Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 8 Januari 2013

Royce Saayan - Sembrani

Single Terbaharu Royce Saayan - Sembrani
Rock on.... Royce Saayan

Nama Royece Saayan mungkin tidak segah nama Therion, Nightwish, Epica, Elis, Fairyland, Galneryus dan banyak nama nama besar yang hadir dengan bunyi simfoni – symphonic metal namun dalam berjuang untuk sebuah sub genre yang masih agak asing bagi kita di Malaysia ini tidak harus dipandang sebelah mata.
                Mungkin single ‘Pulau’ boleh diambilk kira dalam rangka evolusi muzik Royce Saayan kemudian tampil dengan single ‘Asimilasi’ yang sebenarnya telah mengejut peminat metal tempatan. Meskipun lagu tersebut bertapak pada lagu asalnya ‘Mother Earth’ lagu dari band Within Temptation namun olahan sebuah lagu seprti ‘Asimilasi’ cukup mengesankan. Bila Royce tampil dengan Asimilasi dan hadir dengan sub genre symphonic metal ternyata ada artis yang sanggup mempertaruhkan kreativiti untuk sebuah pembaharuan yang sememangnya dinantikan oleh masyarakat pendengar symphonic metal.
                Memang tidak dapat dinafikan lagu yang dihidangkan oleh artis dan band tempatan tidak sehebat apa yang di hasilkan oleh band-band antarabangsa yang lain seprti band Therion, Nightwih dan sebagainya tetapi itu memadai sebagai pembuka langkah untuk terus bertapak dalam industri muzik metal kita.
                Tidak terus berdiam diri Royce terus melangkah dengan tampil bersama single lagi iaitu Cinta ke Langit juga menerapkan elemen-elemen symphonic dan gothic. Melangkah terus terbaharu Royce Saayan bakal tampil dengan single terbaharu symphonic metalnya berjudul ‘Sembrani’.
                Kerja-kerja memasukan suara bagi single terbaharu ‘Semberani’ telahpun bermula sejak awal Januari ini. Lagu yang diciptakan oleh Md. Noor Md Zain dan liriknya ditulis sendiri oleh Royce Saayan bakal menjengah halwa telinga mita sedikit masa lagi. Shaqmetal sempat berkomunikasi dengan Royce menerusi fb memaklumkan yang single tersebut akan siap dalam waktu yang terdekat dan shaqmetal  berharap Sembrani akan sehebat bunyi Asimilasi ataupun lagi hebat dari itu, kita nantikan bersama.
                Berikut kronologi rockers dan metalers bernama Royce Saayan…
            Album pertama - Royce Saayan Alternatif 1996/1997
Album kedua - Kompilasi Rock Kapak  1997/1998
Album ketiga - Kompilasi Kenangan Manis di Hari Raya 1998
Album keempat -  Yang Lazat 2006/2007
Mini Album - Cinta Ke Langit - 2012 - NAE
Single - Misteri Permaisuri Hati - 2008/2009
Single Raya - Zapin Raya Berzaman -2009
Single Album OST - Selumbar Cinta
      Asimilasi
      Wanita Penggoda - 2009/2010
Single - Cinta Terus Kelangit - 2011
Single Raya - Satu Raya Satu Merdeka - 2011
Single OST - Titipan Kasih - Sinar Itu Hadir Jua – 2012

Royce Saayan bakal tampil dengan single terbaharu - Sembrani

3 ulasan:

Puteri Mac berkata...

saya peminat tega Royce Sa'ayan, memang RS satu satu penyanyi rock malaysia yang berani menampilkan kreativiti yg berbaloi bagi peminat2 rock/metal,,,captain hooks of the 21st century mencetus kehadiran metelers dr malaysia buat segelintir peminat nya di pearth australia, semoga Royce terus mendapat sokongan padu dr peminat2 rock/metal tanah air.... Dan tak sabar nak tunggu single terbaru Royce "SEMBRANI" lain mcm tajuk nie...\m/ tq admin

Tanpa Nama berkata...

http://royce-saayan.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

rockers n metalers... shaqmetal also waiting for royce latest single... x sabar rasanya nak mendengar hasil terbaharu royce... mudah-mudahan bunyinya akan ada bunyi yang dimasukkan dalam asimilasi... rock on bro n sis... - shaqnetal.