Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 26 Oktober 2009

Marrabuqa - Single kedua Jump-P

Single Marrabuqa - Jump-P


Setelah tampil dengan single pertama mereka awal tahun dahulu - single Mitos Saka, band Jump-P mengorak langkah seyterusnya dengan mereleasekan single kedua mereka berjudul Marrabuqa yang memuatkan 4 buah lagu iaitu Marrabuqa, Naskhah Terakhir, Moga Sempurna dan Mitos Saka. Moga Sempurna dan Mitos Saka merupakan lagu bonus dalam single kedua Jump-P. Ternyata bunyi yang diketengahkan menerusi single kedua mereka tetap berpaksi pada power metal. Bunyi yang cukup padu dan menarik serta segar menjadikan Marrabuqa sedap untuk didengar khasnya pada peminat power metal. Manakala lagu Naskhah Terakhir pula agak balad namun sentuhan power metal tidak hilang. Single kedua Jump-P telahpun berkumandang diudara menerusi rancangan Rock Selamba, MUZIKfm. Menurut Oney, vokalis Jump-P, album yang sepatutnya dilancarkan pada bulan Ogos lalu ditunda ke tarikh baru yang dijadualkan akan diadakan dalam bulan November ini. Kita nantikan kemunculan album Mitos, Jump-P.

Tiada ulasan: