Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 6 Disember 2011

Rammstein Tampil dengan Single Terbaharu 2011 - Mein Land


Single Terbaharu Rammstein - Mein Land

Rammstein band Industrial metal dari Jerman ini telahpun mengeluarkan single pertama dari album Made In germany 1995 – 2011. Single tersebut telahpun dirilis 11 November 2011 yang baru lalu. (artikel ini ditulis pada hari ini 6 Disember 2011). Single “Mein Land” memuatkan 4 trek(lagu) yang telah dirilis melalui iTunes berserta dengansebuah lagu yang tak diriliskan iaitu "Vergiss Uns Nicht”. Pada tarikh yang sama juga tayangan perdana bagi video “Mein Land” juga telah diadakan pada 11 November lalu di Rammstein.com. namun untuk rlilisan album Made In germany 1995 – 2011 akan diumumkan sedikit masa lagi.
Sekadar untuk makluman kita bersama Rammstein telahpun meriliskan beberapa buah album penuh studio antaranya ; Herzeleid (1995), Sehnsucht (1997), Mutter (2001), Reise, Reise (2004), Rosenrot (2005) dan Liebe ist für alle da (2009).

Khamis, 1 Disember 2011

Ella Singgle Terbaharu - Menyanyilah la la la


Menyanyilah la la la - Single Ella Terbaharu 2011
Siapa yang tidak kenal dengan ratu rock Malaysia – Ella, yang muncul dengan single terbaharunya berjudul “Menyanyilah la la la”. Lagu modern rock yang kedengaran cathy dan ringan itu mudah untuk kita hayati dan ikuti. Ini merupakan sentuhan kreatif Taja (Meet Uncle Hussien) dan kolaborasi julung kalinya antara Ella dan Taja.
Menjadikan lagu ini sedikit unik ialah elemen-elemen melayu klasik turut diselitkan ditambah lagi dengan suara serak-serak basah dan manja Ella menghasilkan bunyi yang sedap untuk didengar.Nikmati dan nilai sendiri lagu tersebut “menyanyilah la la la” hasil terbaharu Ella.

Konsert Fenomena Search 30 Tahun 24 dan 31 Disember 2012...

Tawau(24 Dis) dan Kuching(31 Dis) Destinasi Seterusnya Search 30 Tahun...
Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini tentang Konsert Fenomena Search 30 Tahun – Jelajah Borneo. Ini adalah lanjutan atau kesinambungan dari siri Konsert Fenomena Search 30 Tahun yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Konsert Fenomena Search 30 tahun – Jelajah Borneo ini adalah dihadiahkan khas untuk warga Borneo teristimewanya masyarakat di tawau dan di Kuching. Konsert tersebut akan diadakan pada 24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau bermula jam 8 malam. Manakala di Kuching konsert tersebut akan diadakan pada malam menjelang tahun  baharu, 31 Disember 2011 bertempat di Stadium Negeri, Kuching.
Untuk persembahan di Tawau sabah dijangkakan Stacy akan memb uat persembahan pembukaan manakala di Kuching band Masterpiece akan membuka tirai konsert. Konsert yang gah ini dikatakan antara konsert terbesar yang dianjurkan oleh penganjur iaitu Universal Credential Sdn. Bhd. Dan Nova Music yang mana kos produksinya sahaja menelan belanja RM1.3 juta. Ini dijangka bakal mencatatkan satu fenomena baru dan tersendiri dalam penganjuran konsert.
Selaras dengan status band Search itu sendiri sebagai band rock lagenda tanahair bakal menghidang irama rock terus dan segar selama 2 jam. Penganjur menjangkakan seramai 30,000 peminat dan pengiktu Search bakal menyaksikan kehebatan Search di kedua-dua tempat tersebut. Selain persembahan artis jemputan dan band search sendiri penonton juga dijanjikan dengan hidangan system bunyi dan pencahayaan yang terbaik selain gimik tersendiri yang telah dirangkakan oleh band Search untuk konsert tersebut.
Bagi menyaksikan konsert tersebut anda khasnya peminat tegar Search Cuma perlu mendapatkan tiket yang berharga RM25 dan ini adalah tiket yang paling murah untuk sebuah konsert yang menampilkan band lagenda seperti Search. Peluang sebegini seharusnya diambil kesempatan sebaik mungkin lantaran konsert Search ti tempat lain semua tiketnya berharga lebvih RM50 seorang, maka khas untuk orang Sabah dan Sarawak, itulah harga terbaik yang ditawarkan. Tiketr berharga RM25 boleh dilokasi terpilih di Sabah dan Sarawak yang akan dimaklumkan dari masa ke masa. 

Jumaat, 25 November 2011

Konsert Loud Speaker 25 Disember 2011..

Gandingan Mantap XPDC Dan Rakan-Rakan...


Sejak akhir-akhir ini banyak siri jelajah dan konsert-konsert telah dan akan diadakan di sekitar kita khasnya di Kuala Lumpur.  Sweet Charity dan Blues Gang, White Snake, Loudness, Search, Wings dan banyak lagi. Ini tidak termasuk lagi gig-gig atau mini konsert yang lain tambahan lagi dengar-dengar Sepultura pun akan singgah di Kuala Lumpur awal 2012. Itu cerita konsert yang rasanya dah mula banyak dianjurkan kebelakangan ini, termasuk konsert Fenomena Searh dan Konsert Loud Speaker. Konsert Search telah banyak diperkatakan dan disembangkan tetapi rasanya Konsert Loud Speaker pula ada tetaspi kurang sedikit diperkatakan dan dicanangkan. nak mencanangkan tentang Konsert Loud Speaker ini shaqmetal telah mendapatkan info dari sumber yang sahih, tahu dan terlibat dalam konsert Loud Speaker.
Konsert yang dijangkankan akan diadakan pada 25 Disember 2011 ini di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. dengan nama yang agak unik Loud Speaker jelas konsert ini bakal memaparkan nama-nama besar dalam  industri rock tempatan seperti band XPDC dan bekas anggota XPDC seperti Ali, Lola dan Yan, Wings, Faizal Tahir dan Azlan Typewriter.  
Apa yang menariknya ialah penampilan XPDC yang akan bergabung dengan bekas-bekas anggotanya yang lain sekaligus membuat persembahan pada konsert tersebut. Bagi shaqmetal ini adalah penampilan sulung yang menyatukan kesemua anggota dan bekas anggota band XPDC dalam satu masa dan satu pentas yakni Konsert Loud Speaker. 
Bagi anda yang ingin menyaksikan keunikan dan kehebatan gabungan XPDC, bekas anggota XPDC, Wings, Faizal tahir dan Azlan Typewriter anda boleh dapatkan tiket yang berharga RM77.00 seorang. Tiket boleh didapati secara online di Hot Ticket (hotticket.com). 

Khamis, 24 November 2011

Fenomena Search Jelajah Borneo

Konsert Fenomena Search 30 Tahun – Jelajah Borneo
Sebut saja nama Search pasti semua kita kenal yang cukup sinonim dengan hits mereka seperti Isabela, dan sebagainya. Dalam pada menikmati hasil buah tangan Search selama ini rupanay sudah 30 tahun mereka bergelumang dalam dunia rock tempatan. Dengan bahan(lagu) yang cukup banyak dan pengalaman yang bukan sedikit dalam menongkah arus dunia muzik tempatan mereka kini gah sebagai sebuah band yang mampu bertahan cukup lama… sudah 30 tahun. Begitulah hebatnya Amy, Yazid, Din, Kid dan Hillary dalam mewarnai muzik rock tempatan. Namun itu bukanlah intipati catatan ini tetapi yang menjadi  bahan utama di sini ialah Konsert Fenomena Search 30 Tahun – Jelajah Borneo. Kita tahun sempena Konsert Fenomena Search 30 tahun juga mereka beraksi Johor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur seperti yang kita sedia maklum tetapi penambahan dari siri konsert tersebut ialah di kepulauan Borneo – di Negeri Di Bawah Bayu dan juga di Bumi Kenyalang. Perancangan penganjur yang bakal menganjurkan siri Konsert tersebut di Borneo menyatakan bahawa mereka akan mengadakan siri konsert tersebut di Tawau, Sabah dan di Kuching, Sarawak. Tarikhnya akan shaqmetal  maklumkan sikit hari lagi, namun yang pastinya siri Jelajah Borneo akan diadakan penghujung Disember 2011.  Nantikan kemunculan Search secara eksklusif di tempat anda Tawau dan Kuching.

Age Of Sinfonia

Age Of Sinfonia band symphonic metal dari Singapura...

AGE OF SINFONIA (AOS) merupakan symphonic metal yang ditubuhkan dalam tahun 2008 di kota singa, Singapura. Band yang ditubuhkan oleh 2 bersaudara (beradik) iaitu rasen dan jack ini mempunyai misi tersendiri yakni untuk mengetangahkan sub genre muzik symphgonic metal di Singapura khasnya dan di wilayah sekitarnya. Ilham penubuhan band ini adalah rentetan dari minat 2 beradik ini yang kuat pada muzik progressive metal yang di saluti dengan muzik tradisional menjadikannya bunyi symphonic metal. Maka dari situ lahirlah Age Of Symphonia yang dibarisi oleh ;

Savvia Lenore - Mezzo Soprano
JC - Violins
Rasen John - Guitars
Andy Swift - Bass
Dr Jackyll Hyde - Keyboards
Elfie Corleone – Drums

Sejak ditubuhkan AOS telah menyeretai beberapa festival khasnya di Singapura dalam usaha untuk memnperkenalkan diri dalam arena metal setempat dan serantau. Antaranya ialah 

Singapore Street Festival, Mashed II, Death By Brownies, Baybeats Round 1 Auditions, Metal For A Cause, Singapore Street Festival 2010, Youth Olympic Games 2010, RIA SG with DJ Nity Baizura, Kalodin Album Launch, Meltgsnow Album Launch, NOISE Festival 2011 (EP Launch),  You Are Not Alone Concert (Japan Fundraiser for Earthquake/Tsunami Victims) dan Come Together Concert Celebrating Singapore Street Festival's 10th Annivesary.

Setakat ini Qge Of Sinfonia telahpun meriliskan sebuah EP yang diberi judul Capriccio An End And A Beginning yang diriliskan pada 26 Februari 2011 lalu.

Khamis, 17 November 2011

Lori Lewis dan Therion

Lori Lewis Kini Anggota Tetap Therion...
Therion nama besar dalam arena metal antarabangsa khasnya sub genre symphonic metal telah mengumumkan secara rasminya Lori Lewis menjadi anggota tetap band Therion. Sebelum ini Lori Lewis merupakan vokalis undangan untuk  Gothic Kabbalah World Tour, The 20 Year Celebration Tour dalam tahun 2007 dan the Sitra Ahra tour dalam 2010 serta menyumbangkan suara dalam album Therion, Sitra Ahra. Lori Lewis yang secara rasmi diumumkan sebagai anggota tetap Therion oleh Christofer Johnsson pada 11 September 2011 yang baru lalu.
Lori Lewis yang juga vokalis utama Aesma Daeva telah berkerjasama dengan Therion sejak Aesma Daeva menjadi band jemputan dan pengiring Therion sejak 2005. Apapun berita rasmi dari band Aesma Daeva belum diketahui lagi tentang kedudukan Lori Lewis dalam band tersebut.

Selasa, 15 November 2011

Sepultura di Kuala Lumpur Februari 2012.

Sepultura bakal mengadakan siri konsert jelajah Asia... termasuk Kuala Lumpur.
Berita terkini buat semua peminat metal tempatan dan negara jiran seperti  Thailand serta Indonesia. Dalam rangka untuk mempromosikan album baharu mereka ‘Kairos’, Sepultura  mengadakan siri  jelajah 2011 di Amerika Selatan, Eropah dan Asia. Manakala siri jelajah Asia pula yang dirangkakan akan diadakan menjelang Februari 2012 akan bermula di Thailand, Malaysia dan kemudiannya di Indonesia. Menurut perancangan awal pihak penganjur jelajah Asia akan bermula 3 Februari 2012. Dalam siri jelajah tersebut dijangka 1 konsert akan diadakan di Thailand, 2 di Malaysia dan 4 siri konsert di Indonesia.
1 dari 2 siri konsert yang akan diadakan di Malaysia telah dikenalpasti iaitu di Kuala Lumpur manakala 1 lagi akan dikenalpasti tidak lama lagi. Apapun cadangan asal siri konsert jelajah Asia bakal melibatkan bandaraya seperti Bangkok, Medan, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Jakarta, Surabaya dan Bali, namun ketetapan sebenarnya lokasi konsert masih lagi belum dipastikan.
Band lagenda heavy thrash metal  yang berasal dari Belo Horizonte, Brazil ini dianggotai oleh Paulo Jr. – bass, Andreas Kisser – guitar, Derrick Green –  vokal dan Eloy Casagrande – dram (mengantikan Jean Dolabella). Elloy Casagrande pemain dram terbaharu Sepultura baru berusia 20 tahun secara telah diumumkan secara rasminya pada 13 November 2011 (artikel ini ditulis 15 November 2011).
Sejak penubuhannya dalam tahun 1984, Sepultura telahpun menerbit 12 buah album penuh studio dan album yang terbaharu dari band ini ialah Kairos, diriliskan pada 24 Jun 2011.

Rhapsody Of Fire... Turilli dan Guers

Pengunduran Luca Turilli dan Patrice Guers dari Rhapsody Of Fire...
Terkejut atau tidak terkejut!!!??? Mungkin kita baru tahu, dah tahu dan tak tahu langsung tentang perkara ini maka dijelaskan di sini. Ataupun nak percaya atau tidak, itu terpulang pada anda. Apapun yang pasti Luca Turilli dan Patrice Guers  tidak lagi bersama Rhapsody Of Fire. Luca Turilli adalah salah seorang pengasas band Rhapsody Of Fire bersama temannya iaitu Alex Staropoli dan Daniele Carbonera dengan nama asalnya Thundercross. Meskipun pengunduran Turilli dan Guers dari ROF pada 16 Ogos 2011 yang baru lalu sudah beberapa bulan berlalu, rasanya sebahagian dari kita belum perasan sangat kecuali yang betul-betul mengikuti perkembangan ROF.  Catatan ini sekadar untuk membuat cerita susulan sahaja lantaran Luca merupakan salah seorang yang penting dalam keujudan ROF dalam arena metal antarabangsa. Mereka berdua akan terus berkarya dengan band baharu yang namanya masih belum dipastikan.
Bertitik tolak dari situ nama pemain bass baharu ROF telah diumumkan pada 1 September 2011, iaitu Oliver Holzwarth. Menyusul pada 27 September 2011, Roberto De Micheli sebagai gitaris kedua secara rasminya juga menyertai ROF. Sebelum itu pada 15 April 2011, gitaris, Tom Hess telah  juga menjadi ahli terbaharu ROF. Ini menjadikan barisan terbaharu ROF ialah seperti berikut;
Fabio Lione – Vocals (1995–sekarang)
Alex Staropoli – Keyboards (1993–sekarang)
Alex Holzwarth – Drums (2000–sekarang)
Tom Hess – Guitar (2011–sekarang)
Oliver Holzwarth – Bass (2011-sekarang)
Roberto De Micheli - Guitar (2011-sekarang)
Sebagai info untuk kita kongsi bersama setakat ini sehingga (November 2011), ROF telahpun mengeluarkan  9 buah album studio penuh, 2 EP dan Demo serta 1 album kompilasi, album live dan DVD.

Selasa, 8 November 2011

Imaginaerum Album Baharu Nightwish 2011

Hidangan terbaharu Nightwish tahun 2011...



Nama Nightwish sudah sebati dalam jiwa masyarakat metal antarabangsa khasnya yang menggemari muzik symphonic metal. Siapa yang tak kenal NIghtwish sejak era Tarja hinggalah Anette kini, Nightwish kekal gah. Setelah hadir dengan album Dark Passion Play dalam tahun 2007 tatkala itu tempat vokjalis diambilalih oleh Anette Olzon. Meneruskan kegemilangan Anette bersama Nightwish kini mereka tamil dengan album terbaharu mereka iaitu Imaginaerum. Album yang diterbitkan oleh Tuomas Holopainen, Tero Kinnunen dan Mikko Karmila itu memuatkan 13 buah lagu termasuk 2 buah lagu instrumental. Album tersebut diriliskan dibeberapa negara seperti tarikh yang telah ditetapkan oleh iaitu 30 November 2011 (Finland), 2 December 2011 (Europe), 6 January 2012 (Australia), 10 January 2012 (United States, Canada, & Brazil), 11 January 2012 (Japan) dan 16 January 2012 (New Zealand).

Antara senarai lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah ;
1. Taikatalvi
2. Storytime
3. Ghost River
4. Slow, Love, Slow
5. I Want My Tears Back
6. Scaretale
7. Arabesque (Instrumental)
8. Turn Loose The Mermaids
9. Rest Calm
10. The Crow, The Owl And The Dove
11. Last Ride Of The Day
12. Song Of Myself
13. Imaginaerum (Instrumental)

Untuk album ini 2 single dirancangkan akan dirilis iaitu single pertama Storytime yang akan dirilis 9 Nov 2011.Manakala single kedua The Crow, The Owl And The Dove akan di rilis dalam bulan Februari 2012. Menghayati single pertama Nightwish yang berjudul Storytime memang sukar untuk menafikan bunyi Nightwish. Bunyi yang sedemikian sememangnya sudah menjadi trademark mereka yang sukar untuk diubah.

Nightwish yang tampil dengan Imaginaerum 2011 ini masih membarsisi pemuzik handalan mereka seperti Anette Olzon / vocal, Tuomas Holopainen / keyboard, Jukka "Julius" Nevalainen / drum, - Marco Tapani Hietala / bass, vocal dan Emppu Vuorinen / gitar.

Album terbaharu mereka ini diterbitkan seiringan dengan filem yang judulnya juga Imaginaerum diarah oleh Stobe Harju. Bagi album ini live orchestra, London Philharmonic Orchestra yang diketuai oleh Pip Williams juga memainkan peranannya seperti juga album terdahulu. Album yang diinspirasikan dikatakan sebagai "beautiful, twisted, tribal and cinematic" Penghasilan album ini banyak dinspirasikan oleh pengarah filem, Tim Burton, penulis Neil Gaiman dan pelukis Salvadaor Dali. Antara pengaruh lain yang meresapi muzik Nightwish untuk album ini termasuk pengaruh include Hans Zimmer, Danny Elfman, Ennio Morricone, Christy Moore, Van Halen dan Pantera. Malah menurut Tuomas Holopainen satu lagu iaitu lagu yang dikatakan sebagai ‘funeral march’ telah diinspirasikan oleh Paradise Lost dan My Dying Bride.