Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 15 Mac 2013

A Sound Of Thunder

A Sound Of Thunder... Band Dari Washington DC




Band menampilkan wanita sebagai vokalis dan sering kali disebut sebagai female fronted band sering mendapat perhatian dalam arus perdana muzik metal antarabangsa seperti band ternama Nightwish, Within Temptation, Leave’s Eyes dan banyak lagi. Namun untuk kali ini shaqmetal sekadar ingin berkongsi info sedikit mengenai band yang berasal dari Washington DC, A Sound Of Thunder. Band ini terdiri dari 4 orang anggota yang dikenali dengan kepelbagaian stail komposisi muzik mereka, suara vokalis wanitanya yang bertenaga serta cukup enegertik ketika membuat persembahan ‘live’.
Band ini ditubuhkan dalam tahun 2008 oleh pengasasnya Josh Schwartz dan Chris Haren. Band yang tampil dengan stail heavy metal teradun bunyi power metal dan juga hard rock. Namun bunyi yang terhasil menjadi bunyi heavy power metal yang cukup menarik untuk didengar.
Band yang berasal dari kawasan metro Washington DC ini dianggotai oleh Nina Osegueda selaku vokalis utama, Josh Schwartz pemain gitar yang juga seorang komposer, Jesse Keen pemain gitar bass dan keyboard dan Chris Haren pemain dram dan percussion.



Album / EP / Single
Album Stdio
Metal Renaissance (2011)
Out Of The Darkness (2012)
EP
A Sound Of Thunder (2010)
Queen Of Hell (2013)
Single
Justice At Least (2010)

Tiada ulasan: