Isnin, 22 Jun 2009

Kivimetsan Druidi


Folk metal yang unik...

Kimetsan Druidi mungkin orang akan tertanya-tanya apakah nama itu, atau apakah maksud nama Kivimetsan Druidi. Atau mungkin siapakah mereka dan bermacam-macam lagi persoalan yang timbul. Bagi kebanyakan orang pasti tidak tahu dan tak kenal apa dan siapa Kivimetsan Druidi, nama yang agak asing buat segelintir daripada kita. Mungkin juga ada pengemar alunan muzik rock tidak kenal dan tidak tahu apa itu atau siapakh mereka, Kivimetsan Druidi?

Andai demikian mungkin anda dan berjuta-juta manusia lain tahu dan pernah dengar cerita atau kisah trilogy The Lord Of The Rings dan Middle Earth. Dalam pada itu juga mungkin ada sebahagian dari kita pernah mendengar cerita atau nama The Land Of The Crystal Mountain. Selain itu juga juga kita tidak pernah mendengar nama Stone Woods atau Stone Forest secara terang-terangan melainkan melalui filem. Jadi secara umumnya Kivimetsan Druidi ada sedikit hubungkaitnya dengan nama-nama itu.

Mengimbau susur galur kewujudan Kivimetsan Druidi ini bermula dengan kesungguhan dua beradik Antti dan Joni dari sebuah bandar kecil, Kouvala, Finland. Dalam tahun 2002 mereka bercadang untuk melibatkan diri dalam industri muzik dengan mencipta lagu dan lirik sendiri. Dari situlah karier seni Antti dan Joni serta nama Kivimetsan Druidi bermula. Nama Kivimetsan Druidi timbul setelah keduanya mebgadakan jamming dalam garaj di rumah mereka dengan memainkan lagu folk metal pertama mereka ‘Viimeinen Peikkokuningus’(The last of the troll king). Projek tersebut dinamakan sebagai Kivimetsan Druidi yang bermaksud The Druid Of The Stone Forest. Ini lirik yang dicipta berasaskan kepada novel fantasi ditulis oleh Joni berkisar tentang Land Of The Crystal Mountain and Stone Forest.

Penghujung tahun 2003 Antti dan Joni telah merakamkan album demi petama yang memuatkan tujuh buah lagu. Album demo tersebut dirakamkan di studio persendirian di rumah dan menamakan demo peribadi tersebut ‘Kristallivuoren Maa’(The Land Of The Crystal Mountain). Antara lagu yang dimuatkan dalam demo tersebut ialah ‘Hvel efangon’(prelude), ‘Viimeinen Peikkokuningas’(The last of the troll king), ‘Kristallivuoren Maa’(The land of the crystal mountain)(instrumental), ‘Nelja Kansaa’(Four nation), Tuli Tanssi’(Fire dance)(instrumental), ‘Scrunin taru’(Tale of the scrun) dan ‘Kotimatka’(Way back home)(outro).

Dalam tahun 2004, Antti Rinkinen(gitar), Jouni Riihela(bass) telah bertemu dengan Lukas Persall(keyboard) dan Jani Rama(drum) untuk menubuhkan band seterusnya memantapkan lagi Kivimetsan Druidi. Sebagai langkah pertama Kivimetsan Druidi telah menyertai pertandingan kugiran di Kouvola dan penointon mengundi Kivimetsan Druidi sebagai band terbaik. Bertitik tolak dari situ mereka telah dijemput untuk membuat persembahan di Tykkimai Amusement Park. Selain itu mereka juga pernah turut serta dalam konsert Valkealatalo bersama band Uniklubi.

Bagi penambahbaikan band serta memantapkan lagi bunyi Kivimetsan Druidi mereka menerima Annika Laaksonen untuk clean vocal. Dengan latihan intensif, Kivimetsan Druidi terus berevolusi dan tampil dengan muzik yang agak berlainan serta cukupo menarik. Bunyi dari gabungan riff heavy antara mistik dan epic, melodi ala zaman pertengahan dan celtic memberikan bunyi yang unik. Gabungan melodi begitu menjadikan muzik bawaan mereka mudah diingati selain dengan mood humppa metal yang ceria, alunan vokal folkisj yang merdu, elemen dark black metal yang unik juga sentuhan double keyboard yang hebat menyajikan sesuatu yang sedap segar dan unik.

Album demo dan ep ‘Taival’(The journey) telah dirakam di Studio Carelian Corner. Mereka menaruh harapan yang amat tinggi pada demo ep tersevut yang memuatkan tiga buah lagu iaitu ‘Kristallivuoren Maa’(The land of the crystal mountain), ‘Veljet’(The brothers) dan ‘Viimeinen Peikkokuningas’(The last of troll king). Nama Kivimetsan Druidi mulai melonjak dengan terbitnya demo tersebut dan mereka juga buat julung kalinya membuat persembahan semasa Krio-Roll Festival, iaiatu antara rock festival yang diadakan di Finland.

Selepas mendapat sambutan yang begitu baik untuk demo ep yang pertama serta semasa konsert festival rock mereka terdesak untuk mengeluarkan ep peribadi yang berjudul ‘Mustan Valtikan Aika’(The era of the black scepter). Sambutan hebat di seluruh Eropah mereka melebihi melebihi demo pertama mereka. Terdapat empat buha lagu yang riff, lebih pelbagai dan bertenaga dimuatkan dlam ep tersebut. ‘Phjoinen Mahti’(The noirthern might), ‘Koston Miekka’(The sword of revenge), ‘Pedon loitsu’(Spell of the beast) dan Mustan valtikan Aika’(The era of the black scepter).

Nama Kivimetsan Druidi mulai mekar dikalangan peminat metalsetempat dan mulai menjalar ke seluruh Eropah in terbukti semasa Heavy Metal Expo Fair di Helsinki. Mereka sudah mempunyai peminat tersendiri yang terdiri dari golongan professional dan peminat fanatic biasa yang lain. Sokongan itu telah menjadikan Kivimetsan Druidi mulai kian popular dalam arena metal tempatan.

Manakala menerusi laman web Mertal storm’s, mereka pernah tersenarai dalam calon sepuluh band terbaik dan demo ep ‘taival’ pernah diundi ditempat ketig bagi kategori rakaman album demo terbaik oleh ahli-ahli yang berdaftar dengan laman web Metal Storm’s.

Kivimetsan Druidi yang dianggotai oleh Leeni-Maria Hovila - Female vocals (2008 - sekarang), Joni Koskinen - Male vocals, Lead guitar (2002 - sekarang), Antti Koskinen - keyboards (2002 - sekarang), Antti Rinkinen - Guitar (2004 - sekarang), Simo Lehtonen - Bass guitar (2007 - sekarang) dan Atte Marttinen - drums (2007 - sekarang).

Kivimetsan Druidi banyak dipengaruhi oleh Moonsorrow dalam mengetangahkan bunyi dan muzik mereka. Selepas Cuma keluar dengan demo dan ep akhirnya Kivimetsan telah menyertai Rekod Century Media tahun lalu(2008). Mereka juga telah menerbitkan satu album bersama Century Records pada bulan Oktober 2008 yang berjudul ‘Shadowheart’. Anatara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah "Northwind - Prelude", "Blacksmith", "Jäässä Varttunut" ("Grown Up Within Ice"),"Halls of Shadowheart", "Pedon Loitsu" ("The Spell Of The Beast"), "Burden", "The Tyrant", "Tiarnäch - Verinummi" ("Bloodmoor"), "Verivala" ("Bloodoath"), "Korpin Laulu" ("Raven's Song"), "Mustan Valtikan Aika" ("The Era Of The Black Scepter"), "Viimeinen Peikkokuningas" ("The Last Of The Troll Kings"), dan lagu "Leaves".

Tiada ulasan: