Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 25 Februari 2013

D.A.T Di Mana...

D.A.T... Sebuah Band Alternative
Logo band D.A.T
Dari kiri... Badin, Apai,  Sham dan Ali anggota band D.A.T

Mengibas kembali era 90an terutamanya pertengahan 90an, tika rock dan alternative menguasai pasaran muzik tempatan . Pelbagai nama band alternative muncul, ditambah pula band pop rock ketika itu ada juga yang mengubah hala jenis muzik mereka hanya sekadar untuk mengikut rentak muzik masa itu. Begitulah aliran dan musim muziik arus perdana di Malaysia. Cuba imbas kembali (sekadar mengenang sedeikit) dari era rock dari 80an (lebih jelas lagi dari pertengahan 80an) membawa ke awal 90an kemudian era dangdut, era rock, era irama nasyid, era pop ballad, era rap, era K – Pop dan macam-macam lagi. Semua era itu menjadikan industri kita menghala ke satu paksi yang sama….’no comment’.
                Bukan tu yang hendak shaqmetal catatkan menerusi ruangan ini tetapi cuba mengimbau kembali detik alternative atau era alternative suatu waktu dahulu. Bila mendengar semula CD sebuah band alternative waktu itu… band D.A.T  membawa kembali ingatan shaqmetal ke tahun pertengahan 90an.
                D.A.T sebuah band alternative yang ditubuhkan untuk menyemarakkan lagi industry muzik waktu itu tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan dalam tahun 1996 diberi judul ‘Kera Sumbang’. Memang jalur muzik mereka kena dengan waktunya namun pendedahan mereka yang cukup mengejut juga membawa kesan pada kelahiran album tersebut, namun itu bukannya intipati catatan ini. Apa yang hendak shaqmetal  kongsikan di ruangan ini ialah album alternative mereka itu.
                Album yang diterbitkan oleh To’ki dan Jack FTG itu memuatkan 10 buah lagu yang secara amnya menarik untuk dinikmati. Lagu-lagunya tidaklah terlalu berat jalur alternative nya, namun cukup jelas itu adalah jalur muzik alternative.
                Antar lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Kera sumbang, Biralah aku menyintaimu, Kota dua, Kekasih lama, Seri kota kelam, Destinasi rindu, Cerita sebuah cinta, Cuma kenangan, Tanah air api angin, dan Biar ku semdiri. Kebanyakkan lagu yang dimuatkan dalam album sulung D.A.T ini sedap didengar seperti lagu Kera sumbang, Biarlah aku menyintaimu, Kekasih lama, Seri kota kelam,  Destinasi rindu dan Cerita sebuah cinta.
                D.A.T yang dianggotai oleh Badin (drum), Apai (vocal /gitar), Sham (bass) dan Ali (gitar). Setakat hadir dengan 1 album – Kera Sumbang, D.A.T selepas itu menghilang entah kemana? Dengan album yang agak menarik dan lagu-lagu alternative ‘simple’ yang sedap di dengar waktu itu rasanya adalah satu pembaziran penampilan lantaran sekadar hadir sekali sahaja menghias wajah muzik arus perdana  kita waktu itu.
                Kalau kita dengarkan semula lagu-lagu dari album Kera Sumbang itu, melodinya cukup simple santai atayu relax namun bunyi alternativenya jelas dan sedap itu didengari. Bunyi yang tidak terlalu grunge itu rasanya sesuai untuk pendengar kita di Malaysia waktu itu. Apapun sekiranya bunyi rif gitar yang lebih grunge sedikit, serta drum yang lebih ‘crunchy’ akan menjadikan bunyi alternative yang sedap dan menarik untuk didengar.  Untuk sebuah album pertama rasanya memadailah bunyi yang sedemikian.
                Kesudahannya D.A.T hilang begitu sahaja dan kemana perginya D.A.T? Apa mungkin D.A.T akan tampil semula untuk tampil dengan album baharu mereka atau mereka tampil cuma seketika. Sayang sekiranya bunyi yang ditampulkan sedemikain sekadar hadir sekelip mata dan seterusnya hilang, rasanya andai D.A.T masih terus memperjuangkan muzik yang mereka anuti itu mungkin bunyi alternative yang lebih indah mampyu diciptakan yahhhhh mungkin gabungan bunyi gothic dengan alternative atau meneylit element-element punk, ska atau apa-apa saja dalam muzik mereka, itu sekadar angan-anagn shaqmetal sahaja. Realitinya D.A.T sudah sekian lama menghilangkan diri tanpa dapat dikesan… kiranya ada ahli band D.A.T yang terbaca catatan itu, shaqmetal sekadar ingin bertanya, “ Apakah nawaitu – jauh disudut hati  D.A.T tidak ada sekelumitpun rasa untuk muncul semula dalam arena arus perdana muzik tempatan lagi? Dengan bunyi dan melodi yang serupa… alangkah baiknya sekiranya kita mampu kembali menikmati hasil atau buah tangan terkini D.A.T … mungkinkah….?
Kera Sumbang... album sulung D.A.T

1 ulasan:

Unknown berkata...

Terimakasih dgn ulasan yg bernas dan ikhlas. Senoga Shaqmetal terus steady dan sukses

#sigaiwarriors
#apaidat