Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 14 Julai 2010

ReVamp



After Forever kini tinggal nama dan anggotanya telahpun mencari arah tuju sendiri dalam menentukan hala muzik bawaan mereka. Setelah dibubarkan dalam tahun 2009 setiap anggotanya mempunyai impian tersendiri termasuk bekas vokalisnya, Floor Jansen yang meneruskan ambisi dalam kariernya sebagai vokalis rock dan metal dengan menampilkan satu nama baru dalam industry muzik metal antarabangsa. ReVamp satu nama baru yang baru berputik dari hasil nama-nama besar yang pernah mewarnai dunia metal antarabangsa seperti Floor Jansen (bekas vokalis After Forever), Joost van den Broek, kawan seangkatan After Forever yakni bekas pemain keyboard dan Waldemar Sorychta, gitaris Grip Inc., Voodoocult. Selain itu juga terlibat dalam projek pertama ReVamp ialah Jorn Viggo Lofstad (Pagan's Mind, Jørn Lande) yang bersama Floor Jansen menulis lagu namun dihentikan seketika sehingga Floor Jansen mengumumkan menerusi myspace yang nama baru untuk projek tersebut ialah ReVamp. Apapun setakat ini anggota ReVamp adalah tidak tetap lantaran semua pemuzik yang turut menjayakan album sulung ReVamp adalah atas dasar undangan Floor Jansen untuk projek pertamanya. ReVamp masih mencari pemuzik untuk melengkapkan senarai ReVamp. ReVamp masih tidak lari jauh dari konsep lamanya, jalur muzik yang ditelusuri oleh Floor Jansen menerusi ReVamp pula ialah symphonic metal / progressive metal. Album sulung ReVamp yang diberi tajuk sendiri ‘ReVamp’ telahpun diriliskan pada 26 Mei 2010.


Apapun senarai nama anggota yang menemani Floor Jansen dalam ReVamp setakat ini ialah;
Floor Jansen (lead vokal)
Jaap Melman (bass)
Ruben Wijga (keyboard)
Matthias Landes (drum)
Jord Otto (guitar)
Arjan Rijnen (guitar)

Tiada ulasan: