Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 5 Julai 2010

Karacoma



Nama Karacoma mungkin agak baru bagi peminat muzik metal tempatan namun bagi warga Brunei mereka mungkin sudah mendengar dan mungkin sudah menikmati muzik Karacoma. Band yang berasal dari negara Brunei Darussalam ini sebelum ini dikenali dengan nama Senjakala. Bila saja nama Senjakala mungkin kita pernah mendengar lagu mereka dan tahu band Senjakala. Antara lagu Senjakala yang biasa kita dengar ialah My sanctuary dan Rise Above All dan kedua-dua lagu tersebut juga seringkali berkumandang menerusi rancangan Rock Selamba, MUZIKfm. Lupakan seketika mengenai Senjakala kerana shaqmetal ingin berkongsi info mengenai Karacoma.
Beberapa hari lalu shaqmetal sempat bertemu dan bersembang sekejap dengan orang kuat Karacoma, Mawie seterusnya bersembang sedikit mengenai album terbaharu mereka dan juga sedikit mengenai Senjakala. Menurut Mawie Senjakala kini tinggal kenangan namun jiwa semangat dan idea kreatif Senjakala tetap bersama mereka, lantaran Senjakala juga adalah mereka meskipun berbeza nama. Antara nama yang membarisi Karacoma ialah Sam Siren selaku vokalis, Mawie Nightfall bermain gitar, Jaz untuk gitar utama, Adi bermain drum dan Wayne pemain bass.
Senjakala yang ditubuhkan dalam tahun 2006 pernah mengeluarkan single pertama mereka Paranoia. Kemudian mereka menerbitkan album sulung mereka dalam bulan April 2009. Album yang mendapat sentuhan bass dari Yenz Leonheardt akhirnya siap meskipun menempuh pelbagai masalah dan tekanan. Bertitik tolak dari situ jugalah berakhirnya perjalanan Senjakala tatkala Mawie, Jaz dan Adi bergabung untuk menyiap projek band yang kemudiannya Sam menyertai mereka. Permasalah yang berterusan timbul mejadikan Senjakala berkubur dan Karacoma secara rasminya menjadi band sepenuh masa dari sebuah band projek.
Bermula dengan sebuah band projek Karacoma kini bergerak secara sepenuh masa dan dalam bulan Mei 2010 album studio penuh karacoma yang berjudul Shatterded Mirrors telah diriliskan di Brunei. 2010 telah memberikan impak yang besar dalam perjalanan muzik metal Karacoma lantaran beberapa pencapaian yang membanggakan telah dicapai oleh Karacoma antaranya ialah pencalonan dalam 5 kategori dalam VIMA 2010. Mereka juga mendapat anugerah perak untuk The Best Rock Song Category. Sebelum itu mereka telah melancarkan muzik video pertama mereka untuk lagu I.K.T.S.

Album terbaharu Karacoma, Shattered Mirrors memuatkan 12 buah lagu antaranya ialah;
1. Threshold of pain (intro)
2. Paranoia
3. Breathe
4. Threshold of pain
5. I.K.T.S
6. December snow
7. Bittersweet
8. Fire conspiracies
9. Withered love
10. Empathy for sorrow
11. Anthem
12. Scarlet letters

1 ulasan:

sixx berkata...

yenz leonhart ni bassist untuk stormwarrior ke ... http://en.wikipedia.org/wiki/Yenz_Leonhardt