Rabu, 2 Jun 2010

Jelajah Rock Selamba Ditunda...

Pada awalnya semangat berkobar-kobar untuk sama-sama menyaksi dan memeriahkan Siri Jelajah Rock Selamba MUZIKfm. Julung kalinya akan diadakan pada bulan Jun ini untuk tahun 2010. Manakan tidaknya selepas Mini GIG Rock Selamba tahun lepas dan inilah peluang sekali lagi buat peminat rock dan metal disajikan dengan irama rock dan metal tulen. Namun harapan dan impian itu tidak kesampaian lantaran apa yang direncanakan di minggu-minggu terakhir jelajah tersebut diadakan. Menurut beberapa sumber yang shaqmetal terima Konsert Jelajah Rock Selamba tidak dapat dilangsungkan pada tarikh tersebut adalah kerana ada siri beberapa aktiviti yang dijadualkan serentak dan untuk memebri laluan kepada aktiviti tersebut penganjur utama Karnival dimana Siri Jelajah Rock Selamba berpaut mengambil keputuisan untuk menundakan aktiviti tersebut ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Shaqmetal pun rasa agak terkilan lantaran peluang untuk menikmati gegaran irama rock dan metal tidak kesampaian. apatah lagi pihak MUZIKfdm selaku nama besar yang mengendalikan Jelajah tersbut akan rasa lebih tertekan dan trekilan dengan penundaan itu. Bayangkan dengan semua persiapan yang sudah dibuat, artis-artis sudah di maklumkan dan cuma menanti promosi dikeudarakan sahaja. Namun keadaan tidsak menyebelahi mereka, apapun shaqmetal sangat-sangat mengharap satu konsert rock dan metal tulen akan tetap diadakan juga dalam jarak waktu terdekat.

Tiada ulasan: