Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 22 Januari 2013

Majestica...


Majestica... Iban Progressive metal
Majestica.. tampil dengan bunyi yang mantap...
Apa Majestica....? Siapa Majestica? Di mana...? Dari mana...? Dan bermacam-macam menerpa dalam benak minda shaqmetal inginkan kepastian yang pasti, siapa dan dari mana asal usul Majestica. Setelah mendengar single pertama dan kedua mereka – ‘Tungkat dunya’ dan ‘Tua selamanya’ tidak menyangka bunyi yang ditampilkan begitu adalah dari celah-celah kelompok rockers dan metalers di bumi kenyalang.
Dari situlah titik tolak shaqmetal cuba menyelongkar cerita Majestica secara bersendiri akhirnya terjumpa sedkit info untuk kita kongsi bersama dalam ruangan sempit ini. Rupanya Majestica ini band yang berasal dari bandar gas – Bintulu dan telah ditubuhkan dalam tahun 2012. Majestic – band yang berpegang pada sub genre progressive metal ini (dakwaan mereka sendiri) hadir untuk menambah ceria lagi senario muzik rock dan metal tempatan khasnya dan tanah air amnya. Dengan gabungan pengalaman setiap ahli band Majestic sendiri maka mereka cuba hadir dengan buah tangan yang lebih bertenaga dalam mewarnai senario muzik metal tempatan. Rasanya andai bunyi yang dianuti oleh Majestica sebegini maka rasanya penglibatan mereka harus lebih ke hadapan dari sekadar berkarya secara lokal. Bunyi dan muzik yang digarap cukup menarik untuk menjadikan Majestica antara band progressive metal atau power metal  yang bakal mencuri tumpuan sekiranya terus berkarya bukan sahaja diperingkat lokal malah nasional.
Majestica... iban progressive metal
Pertama sekali bila mengamati lagu ‘Tungkat dunya’- bahasa Iban (bermaksud ‘Tongkat dunia’ dalam bahasa kebangsaan) dan ‘Tua selamanya’bahasa Iban (‘Kita selamanya’ dalam bahasa kebangsaan)(betulkan shaqmetal sekiranya salah mentafsir tajuk lagu tersebut), menyerlahkan penampilan bunyi yang kemas dan menarik. Secara amnya tidak seperti bunyi yang dihasilkan oleh sebuah band etnik lokal, bunyi yang menerapkan elemen-elemen progressive dan power metal yang agak ketara serta bunyian yang rasanya banyak dipengaruhi oleh band-band dari benua eropah. Itu cuma pada pandangan peribadi shaqmetal bila shaqmetal menikmati  2 single tersebut.
Menurut pengasas band tersebut Romy Salvador a.k.a Bujang Kesindap, Majestica sebenarnya telah ditubuhkan pada Jun 2011 dan secara rasminya pada April 2012. Anggota band Majestica terdiri dari Romy Salvador a.k.a Bujang Kesindap – gitar utama dan keyboard, Maloney – vokalis, Atien Martine – gitar, Glenn – bass dan Boyzt pemain dram.

Tiada ulasan: