Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 15 Mac 2013

Ninja Magic


Ninja Magic... Sweden



Ninjitsu  atau ninja cukup terkenal di negara matahari terbit, Jepun, semua kita kita dan tahu apa itu ninja (secara zahirnya) tetapi bagi sekelompok indidvidu dari wilayah Lulea di Seden yang kagum dengan ninja telah menubuhkan sebuah band dengan nama Ninja Magic. Band tersebut telah ditubuhkan dalam tahun 2004 yang membawa muzik power metal lebih menjurus pada tema ninja seram, perang dan taktikal ninja yang lain sebagai tema pada lirik lagu-lagu bawaan mereka.
Ninja Magic yang dianggotai oleh Mecha Ninja selaku pemain gitar bass, Chi Chi Ha – dram, Katana Shuriken – gitar dan Wasabi Thunderborn juga gitar. Menurut sumber yang boleh dipercayai Katana Shuriken dan Wasabi Thunderborn merupakan bekas anggota band Domoni magica sebelum menyertai Ninja Magica.


Ninja Magic telah menerbitkan beberapa buah album / demo dan EP antaranya seperti berikut; 
1       Ninja Nation (2004) – Demo
2       Catchy As Ninja, Catchy As The Night (2005) – Demo
3       Backj In Business (2007) – EP
4       Lethal Ninjaction(2012) – Album penuh.

Tiada ulasan: