Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 4 Januari 2011

TOP 5 METAL QUEEN


Sharon den Adel (Within Temptation)
Sharon Janny den Adel dilahirkan di Waddinxveen, Netherlands pada 12 July 1974. Vokalis band Within Temptation Sharon juga pernah menganggotai band blues rock, Kashiro. Sharon yang mempunyai julat suara mezzo soprano. Selain sebagai vokalis band Within Temptation Sharon juga seorang pencipta lagu dan juga pereka fesyen. Menyertai Within Temptation bersama dengan suaminya Robert Westerholt dalam tahun 1996 dan mereka berdua merupakan antara pengasas band Within Temptation. Perkongsian hidup dengan Robert Westerholt mereka telah dikurnia 2 orang anak iaitu, Eva Luna(7 Disember 2005) dan Robin Aiden(1 Jun 2009) dan sekali lagi dalam bulan November 2010 Sharon mengumumkan yang beliau kini hamil lagi.


Tarja Turunen (Ex Nightwish)
Tarja turunen atau nama penuhnya Tarja Soile Susanna Turunen Cabuli di lahirkan pada 17 Ogos 1977 di Kitee, Finland. Beliau lebih dikenali sebagai vokalis band symphonic terkenal Nightwish sebelum bergerak secara solo. Tarja telah memulakan kelas latihan klasikal vokal seawal usia 15 tahun dan guru vocal dan nyanyiannya mengajar Tarja julat suara soprano. Pihak media telah memberi gelaran vokalis yang suara penuh tenaga dan penuh emosi kepada Tarja. Sebagai penyanyi klasikal Tarja sentiasa menggunakan teknik klasikal semasa menyanyi menjadikan lagu metal yang dinyanyikan begitu bertenaga tetapi penuh emosi dengan elemen klasikal yang jelas.


Simone Simon (Epica)
Vokalis band Epica ini dilahirkan pada 17 Januari 1985 di Hoensbroek Heerlen, Netherlands. Simone yang mempunyai vocal mezzo soprano ini pernah mengidap MRSA (Meticillin-resistant Staphylococcus aureus) sehingga membawa kepada banyak pembatalan konsert dan jelajah Epica sehinggalah dia pulih semula dan membuat penampilan pertama di Bibelot, Dordrecht selepas beberapa bulan berehat kerana sakit. Dia menyertai band Epica dalam tahun 2002 sehingga kini.


Cristina Scabbia (Lacuna Coil)
Cristina Scabbia atau nama penuhnya, Cristina Adriana Chiara Scabbia dan dalam sebutan Italy pula ianya berbunyi begini [krisˈtiːna aˈdrjaːna ˈkjaːra ˈskabbja] dilahirkan pada 6 Jun 1972. Cristina yang mempunyai julat vocal contralto, berasal dari Milan, Italy dan menyertai band gothic metal Lacuna Coil. Beliau menyanyi dan terlibat dalam bidang ,muzik secara professional mulai tahun 1991 bila menyertai tour sebagai penyanyi latar.


Floor Jansen (ReVamp dan ex After Forever)
Floor Jansen dilahirkan pada 21 Februar1 1981 di Goirle, selatan Nertherlands. Jansen merupakan bekas vokalis After Forever dan band tersebut telah dibubarkan dalam tahun 2009. Floor jansen memyertai band After Forever ketika beliau berumur 16 tahun. Ketika itu nama band tersebut ialah Apocalypse (nama asal After Forever). Selain sebagai vokalis utama After Forever beliau juga pandai bermain alat muzik sepeti gitar, piano dan flute. Setelah band After Forever dibubarkan Floor Jansen telah bergerak secara solo seketika dan seterusnya menubuhkan band sendiri yang diberi nama ReVamp.

Selasa, 28 Disember 2010

LOGO RASMI ROCK SELAMBA...



Inilah logo rasmi Rock Selambe MUZIKfm. Terima kasih Rock Selambe kerana bagi logo ini utk di 'publish' kat sini. Hakcipta terpelihara dan sebarang penggunaan oleh orang perseorangan atau organisasi lain tanpa kebenaran dari pihak MUZIKfm adalah dilarang sama sekali.

Khamis, 9 Disember 2010

Image by FlamingText.com
Image by FlamingText.com

SEJATI ... come back!


Bila berkumandangnya lagu Bila bunga dipetik orang pasti anda akan teringat akan band atau kumpulan Sejati yang pernah meletup suatu ketika dahulu. Bila bunga dipetik orang merupakan lagu evergreen Sejati. Band yang ditubuhkan dalam era rock kapak itu secara sedar tak sedar juga telah hadir dengan buah tangan terbaharu menerusi album Sejati & Azura.
Sebagai sebuah a.bum come back bergabung dengan Azura(penyanyi baharu) album tersebut memuatkan 10 buah lagu antaranya seperti berikut ;
1. Sanggupkah engkau menanti (Duet bersama Azura)
2. Pasrah cinta (Sejati)
3. Bila bunga dipetik orang (Sejati) (re-recording)
4. Segala yang tak pasti (Azura)
5. Bicara cinta (Azura)
6. Sara… (Sejati)
7. Tidurlah adik (Azura)
8. Kau tak setia (Azura)
9. Mawar merah (Sejati)
10. Sanggupkah engkau menanti (karaoke/minus one)

Album yang memuatkan 4 buah lagu dari Sejati itu oleh Ahmad Khushairi Ismail @ Aki. Dari bunyi yang diketengahkan oleh Sejati menerusi lagu-lagu yang dimuatkan dalam album gabungan tersebut mempamirkan bunyi Sejati yang agak berbeza sedikit dari Sejati dahulu. Bunyinya sedikit terarah kepada pop namun masih ada lagi terselit bunyi rock kapak lantas menjadikan adunan bunyi pop rock dan rock kapak. Apapun untuk mengetahui dengan sendiri bunyi Sejati yg tampak lebih matang anda kena dengar sendiri lagu-lagu tersebut. Apapun bagi shaqmetal lagu-lagu ala-ala zaman rock kapak masih boleh dinikmati menerusi luahan terbaharu Sejati itu.



ROCK KAPAK ... 80'an dan 90'an


Rasanya sudah lama shaq tidak menelusuri ruangan ini dan update cerita baru. shaq akui memang sejak kebelakangan ini agak sibuk dengan pelbagai tugas yang amat-amat perlu disegerakan namun untuk shaqmetal sesekali tu ada juga dijenguk namun tidak berkesempatan untuk berkarya seketika. Maaf... hari ini dah masuk hari yang kedua dalam tahun baharu hijrah... mudah-mudahan kita rockers dan metalers akan juga berhijrah dari yang baik kepada yang lebih baik dan dari yang kurang baik menjadi yang baik... insyaAllah. Mulai ketika ini juga shaq cuba nak sangkutkan satu lagi helaian dalam blog ini iaitu khas untuk rock otai kita atau lebih tepat rock kapak atau rock 80an dan 90an bagi memberi sedikit ruang untuk mereka serta mengetahui sedikti sebanyak aktiviti mereka kebelakangan ini. Rock terus rock dan juga terus metal bro....
Image by FlamingText.com

Firasah antara band yang cuba untuk tampil dalam arus perdana muzik metal tempatan. Berbekalkan muzik metal ala 80an cuba memberi nafas yang lebih baru dan segar muzik metal ala 80an menerusi lagu yang dimuatkan dalam single demo mereka yang diberi judul Si Penanggal. 2 lagu dimuatkan dalam single demo tersebut iaitu Si Penanggal dan lagu Cahaya Kebenaran. Demo single tersebut telah dirakamkan di Iseek Studio dalam bulan Julai 2009. Bagi yang ingin menikmati stail muzik Firasah anda kena nantikan dan mungkin juga boleh diikuti menerusi segmen Rock Selamba... di MUZIKfm.

Selasa, 24 Ogos 2010

Gaia lll : Atlantia – Mago de Oz (album baharu)



Band folk metal yang berasal dari Spain ini telahpun mengeluarkan 9 buah album dan album ke 10 mereka berjudul Gaia lll : Atlanta telahpun diriliskan pada 6 April 2010. Gaia lll : Atlanta merupakan kesinambungan dari trilogy “Gaia” yang bermula dalam tahun 2003 seterusnya bersambung dalam tahun 2005 dengan Gaia ll : La Voz Dormida. Untuk album terbaharu mereka telah mengeluarkan single Que el viento sople a tu favor (2010). Gaia lll : Atlanta didatangkan dalam 2 cd dan antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
CD 1:
El Latido de Gaia (Intro) "The Heartbeat Of Gaia"
Dies Irae "Day of wrath"
Für Immer "Forever"
Vodka'n'Roll
El Príncipe de la Dulce Pena (Parte IV) "The prince of sweet sorrow (Part IV)"
Mi Hogar Eres Tú "My home is you"
Fuerza y Honor: El Dorado (Instrumental) "Strength and honor: el dorado (Instrumental)
El Violín del Diablo "the devil's violin"
Siempre (Adiós Dulcinea - Parte II) "Forever (Good bye dulcinea part II)

CD 2:
Mis Demonios (Atrévete a Vivir) "My demons (dare to live)"
Que el Viento Sople a tu Favor "Good Riddance"
Sueños Dormidos "Sleeping Dreams"
Aun Amanece Gratis "It still dawns for free"
La Soga del Muerto (Ayahuasca) "The rope of the dead man (Ayahuasca)"
La Ira de Gaia "The Wrath Of Gaia"
Atlantia

Mago de Oz dianggoti oleh ;

Txus Di Fellatio: drums, composer, backing vocals (1989–sekarang)
José Andrëa: lead & backing vocals (1995–sekarang)
Mohammed: violin & backing vocals (1992–sekarang)
Carlitos: Lead guitar & backing vocals (1994–sekarang)
Peri: bass & backing vocals (2005–sekarang)
Frank: rhythmic & acoustic guitar, backing vocals (1995–sekarang)
Sergio Cisneros "Kiskilla": keyboards, piano, accordion, samples (2000–sekarang)
Patricia Tapia: lead & backing vocals (2007–sekarang)
Josema: flutes, whistle, bagpipes (2010–sekarang)

Diskografi
Album Studio
Mägo de Oz (1994)
Jesús de Chamberí (1996)
Mägo de Oz (La Bruja) (1997 reedition)
La Leyenda de la Mancha (1998)
Finisterra (2000)
Gaia (2003)
Belfast (2004)
Gaia II - La Voz Dormida (2005)
La Ciudad de los Árboles (2007)
Gaia III: Atlantia (2010)

Album Live
Fölktergeist (2002)
Madrid - Las Ventas (2005)
A Costa da Morte (2007)
Barakaldo D.F. (2008)

Kompilasi
The Best Oz (2006)
Rock N' Oz (2006)

Single
Molinos de viento (1997)
Resacosix en Hispania (1999)
Fiesta pagana (2000)
¡Feliz Navidad, Cabrones! (2000)
El que quiera entender que entienda (2000)
Molinos de viento (live) (2001)
La danza del Fuego (2001)
Pensando en ti (2002)
La costa del silencio (2003)
El atrapasueños (Promo) (2004)
La rosa de los vientos (2004)
La posada de los muertos (2005)
Hoy toca ser feliz (2006)
Diabulus in Musica (2006)
Y Ahora Voy A Salir (Ranxeira) (2007)
Deja de llorar (2008)
Que el viento sople a tu favor (2010)

Video
A Costa da Rock (2003)
Finisterra (2003)
Resacosix en Hispania (2004)
Madrid - Las Ventas (2005)
Barakaldo D.F. (2008)

Demo
Y qué más da (1989)
Canción de cuna para un bohemio (1990)
Con la cabeza bien alta (1992)

Isnin, 23 Ogos 2010

Dark Diary - Magica (Album terbaharu)



Magica antara band power metal yang telah menghiasi persada muzik metal antarabangsa kini telahpun meriliskan album terbaharu mereka yang diberi judul Dark Diary. Dark Diary telahpun diriliskan pada 28 Mei 2010. Terdahulu Magica hadir dengan album seperti The Scroll of Stone (2002), Lightseeker (2004),
Live in Paris (2005), Hereafter (2007) dan Wolves and Witches (2008). Magica dianggotai oleh Ana Mladinovici – Vocals, Bogdan "Bat" Costea – Guitars, Sorin Vlad – Bass, 6Fingers – Keyboards dan Hertz – drums.
Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
Anywhere but Home
Tonight
Never Like You
Wait for Me
Need
Release My Demons
On the Side of Evil
My Kin My Enemy
Used to Be My Angel
We Are Horde
Dear Diary

Rabu, 14 Julai 2010

ReVamp



After Forever kini tinggal nama dan anggotanya telahpun mencari arah tuju sendiri dalam menentukan hala muzik bawaan mereka. Setelah dibubarkan dalam tahun 2009 setiap anggotanya mempunyai impian tersendiri termasuk bekas vokalisnya, Floor Jansen yang meneruskan ambisi dalam kariernya sebagai vokalis rock dan metal dengan menampilkan satu nama baru dalam industry muzik metal antarabangsa. ReVamp satu nama baru yang baru berputik dari hasil nama-nama besar yang pernah mewarnai dunia metal antarabangsa seperti Floor Jansen (bekas vokalis After Forever), Joost van den Broek, kawan seangkatan After Forever yakni bekas pemain keyboard dan Waldemar Sorychta, gitaris Grip Inc., Voodoocult. Selain itu juga terlibat dalam projek pertama ReVamp ialah Jorn Viggo Lofstad (Pagan's Mind, Jørn Lande) yang bersama Floor Jansen menulis lagu namun dihentikan seketika sehingga Floor Jansen mengumumkan menerusi myspace yang nama baru untuk projek tersebut ialah ReVamp. Apapun setakat ini anggota ReVamp adalah tidak tetap lantaran semua pemuzik yang turut menjayakan album sulung ReVamp adalah atas dasar undangan Floor Jansen untuk projek pertamanya. ReVamp masih mencari pemuzik untuk melengkapkan senarai ReVamp. ReVamp masih tidak lari jauh dari konsep lamanya, jalur muzik yang ditelusuri oleh Floor Jansen menerusi ReVamp pula ialah symphonic metal / progressive metal. Album sulung ReVamp yang diberi tajuk sendiri ‘ReVamp’ telahpun diriliskan pada 26 Mei 2010.


Apapun senarai nama anggota yang menemani Floor Jansen dalam ReVamp setakat ini ialah;
Floor Jansen (lead vokal)
Jaap Melman (bass)
Ruben Wijga (keyboard)
Matthias Landes (drum)
Jord Otto (guitar)
Arjan Rijnen (guitar)

Selasa, 13 Julai 2010

Rhapsody Of Fire

Thundercross... Rhapsody... dan kini Rhapsody Of Fire


Rhapsody Of Fire antara nama besar dalam dunia metal antarabangsa yang tidak perlu diperkenalkan lagi namanya. Mungkin ada segelintir yang tahu dan mungkin juga ada yang tidak tahu nama asal Rhapsody Of Fife ialah Thundercross yang diilham dan ditubuhkan dalam tahun 1993. Namun mulai 1995 sehingga 2006 mereka menggunakan nama Rhapsody. Mulai bulan Julai 2006 mereka menukarkan nama Rhapsody menjadi Rhapsody Of Fire atas sebab isu tanda perniagaan(trade mark). Band yang berasal dari Italy ini membawakan muzik symphonic power metal diilhamkan oleh Luca Turilli dengan idea asal untuk mengujudkan sebuah band power metal yang mengintergrasikan muzik klasikal. Anggota yang pertama menyertai Luca Turilli untuk menjadikan Thundercross satu reality ialah Alex Staropoli Daniele Carbonera. Diawal kemunculan Thundercross muzik mereka banyak dipengaruhi stail muzik heavy metal Manowar dan pengaruh gitar pula lebih banyak kepada perspektif dan cara permainan Yngwie Malmsteen. Setahun kemudian Thundercross meriliskan demo pertama mereka, Land of Immortals, dengan menampilkan Cristiano Adacher, sebagai vokalis.


Anggota terkini
Fabio Lione - Vokal
Luca Turilli - Gitar
Dominique Leurquin - Gitar
Alex Staropoli - Keyboard
Patrice Guers - Bass
Alex Holzwarth -Drum

Anggota terdahulu
Cristiano Adacher - Vokal
Andrea Furlan - Bass
Alessandro Lotta - Bass
Daniele Carbonera - Drum

Diskografi
Album Studio
Legendary Tales (1997)
Symphony of Enchanted Lands (1998)
Dawn of Victory (2000)
Rain of a Thousand Flames (2001)
Power of the Dragonflame (2002)
Symphony of Enchanted Lands II: The Dark Secret (2004)
Triumph or Agony (2006)
The Frozen Tears of Angels (2010)

EP
The Dark Secret (2004)
Album Kompilasi
Tales from the Emerald Sword Saga (2004)

Album Live
Live in Canada 2005: The Dark Secret (2006)

DVD
Visions from the Enchanted Lands (2007)

Demo
Land of Immortals (1994)
Eternal Glory (1995)

Khamis, 8 Julai 2010

Legend of The Shadowking - Freedom Call (album baharu)



Freedom Call merupakan band power metal yang berasal dari Jerman ditubuhkan dalam tahun 1988 oleh 2 kawan lama iaiatu Chris Bay dan Daniel Zimmermann ketika tempoh berehat band Gamma Ray. Kemudian Ilker Ersin pemain bass dan Sascha Gerstner bermain gitar melengkapkan lagi gabungan 2 sahabat lama itu untuk melengkapkan Freedom Call menjadi sebuah band.

Ahli band terkini ;
Chris Bay - Vocals & Guitar (1998-sekarang)
Lars Rettkowitz - Guitar (2005-sekarang)
Samy Saemann - Bass (2009-sekarang)
Dan Zimmermann - Drums (1998-sekarang)
Klaus Sperling - Drums (2010-sekarang) – ahli untuk tour/jelajah

Album
Stairway To Fairyland (1999)
Crystal Empire (2001)
Eternity (2002)
The Circle of Life (2005)
Dimensions (2007)
Legend of the Shadowking (2010)

EP
Taragon (1999)

Album Live
Live Invasion (2004)
Silent Empire (2001)


Album Baharu (2010) - Legend of the Shadowking
Legend of the Shadowking merupakan album studio penuh keenam Freedom Call. Album tersebutvtelah diriliskan pda 29 Januari 2010 yang lalu.
14 buah lagu dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
1. "Out of the Ruins" 4:21
2. "Thunder God" 3:31
3. "Tears of Babylon" 3:38
4. "Merlin – Legend of the Past" 4:17
5. "Resurrection Day" 3:34
6. "Under the Spell of the Moon" 5:08
7. "Dark Obsession" 4:45
8. "The Darkness" 5:06
9. "Remember!" 4:21
10. "Ludwig II – Prologue" 2:19
11. "The Shadowking" 5:13
12. "Merlin – Requiem" 2:34
13. "Kingdom of Madness" 3:59
14. "A Perfect Day" 3:58

Rabu, 7 Julai 2010

Trans - Siberian Orchestra



Nama besar yang kita kurang kenali khasnya dalam kalangan peminat metal tempatan namun bagi yang menggemari muzik ala-ala orchestra atau lebih senang dikenali dengan nama opera metal atau symphonic metal. Nama seperti Therion, Haggard dan banyak lagi sudah biasa kita dengar namun TSO atau Trans-Siberia Orchestra jarang kita dengar namun sebenarnya TSO adalah antara nama besar yang memainkan muzik symphonic metal. TSO merupakan orchestra yang diasaskan oleh Paul O’Neil dalam tahun 1996 yang membawa bersama kawan lamanya Jon Oliva, Robert Kinkel, dan Al Pitrelli. Muzik asal bawaan mereka lebih terarah pada gabuangan neoclassical, symphonic dan hard rock/metal. Sebelum ini TSO banyak merakamkan lagu-lagu krismas lama dan diolah dengan bunyi dan melodi yang tersendiri oleh TSO.Antara yang menganggotai TSO ialah seperti berikut ;

Komposer
Paul O'Neill - Composer, lyricist, producer
Jon Oliva - Composer
Robert Kinkel - Co-Producer, Keyboards, music director
Al Pitrelli - Guitars, music director

Vokal
Adrienne Warren
James Lewis
Tommy Farese
Anthony Gaynor (also Narrator)
Alexa Goddard
Kristin Lewis Gorman
Erin Henry
Steena Hernandez
Jay Pierce
Bart Shatto
Brad Lewis
Steve Broderick
Danielle Landherr
Andrew Ross
Scout (Scout Ford)
Bryan Hicks (also Narrator)
Jeff Scott Soto
Tim Hockenberry
Jamey Garner
Valentina Porter

Gitar
Al Pitrelli
Chris Caffery
Alex Skolnick
Angus Clark

Bass
Johnny Lee Middleton
Chris Altenhoff

Drum
Jeff Plate
John O. Reilly

Keyboard
Bob Kinkel
Jane Mangini
Derek Wieland
Luci Butler

Violin
Anna Phoebe
Roddy Chong
Caitlin Moe

Sehingga kini TSO telah pun merakamkan beberapa buah album studio penuh, kompilasi, video dan box set antaranya ialah seperti berikut ;
Album Studio
1. Christmas Eve and Other Stories dirilis 15 Oktober 1996
2. The Christmas Attic dirilis 15 September 1998
3. Beethoven's Last Night dirilis 11 April 2000
4. The Lost Christmas Eve dirilis 12 Oktober 2004
5. Night Castle dirilis 27 Oktober 2009

Album Kompilasi
1. Trans-Siberian Orchestra - Limited Edition EP (2007)

Video
1. The Ghosts of Christmas Eve (video)

Box Set
1. Christmas Trilogy (2004) – Memuatkan 3 CD krismas dan DVD The Ghosts of Christmas Eve



Album terkini TSO Night Castle memuatkan 26 trek lagu antaranya ;
1. Night Enchanted
2. Childhood Dreams
3. Sparks
4. The Mountain
5. Night Castle
6. The Safest Way Into Tomorrow
7. Mozart And Memories
8. Another Way You Can Die
9. Toccata-Carpimus Noctem
10. The Lion's Roar
11. Dreams We Conceive
12. Mother And Son
13. There Was A Life
14. Moonlight And Madness
15. Time Floats On
16. Epiphany
17. Bach Lullaby
18. Father, Son & Holy Ghost
19. Remnants Of A Lullaby
20. The Safest Way Into Tomorrow (Reprise)
21. Embers
22. Child Of The Night
23. Believe
24. Nutrocker
25. Carmina Burana
26. Tracers