Michael Kiske dan Amanda Somerville... gandingan mantap.
Gandingan mantap Kiske dan Somerville |
Tengah memandu layan Michael
Kiske dan Amanda Somerville.... huuhhhh!!!! Terbaik memang layan semua lagu
yang dimuatkan dalam album tersebut, Kiske Sommerville. Lama juga terperam album
tersebut dalam simpanan yang tersusun indah pada rak cakera padat. Teringin nak
mendengar semula album yang telah diterbitkan dalam tahun 2010 itu shaqmetal terus
bawa masuk kereta dan menikmati setiap lagunya... percayalah mendengar vokal
Kiske dan bergabung dengan Somerville terasa wow sedap dan indahnya lagu itu.
Dari trek ke trek shaqmetal layan
terutamanya lagu Silence, End of the road, If I had a wish dan juga lagu – lagu
lain yang termuat dalam album tersebut ternyata mampu menggamit rasa shaqmetal.
Antara algu – lagu lain yang dimuatkan
dalam album tersebut adalah seperti Nothing left to say, Arise, Don’t walk
away, A thousand suns, Rain, One night burning, Devil in her heart, Second
chance dan Set a fire.
Album yang telah diterbitkan oleh
Mat Sinner itu telah pun lama dirilis iaitu dalam bulan September 2010, dan
catatan shaqmetal ini sekadar menoleh ke belakang sesekali setelah menikmati
lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut. Bukan juga nak mengulas album
tersebut tetapi sekadar untuk berkongsi info, manalah tau kalau-kalau ada
antara kita yang tidak mendengar lagi lagu-lagu gandingan vokalis Helloween .
Album Kiske / Somerville ini
merupakan album projek duet Michael Kiske dengan penyanyi dari Amerika
Syarikat, Amanda Somerville yang diusahakan penyatuan mereka berdua oleh
presiden Frontiers Records, Serafino Perugino. Michael Kiske merupakan bekas vokalis
untuk band power metal yang berasal dari Jerman, Helloween. Selain pernah
menyertai band Helloween, Michael Kiske juga banyak terlibat dengan projek lain
seperti projek band Place Vendome, Avantasia dan pernah membuat rakaman dengan
band-band ternama yang lain sebagai vokalis undangan. Michael Kiske menyertai
Helloween dari tahun 1986 hingga 1993 dan sempat merakamkan 4 buah album
bersama Helloween iaitu album Keeper of the seven keys Part 1 (1987), Keeper of
the Seven Keys Part 2 (1988), Pink Bubbles Go Ape (1991) dan Chameleon (1993).
ACover abum sulung Michael Kiske dan Amanda Somerville... |
Amanda Somerville pula merupakan penulis/pencipta lagu dan jurulatih vokal
warga Amerika yang kebanyakannya
bertugas di Jerman dan terlibat dalam banyak produksi oleh penerbit dari Jerman
seperti Sascha Paeth and Miro. Dia juga pernah membantu Epica dalam tour Epica’s
North America Tour menggantikan Somine Simons yang ketika itu menghadapi
masalah kesihatan.
Amanda juga pernah terlibat di
penghujung penerbitan dan rrilis album Kamelot, Ghost Opera dan dalam album
Poetry for the Poisined, terlibat juga dengan projek symphonic metal Aina dan
terbaharu tour dengan Avantasia. Amanda juga pernah berkerjasama dengan Michael
Kiske dalam beberapa projek lain sebelum itu seperti projek Aina, Avantasia dan
lain-lainnya.
Memetik kata-kata Michael Kiske
tentang gandingannya dengan Amanda Somerville, katanya "To sing together with the gifted and beautiful Amanda was another
genius idea of Serafino! And it was a most pleasant experience to meet her.
Amanda has by far the best female voice I have heard for ages. And the album is
a killer."
Amanda pula mengeluarkan kenyataan
berikut “... It’s not for nothing that
Michael’s a legend in the scene. He’s got a very unique voice, a special
delivery of his performance and is a wonderful person on top of it all. This
has been a great experience all across the board!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan