Khamis, 21 Mac 2013

JUMP P Dengan Wujud


Wujud Album Terbaharu... JUMP P


Nama yang agak sinonim dengan shaqmetal , mana tidaknya dengan kehadiran single pertama mereka yang secara tidak rasmi berkumandang di Rock Selamba dalam tahun 2009, shaqmetal telah diperkenalkan dengan JUMP P. Rentetan dari situlah muzik lagu dan individu JUMP P itu sendiri  telah shaqmetal kenali.  Dan merujuk kepada sedikit info yang shaqmetal telah keluarkan menerusi  shaqmetal.blogspot – ikuti pautan ini  http://shaqmetal.blogspot.com/2009/07/jump-p.html  begitu juga sekali lagi info mengenai single JUMP P ikuti pautan ini  http://shaqmetal.blogspot.com/2009/10/marrabuqa-single-terbaharu-jump-p.html   maka tidak hairan kehadiran JUMP P sebenarnya sudah pun dihidu oleh masyarakat rock dan metal tempatan. Rasanya info atau cerita mengenai JUMP P dan kehadiran mereka juga telah di keluarkan artikelnya dalam majalah rock tempatan Empayar, artikel yang ditulis oleh Shaq Darkshadow. (kemudian nanti shaqmetal akan cuba muatnaikkan cerita dan gambar untuk kita kongsi bersama) dalam ruangan shaqmetal.blogspot.  Cuma mungkin cara kehadiran mereka ini agak perlahan menjadikan kelibat mereka sedikit tidak diketahui, secara jujurnya hasil yang dikeluarkan oleh JUMP P ini sememangnya sesuatu yang cukup indah dan menarik untuk di nikmati khasnya bagi mereka yang gemarkan bunyi yang baharu atau bunyi yang lain dari yang lain dari apa yang sudah stereotype di hasilkan oleh band-band tempatan.

Rasa power metal yang cukup jelas dan pengaruh synphobic metal yang ketara menjadikan bunyi yang dihasilkan oleh JUMP P ini segar dan menarik untuk dinikmati oleh warga rock tempatan. Secara peribadinya shaqmetal merasa kita sebenarnya haus dengan bunyi yang sebegini dalam arena atau persada muzik rock dan etal tempatan. Baik di arus perdana atau bawah tanah (lagi sedap disebut ‘undeground’) lantaran kita sentiasa dimomokkan dengan muzik atau genre yang lebih kurang sama sahaja oleh band-band tempatan yang ada. Shaqmetal bukanlah menidakkan kemampuan mereka tetapi usaha untuk menghasailkan sesuatu yang baharu dan lebih segar itu nampak begitu kurang.
Kalau kita bercerita mengenai rock dan metal dan muzik secara keseluruhannya memang kita agak ketinggalan (tidak perlu dijelaskan dengan terperinci topik itu...). Baik kita sebut satu atau dua sub genre muzik rock atau metal contohnya power metal, symphonic metal, avant-garde metal industrial metal dan jauh sekali kalau folk metal, acapella metal, medieval atau celtic metal atau apa-apa sub genre lainnya. Kita pergi pada apa yang diketengahkan oleh JUMP P yang pada shaqmetal ia lebih menjurus dan terarah pada bunyi power metal yang memasukkan elemen symphonic pada lakuran muzik mereka. Itu yang telah shaqmetal dengar dan hayati sejak kelahiran single mereka (shaqmetal dengar dalam bulan Jun atau Julai 2009).
shaqmetal bukanlah berniat untuk komen atau pandai-pandai nak mengatakan yang itu dan ini. Pandangan dan pendapat shaqmetal yang terpapar dalam ruangan ini sekadar pandangan peribadi shaqmetal sahaja. Dalam ruangan ini juga shaqmetal ingin nak berkongsi apa yang shaqmetal dengar dari apa yang dihasilkan oleh JUMP P menerusi album studio penuh mereka itu – WUJUD....

Sebelum itu..., iaitu pada bulan Julai 2009 shaqmetal mengagak judul album penuh JUMP P yang akan dikeluarkan(waktu itu) ialah MITOS, itu telahan dalam minda shaqmeta lwaktu itu. Tetapi penantian shaqmetal cukup lama sehinggalah awal 2013 barulah ada berita tentang album studio penuh JUMP P diterbitkan / diriliskan. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya penantian shaqmetal berakhir juga... kenapa shaqmetal berkata demikian? Ini kerana shaqmetal telah mendengar lagu Mitos saka, Moga sempurna dan lagu Marobbuka yang cukup menarik dengan susunan muzik serta bunyi yang lain dari yang lain dihasilkan dalam kalangan band metal yang ada ketika itu. Dari kelahiran single dan bersiaran diuadara MUZIKfm menerusi Rock Selamba, pada bulan Julai 2009 hinggalah ke awal tahun 2013, persoalan bagaimanakah bunyi sepenuhnya hasil buah tangan JUMP P terjawab akhirnya.
Dari lagu pertama Wujud, JUMP P telah menunjukkan kewibaan mereka dengan mengetengahkan bunyi power metal yang agak sarat dengan elemen-elemen symphonic boleh dijadikan kayu pengukur pada hasil keseluruhan album WUJUD JUMP P. Memang benar telahan shaqmetal meneliti sepenuhnyanya lagu Wujud, jelas kekuatan semangat dan aura power metal (boleh dikatakan juga power symphonic metal) JUMP terserlah dari trek Wujud. Peranan keyboard yang sepatutnya menjadi tulang belakang dan lead pada sebuah band power metal ada dan dibuktikan sepanjang lagu tersebut. Dari trek pertama lagu kedua Moga sempurna juag tidak hilang arahnya, intro yang sudah cukup sinonim dengan peminat rock kapak itu menghasilkan bunyi yang menarik dengan paduan bunyi keyboard yang jelas ditambah lagi dengan aura lagu Moge sempurna itu sendiri yang sudah pun melekat pada halwa telinga peminat muzik rock. Moga sempurna yang pernah dipopularkan oleh band Lipanbara suatu waktu dahulu kini bunyinya bertambah segar bila dilakurkan dengan instrumen keyboard yang ketara dan bunyi yang bboleh kita rasai. Memang lagu Moga sempurna mempunyai tarikan yang sedia ada ditambah lagi dengan sentuhan JUMP P menjadikan bunyinya lebih ‘dense’, padat, menarik dan segar.
Dari lagu kedua seterusnya kita nikmati lagu Mitos saka ternyata kesinambungan bunyi power power metal yang penuh dengan elemen symphonic itu diterusnya dan kalau kita amati betul-betul lagu Mitos saka, Wujud, Marobbuka dan Sangkakala awal sangkakala akhir boleh menjadi tanda aras bagi bunyi power metal yang rasanya ramuan cukup dan sedap untuk didengar. Secara peribadinya shaqmetal merasa tidak cukup dengan mendengar sekali sahaja lagu-lau tersebut. Cuba nikmati sendiri. Bagaimanapun lagu Naskah terakhir adalah balada yang tidak dapat lari dari bunyi jiwang tempatan dan masih ada bunyi pengaruh rock kapak tersebut, namun lagu tersebut memang sedap dan layannnn... Lagu balada yang tetap tidak tersasar dari sud genre yang dibawakan oleh mereka. Marobbuka sememangnya antara lagu yang harus dinikmati bagi anda yang minat muzik atau byunyi power metal atau power symphoinic metal atau peminat symphonic metal itu sendiri rasanya akan terhibur dengan lagu Mitos saka danlagu Wujud. Dari Marobbuka kalau terus kita layan Mistik bunyi sedikit berat yang juga jelas bunyi power mentalnya seperti lagu-lagu lain> kalau dihayati lagu mistik stail muzik, lirik dan vokalnya tidak lari dari tema lagu tersebut, alam mistik. Gubahan muzik dengan tema lagu tersebut seakan-akan menjadi menjadikan lakuran gubahan yang menarik. Manakala lagu Anggau agak ringan bagi anda yang lebih berat untuk menikmati bunyi muzik yang berat serta keras. Rasanya bunyi yang dihasilkan itu dikhaskan buat peminat yang lebih gemarkan muzik yang agak ringan setelah menikmati bunyi agak berat pada lagu-lagu lain dalam album tersebut. Meskipun lagu Anggau agak sederhana bunyinya namun kalau selalu didengar akan boleh ‘tangkap’ sedap juga lagu tersebut. Satu-satunya lagu Inggeris yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Power of nature, lagu moderate yang rasanya kurang menyengat dan kurang auranya. Shaqmetal tidak tahu ini mungkin strategi JUMP P untuk menarik ppendengar bukan Melayu untuk menikmati muzik mereka. Namun bunyi lagu tersebut agak stereotype dan klise ditambah lagi dengan sebutan lidah Melayu orang Malaysia (itu bukanlah menjadi persoalan di sini). Begitu juga dengan lontaran suara yang kurang menarik bagi mode serta tone lagu tersebut. Secara jujurnya bagi pandangan peribadi shaqmetal tanpa lagu tersebutpun album Wujud JUMP P tetap menarik dan merasa puas memilikinya. Beralih pada lagu garisan terakhir dalam album tersebut, Garisan terakhir, bunyinya kembali menjadi stereotype dan yang ada kelainan sikit ialah adunan keyboardnya serta bunyi dan elemen-elemen oriental metal turut dimasukkan. Elemen oriental metal agak jelas di permulaan(dalam intro) dan sedikit di tonjolkan lagi pada pertengah ketika ‘music bridge’. Bagi shaqmetal andai secara keseluruhan lagu tersebut dimasukkan sepenuhnya elemen-elemen oriental metal akan menjadikan lagu tersebut lebih menyerlah. Namun cubaan itu sesuatu yang agak menarik untuk diikuti dan diteruskan. Lagu garisan terahir juga boleh layan namun tidak cukup jelas bunyi yang unik diketengah melainkan di awal dan dipertengahannya. Itu pada pandangan peribadi shaqmetal, bukan untuk mengutuk atau pandai-pandai hendak komen. Kalau kita dengar pada vokal Oney dengan stail, mode atau alunan  muzik yang mereka bawakan, vokal Oney bunyi cukup serasi untuk lagu Wujud, Moga sempurna, Mitos saka, Naskah terakhir,  Marobbuka dan lagu balada Naskah terakhir.  Bagi anda yang belum menikmati lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Wujud JUMP P rasanya anda harus memiliki album tersebut, lantaran untuk mendengar atau menikmati lagu-lagu yang berbunyi sedemikian dalam arena muzik tempatan kita ketika ini adalah sukar. Apa yang dihasilkan oleh JUMP P adalah sesuatu yang cukup membanggakan. Dan kalau kita bercerita  atau membandingkan hasil kerja JUMP P dengan band –band di sebelah Eropah yang cukup terkenal dengan sub genre sedemikian adalah tidak adil. Namun kalau kita bandingkan betul-betul dengan beberapa buah band power metal yang sudah gah berdiri dipersada antarabangsa tidak jauh bezanya atau boleh kita katakan setara. Cuba kita dengankan album band Magica, Fairyland atau band-band power metal atau band power symphonic metal yang ada. Bunyinya lebih kurang sama, dan kalau masih kurang percaya cubalah bandingkan dengan band seperti Aquaria, Catharsis, Blind Guardian, Darksun, Dignity, Dreamaker, Dreamtale, Divinefire, Domine dan banyak lagi. Memang bunyi yang dihasilkan oleh JUMP P kurang sedikit breratnya namun pasa shaqmetal ia adalah bersesuaian dengan stail dan kehendak pendengar kita di Malaysia. Haaa.... banyak lagi yang dapat dicatatkan di sini tapi makin banyak nanti makin tersasar pulak ke sasran lain maka cukuplah sekadar untuk kita kongsi bersama buah minda dan pandanga peribadi shaqmetal. Ingat itu sekadar pandangan, idfea / buah minda peribadi bloggers seperti saya, shaqmetal untuk berkongsi pandangan, idea dan info atau cerita dalm ruangan ini. Salam rock dan metal untuk semua... Rock dan metal jalan terusss.

Tiada ulasan: