Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 1 Februari 2013

Stephan Forte - The Shadow Compendium


Stephan Forte...  gitaris Adagio
Cover album The Shadow Compendium - Stephan Forte...
     Stephan Forte, antara nama besar dalam arena metal antarabangsa dikenali dengan projek solonya dan juga adalah bekas anggota band melodic progressive metal – Red Circuit dan menganggotai band progressive metal (melodic progressive metal) yang berasal dari Peranchis – Adagio. Band yang diasaskan oleh Stephan sendiri itu ditubuhkan dalam tahun 2001.
     Projek solo Stephan Forte merangkumi sebuah demo yang dikeluarkan dalam tahun 1996 berjudul - Vission, album penuh yang telah dikeluarkan dalam tahun 2011 – The Shadow Of Compendium dan juga sebuah DVD yang diterbitkan dalam tahun 2004 - Underworld - Solos and Licks. Bersama bekas band  Red Circuit, Stephan Cuma sempat menerbitkan sebuah album studio penuh dalam tahun 2006 yang berjudul Trance State. Bersama dengan bandnya sendiri Adagio, Stephan setakat ini (artikel ini ditulis) telah mengeluarkan 5 buah album penuh iaitu – Sanctus Ignis (album penuh studio, 2001), Underworld (album penuh studio, 2003), A Band in Upperworld (live, 2004), Dominate (album penuh studio, 2006) dan Archangels in Black (album penuh studio, 2009). Untuk projek terbaharu 2013 mereka dijangka mengeluarkan album studio terbaharu mereka.
     Projek solo Stephan Forte di bantu oleh sessionis Franck Hermanny untuk gitar dan Kevin Codfert untuk keyboard, piano dan drum programming. Manakala pemuzik undangan pula ialah Jeff Loomis – gitar, Mattias “IA”  Eklundh – gitar, Glen Drover – gitar, Derek Taylor – gitar dan Daniele Gottardo – gitar. Semua pemuzik session dan undangan itu adalah untuk projek album solo The Shadow Compendium.
   Stephan Forte dilahirkan di Peranchis pada 16 November 1978 merupakan seorang pemuzik yang aktif serta pandai bermain peralatan muzik seperti gitar, keyboard, piano dan programming. Kebanyakkan projek atau muzik yang diolah oleh Stephan lebih menjurus pada sub genre symphonic metal, progressive metal dan neo-classical metal. Stephan mula terlibat, aktif dan serius  dalam dunia muzik sejak tahun 1996.
     Berikut adalah senarai demo, DVD dan album solo Stephan Forte ;
     i.           Visions (demo, 1996)
     ii.         Underworld - Solos and Licks (DVD, 2004)
     iii.        The Shadows Compendium (2011)

     Lagu –lagu (instrumental) yang dimuatkan dalam album  The Shadow Compendium.
     1.            The Shadows Compendium [feat. Jeff Loomis & Franck Hermanny]
     2.            De Praestigiis Daemonum [feat. Mattias IA Eklundh]
     3.            Spiritual Bliss
     4.            Duat [feat. Glen Drover]
     5.            Sorrowful Centruroide [feat. Derek Taylor]
     6.            Prophecies Of Loki XXI
     7.            I Think There's Someone In The Kitchen [feat. Daniele Gottardo]
     8.            Improvisation On Sonata 14, C # Minor - Op. 27 No 2
     9.            Eien No Kizuna (Japanese bonus feat. Andy James)
Stephan Forte... bukan Steve Vai.

Tiada ulasan: