Khamis, 25 April 2013

Al Qaynah

Unik Dari Timur Tengah
Band dari timur tengah yang berpegang pada sub genre oriental metal (mendengar pada muzik yang dihasilkan) menerusi  beberapa buah lagu mereka seperti lagu Cihangir, Ground zero pilgrim dan lagu Caroline. Menurut kenyataan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya Al Qaynah merupakan usaha komposer dan pemuzik dari pelbagai latar belakang budaya, pegangan dan etnik bagi menyalurkan hasil muzik yang begitu menarik.
Asal mereka ini dari bumi Afghanistan dan mendengar pada muzik bawaan mereka yang begitu ketara dan kuat sekali pengaruh tanah tumpah darah mereka. Setiap perincian muzik mereka seakan akan dilakurkan dengan pengaruh timur dan timur tengah. Visi yang cukup jelas membawa penampilan mereka ialah mengetengahkan pa yang mereka gelar sebagai ‘Eastern Metal’ dan sesetengah pengemar muzik metal khasnya di barat mengelarkan bunyi sedemikian sebagai  ‘oriental metal’. Apa pun penjelasan yang telah diberikan hasil bunyi yang digarap oleh Al Qaynah merupakan bunyi unik metal timur yang penuh dengan elemen-elemen lokal.
Sebahagian juga menyatakan itu sebagai refleksi bunyi  ‘urban’ yang digaulkan dengan pengalaman kemodenan yang lewat dalam masyarakat tanpa meletakkan sempadan sebagai titik noktah pada hasil bunyi muzik mereka dan ini jelas selain terdapat lakuran berat elemen timur tengah dimuatkan juga pengaruh India yang cukup ketara. Tidak dapat dinafikan juga kalau diamati secara terperinci pada muzik mereka elemen industrial juga terselit di situ. Secara amnya ia menghasilkan bunyi yang unik dan menarik pada sebuah muzik metal moden.  Dengan kata lainnya, frasa seperti ini  boleh diletakkan pada apa yang telah dilakukan oleh mereka ‘..using the tonalities of the Middle East and India combined with a western base of monotone droning metal.’
Juga terdapat info  yang menarik untuk mengaitkan Al Qaynah dengan  muzik metal, meskipun info ini bukanlah sesuatu yang sahih namun bunyinya cukup pelik dan berat  maksudnya. “Konflik antara barat dengan Islam dan negara-negara dunia ketiga –antara kerajaan di timur dengan anutan agamanya sendiri, budaya, politik dan etnik minoriti – antara kerakusan kapitalis dengan kesengsaraan  sosial dan patologi budaya telah menyuntik idea serta motivasi untuk memberikan semangat dan tenaga bagi Al Qaynah berkarya.”
Projek yang diusahakan oleh Al Qaynah juga dilihat sangat genting lantaran projek tersebut juga sebagai simbol dan pengharapan pada ilusi yang berkemungkinan akan ujudnya kedamaian dan tolak ansur, kerjasama antara umat manusia di dunia sejagat. Bunyinya terlalu besar namun dengan usha yang kecil oleh Al Qaynah mudah-mudahan impian untuk sebuah dunia yang aman damai akan ujud… Aminnnn.

Nota

Nama ahli band Al Qaynah belum dapat dipastikan keseluruhannya shaqmetal Cuma dapat cungkin  nama vokalis  untuk lagu Caroline iaitu Leila Bounous. Kiranya anda mempunyai detail atau info lain tentang Al Qaynah tolong kongsikan bersama dengan shaqmetal dan peminat yang lain. Drop pada  ruangan komen atau just email pada shaqmetal@rock.com. Terima kasih.

Tiada ulasan: