail - Ride The Void

Band : HOLY GRAIL
Album : Ride The Void
Tahun :  2013
Sub genre : Heavy metal
Tarikh release : 18 Januari 2013

Lagu - lagu

1. Archeus

2. Bestia Triumphans

3. Dark Passenger

4. Bleeding Stone
5. Ride the Void
6. Too Decayed to Wait
7. Crosswinds
8. Take It to the Grave
9. Sleep of Virtue
10. Silence the Scream
11. The Great Artifice
12. Wake Me When It's Over
13. Rains of Sorrow
14. Can't Hide the Wolf (bonus)





Stratovarius - Unbreakable (ep)

Band : STRATOVARIUS
Album : Unbreakable (EP)
Tahun : 2013
Sub genre : Power Metal
Tarikh release : 25 Januari 2013

Lagu - lagu
01. Unbreakable
02. Falling Star
03. The Game Never Ends
04. Freedom
05. Why Are We Here











Riverside - Shrine Of The New Generation Slaves\

Band : RIVERSIDE
Album : Shrine Of New Generation Slaves 
Album · 2013
Sub genre :  Progressive Metal
tarikh release : 21 Januari 2013

Lagu - lagu 
1.   New Generation Slave 
2.   The Depth of Self-   Delusion       
3.   Celebrity Touch              
4.   We Got Used To Us       
5.   Feel Like Faling
6.   Deprived          
7.   Escalator Shrine         
8.   Coda     










Golden Resurrection - One Voice For The Kingdom

Band : GOLDEN RESURRECTION
Album : One Voice For The Kingdom
Tahun : 2013
Sub genre : Power Metal
Tarikh release : 18 Januari 2013

Lagu - lagu
1.   The Temple Will Remain 
2.   Spirit War 
3.   One Voice For The Kingdom 
4.   Night Light 2
5.   Golden Resurrection 
6.   Can't Slow Down 
7.   Heavenly Metal 
8.   God's Mercy 
9.   Born For The Strangers 
10. Moore Lord 








Lancer - Lancer     

Band : LANCER
Album : Lancer
Tahun :  2013
Sub genre : Power Metal
Tarikh release : 18 Januari 2013

Lagu - lagu
1     Purple Sky 
2     The Exiled
3     Young And Alive 
4     Seventh Angel
5     Don’t Go Changing 6
6     Dreamchasers 
7     Mr. Starlight
8     Deja Vu 
9    Between The Devil and The 
      Deep











Blackrose - Turn On The Night

Band : BLACK ROSE
Album :  Turn On The Night
Tahun : 2013
Sub genre : Hard Rock

Lagu - lagu
1    My Enemies 
2    Rise Again 
3    Turn On The Night 
4    Never Let Me Down 0
5    We Were Winners 
6    Hunter 
7    The Bold And The Beauty 
8    Busted 
9    Our Wisdom 



101 Peraturan Power Metal (Bahagian IV)


101 Peraturan Power Metal (Bahagian IV)

Band Firewind.... sekadar gambar hiasan.
          101 Peraturan Power Metal sekadar untuk kita kongsi bersama shaqmetal tambahkan lagi beberapa peraturan power metal bagi melengkapkan keseluruhannya yang berjumlah 101. Bahagian yang ke 4 ini shaqmetal muatkan 10 lagi peraturan untuk kita kngsi bersama. Seperti yang telah shaqmetal catatkan dalam ruangan yang terdahulu ini bukanlah peraturan yang wajib atau satu kemestian tetapi ini adalah idea dan info yang boleh kita kongsi bersama…

31.     Nyanyikan dalam English (seboleh-bolehnya, tetapi kalau dinyanyikan dalam bahasa lain
           bahasa Melayu pun boleh juga) meskipun peminat adalah dari berbilang kaum,
           bangsa, negara dan sebagainya. Rujuk peraturan No. 30 : Kalau ianya tidak ‘catchy’ – 
           adalah sukar untuk menyanyikannya dalam bahasa yang bukan bahasa ibunda.
32.     Bermain dengan band  sebanyak mungkin yang boleh . Lebih banyak projek berasingan 
           / luar dan sebagai artis jemputan dan ini bermakna akan lebih epic.
33.     Seluar ketat.
34.     Anda tidak perlu menala semula gitar anda.
35.     Mungkin anda perlu melepaskannya separuh langkah (apa-apa yang ada hubung kait 
           power metal)
36.     Kurang bernasib baik… anda memerlukan sekurang-kurangnya 2 pemain gitar.  Apapun 
          apakah anda memelukan 2 pemain gitar solo?
37.     Keyboard boleh dijadikan atau mengantikan satu gitar solo, selagi ianya boleh solo.
38.     Pelik… agak-agaknya anda tidak memerlukan pemain gitar bass atau sekurang-
          kurangnya anda tidak menggunakan pemain bass yang sama berulang atau 2 kali.
39.     Mulakan semua lagu dengan chord yang bunyinya mengembang  (besar/menyeluruh)
40.     Gitar akustik dibenar sekali – sekala.

          Itu antara 101 peraturan power metal ciptaan dan olahan masyarakat power metal dan sekadar untuk kita terokai cerita disebalik semua itu. Bahagian I, II dan III telah shaqmetal publishkan sebelum ini.

Untuk mendapatkan lagi peraturan seterusnya klik disini.  SAMBUNG KE BAHAGIAN V
Klik di sini untuk merujuk semula ke BAHAGIAN lll.  KEMBALIKE BAHAGIAN lll


Tahun Baharu 2013

Selamat Tahun Baharu 2013...
Sekadar gambar hiasan...
          Rock tetap rock dan metalpun tetap metal... namun masa tetap berlalu dan kita seringkali ketinggalan oleh masa. Kesian kita kan sentiasa tewas oleh masa dan jelas 2012 sudahpun jadi kenangan, 2013 pula jadi realiti dan harus kita hadapi kini dan hari mendatang. 
          Setelah beberapa bulan sibuk menguruskan hal dan urusan lain yang boleh dikira amat penting maka terdiam seketika pergerakkan shaqmetal. Maka mulai detik ini shaqmetal merasa ada sedikit kelonggaran - untuk berkarya semula mmmmm... sekadar nak update 'some info' yang banyak dan rasanya dah overload dalam 'kepala' ni. Apapun 'scene' rock dan metal di tempat 'bro n sis' macamana di awal tahun ini....? Mesti rancak n berjalan macam biasakan... mmmm...oooppppssss lupa nak 'khabaq' yang shaqmetal terdengar program baharu di stesen radio SARAWAKfm nama program tersebut 'Rock Je...' bunyi macam ok je dan nama program ityu juga macam sempoi.... rasanya ok juga ler agaknya ya hehehehe.... 
          Dengarnya program tersebut 'on' dari jam 10 malam hingga 12 tengahmalam mmm mesti gempak kalau time malam. Boleh ler gantikan tempat Rock Selamba MUZIKfm dulu tapi sayang ler kerana siarannya di Sarawak sahaja. Oooppppsss online boleh dengar juga sis and bro.
          Apapun layan je ler program tu dan dari 1 Januari hari tu dengar suara DJ Yus, DJ Barb dan DJ Nana yang 'handle' program tu, takpe nanti shaqmetal cuba hello-hello mereka-mereka di SARAWAKfm... Alamak sebenarnya tadi nak mengucapkan selamat tahun baharu 2013 untuk bro n sis semua.... moga tahun baharu ini akan membawa kesejahteraan, kebahagiaan, kegembiraan, sukses, bertambah senang hidup, murah rezeki dan 'sure' rock n metal akan terus manteeepppp gitu.... hehehehe luv uols guys!!!! Salam sayang dan selamat tahun baharu dari shaqmetal buat semua bloggers, rockers n metalers semua.... rock on!!!