Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 5 Februari 2013

Myrath


...berkenalan dengan Myrath


        Mungkin nama Tunisia agak jarang dan kurang dikenali sebagai wilayah aktif yang menghasilkan band metal, namun begitu ia bukanlah alasan untuk menidakkan orang-orang Tunisia untuk berkarya terutamanya dalam muzik metal. Nama X-Tazy mungkin tidak dikenali dalam kalangan peminat metal tempatan tetapi di Tunisia ia telah memberi satu impak yang cukup mengujakan. Band yang ditubuhkan dalam tahun 2001 dan berasal dari wilayah Ezzahra, Tunisia itu asalnya menggunakan nama X-Tazy kemudian menukar nama itu kepada nama yang lebih gah bunyinya – Myrath. Dari saat itu X-Tazy menjadi Myrath tampil dengan muzik progressive metal.
              Mereka bermula dengan sebagai band remaja yang menyanyikan lagu-lagu cover  dan ditubuhkan oleh  Malek bin Arbia ketika Malek berusia 13 tahun ketika itu. Dalam beberapa tahun band tersebut terus berkembang  dan tampil dengan stail muzik progressive metal dan masih kuat dengan pengaruh orientalnya. Mereka terus mekar dan kini menjadi sebahagian daripada komuniti prog-power metal yang disegani di peringkat antarabangsa.
       Kini Myrath telah pun menyertai komuniti prog-power metal antarabangsa dengan membuat persembahan dipentas ternama  dan antarabangsa baik di festival metal antarabangsa yang ternama. Dari sebuah band prog-power metal mereka terus memperkukuhkan lagi identiti mereka yang berasal dari timur tengah dengan menambaihbaik stail muzik mereka menjadi oriental metal. Ini menjadikan mereka lebih menyerlah dengan stail atau gaya oriental timur tengah yang mengabungkan ritma oriental, skala dan harmoni yang jelas menampakkan pegangan muzik mereka.
           Album pertama mereka berjudul Hope dirilis dalam tahun 2007 manakala album kedua pula diterbitkan dalam tahun 2010 yang diberi judul Dssert Call. Dalam tahun 2011 mereka sekali lagi meriliskan album studio penuh yang ketiga dengan judul Tales Of The Sands. Sebelum tampil dengan album penuh mereka pernah mengeluarkan sebuah demo – Double Face dalam tahun 2005 dan dirilis di Tunisia sahaja.
             Myrath dianggotai oleh Malek Ben Arbia – guitar (dari 2001– sekarang), Zaher Zorgati – vokalis utama (dari 2007– sekarang), Elyes Bouchoucha – keyboard (dari 2003– sekarang, vokalis utama (2007), Anis Jouini – bass (dari 2006–sekarang) dan Morgan Berthet – dram (dari 2011–sekarang). Antara yang pernah menganggotai band Myrath pula ialah Walid Issaoui – guitar (2001–2003), Fahmi Chakroun – dram (2001–2004), Saif Ouhibi – dram (2004–2011), Zaher Hamoudia – bass (2001–2004), Tarek Idouani – vokalis utama (2001–2003) dan Piwee Desfray – dram (2011).
Cover album Hope (2007) Myrtah
Cover album Dessert Call (2010) Myrath
Cover album Tales Of The Sands (2011) Myrath
Kronologi Demo / Album Myrath

2005       -              Double Face (demo)
2007       -              Hope (Album studio penuh)
2010       -              Dessert Call (Album studio penuh)
2011       -              Tales Of The Sands (Album studio penuh)

Tiada ulasan: