Rabu, 8 Julai 2009

JUMP-P

Yang segar dan baru dari JUMP-P

Asal - Pulau Pinang
Ditubuhkan - 2006
Muzik - Power metal

Ahli
Mohd. Redzuan Abdul Aziz (Oney) - vocal
Bard - bass
Rlee - drum
Xul - gitaer
Boy Razak - keyboard

Discografi
Halusinasi (2007)
Single – Mitos saka (2009)
Mitos (2009)

JUMP-P mungkin kurang dikenali dan nama itu tidak segah nama Search, Wings, Lefthanded dan beberapa nama besar lain dalam dunia rock atau metal tempatan namun demikian nama JUMP-P pernah hadir seketika waktu dalam mewarnai muzik rock tempatan. Tetapi sayang penampilan sulung mereka tidak menjadi dan tenggelam begitu sahaja tanpa ada publisiti dan hasil terbitan yang boleh dikongsi bersama oleh warga rock tempatan. Namun itu semuanya cerita lama dan menurut Oney dan Rlee itu biarlah menjadi pengajaran buat mereka agar lebih cermat dan berhati-hati menongkah arus perdana dunia muzik tempatan.
Apa yang dihasilkan dahulu menjadi iktibar buat mereka lantas tampil dengan hasil terbaru yang lebih segar, unik dan berlainan. Boleh dikatakan buah tangan terbaru dari JUMP-P menghidangkan sesuatu yang nyata berlainan baik dari segi konsep dan muzik seterusnya membawa mereka kearah sub genre yang berlainan dari apa yang ada di pasaran waktu ini.
JUMP-P yang membariskan Oney bekas vokalis Lipanbara berdiri selaku penyumbang suara utama bagi JUMP-P selain Bad untuk gitar bass, Rlee – drum dan Xul gitar serta menampilkan Boy Razak selaku pemain keyboard. Apa yang diketengahkan oleh JUMP-P adalah sesuatu yang berlainan dari apa yang telah dihasilkan sebelum ini dan ini merupakan suatu pembaharuan yang cukup dinanti-nantikan dalam arus muzik perdana tempatan.
Menerusi single pertama mereka yang memuatkan dua buah lagu iaitu Mitos Saka dan Moga Sempurna menjayikan sesuatu yang segar dan baru buat pengemar muzik metal tempatan. Menerusi single pertama mereka jelas arah tuju muzik mereka baik menerusi lagu Mitos Saka dan Moga Sempurna yakni lebih menjurus kepada power metal.
Setelah mengamati dan menghayati Mitos Saka ternyata aura dan sentuhan serta arah tuju JUMP-P tidak perlu dipertikaikan lagi yang elemen yang dimuatkan itu membawakan mereka ke arah baru muzik metal tempatan. Power metal yang dipersembahkan terserlah dan begitu jelas serta sukar untuk dinafikan. Mitos Saka memberi satu nafas baru buat JUMP-P untuk terus menongkah arus muzik metal tempatan. Bukan niat untuk memberi ulasan atau komen pada single terbaru JUMP-P namun itulah hakikatnya, JUMP-P punya resipi terbaru yang mampu dihidangkan dengan senyuman untuk pendengar irama metal tempatan. Kalau diamati peranan keyboard cukup jelas dan menarik sebagai satu instrumen dan elemen utama bagi power metal ditambahkan lagi dengan riff gitar yang heavy, menarik dan catchy. Lontaran dan alunan vokal Oney yang sedap dan kedengaran sesuai dengan muzik bawaan mereka menjadikan lagu Mitos Saka sedap dan segar untuk didengar.
Lagu kedua yang dimuatkan dalam single tersebut ialah Moga Sempurna, lagu yang pernah popular dan mengangkat nama Lipanbara suatu ketika dahulu telah diolah semula dengan muzik yang lebih segar, padat, berat dengan kelainan. Intro untuk lagu Moga Sempurna lain dari yang lain, bila mendengarnya kita seolah-olah mendengar irama sebuah ork,estra yang sedap dan cukup membuat kita tertanya-tanya tanpa menunjukkan yang lagu tersebut adalah lagu yang pernah dipopularkan oleh Lipanbara dahulu. Suatu pembaharuan yang baik dari JUMP-P lantaran pada permulaannya elemen symphonic jelas seterusnya mampu menarik lagu tersebut ke medan muzik yang lebih universal yakni symphonic metal tetapi sayang bila semakin menghampiri ke bahagian tengah lagu elemen tersebut mulai hilang dan apa yang dihasilkan pula kembali ke stail muzik tipikal power metal. Elemen symphonic seakan hilang dan cuma dimuatkan semula secara tidak menyeluruh sehinggalah ke penghujung lagu tersebut. Sepatutnya keyboard yang menjadi teras utama dalam penghasilan bunyi instrumen orchestra kian tenggelam menjadikan melodi untuk Moga Sempurna kembali kepada bunyi power metal dengan sedikit elemen symphonic metal di bahagian awalnya. Andai bunyi yang begitu dihasilkan sehingga ke akhir lagu tersebut maka Moga Sempurna akan menjadi lebih menarik dan unik lantas boleh dikatakan sebagai symphonic metal. Apapun percubaan yang cukup berani dan menarik dari JUMP-P patut diberi pujian lantaran ada usaha untuk meletakkan sub genre muzik sedemikian dalam persada muzik metal tempatan.
Kalau kita imbas semula beberapa band yang pernah cuba tampil dengan elemen power dan symphonic metal antaranya Metalasia menerusi lagu Puspasari Penawar Putri yang mengandingkan Ning Baizura, One menerusi lagu Suntikan Durjana, Aisunam menerusi lagu Bisikan selain dan beberapa buah lagu lagi yang boleh dibilang dengan jari. Itulah antara usaha pemuzik metal tempatan dalam membawa kelaianan dalam dunia metal tempatan. Apapun ini bukanlah sesuatu yang baru, sebenarnya kalau kita dengar lagu Amarrah dan lagu Dungun 12 Syawal dari Iklim ternyata elemen-elemen power metal sebenarnya telah sedia ada dalam lingkungan pemuzik rock dan metal tempatan. Persoalan adakah kita sedar atau tidak akan keujudannya sebelum ini? Jelas kita tidak ketinggalan tetapi kita cuma tidak menyedari akan keadaan itu.





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JUMP-P adalah nafas baru dalam nada rock metal di Malaysia y mana selain menghidangkan irama segar,ia juga menyelitkan ideantiti kemelayuan dan unsur ethnik dalam bbrapa lagu terutama ANGAU n DI GARISAN TERAKHIR... semua ini berpotensi besar utk di ketengahkan ke pasaran antarabangsa...setanding dgn NIGHTWISH,BON JOVI, ENSIFERUM & bbrapa lg y sekonsep dgnnya... kpda peminat muzik tempatan jgn ketinggalan memiliki album WUJUD dr JUMP-P..Terbaikkkk dalam kelasnya...\m/ = sufie euthanasea

Tanpa Nama berkata...

JUMP-P adalah nafas baru dalam nada rock metal di Malaysia y mana selain menghidangkan irama segar,ia juga menyelitkan ideantiti kemelayuan dan unsur ethnik dalam bbrapa lagu terutama ANGAU n DI GARISAN TERAKHIR... semua ini berpotensi besar utk di ketengahkan ke pasaran antarabangsa...setanding dgn NIGHTWISH,BON JOVI, ENSIFERUM & bbrapa lg y sekonsep dgnnya... kpda peminat muzik tempatan jgn ketinggalan memiliki album WUJUD dr JUMP-P..Terbaikkkk dalam kelasnya...\m/ = sufie euthanasea

PIKA HARIS berkata...

salam.. WAN/ONEY ni bukan dah kahwin ka? Anak dia x ikut jejak mcm bapak dia ke? nak ONEY junior pulak.. -_-"