Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini tentang Konsert Fenomena
Search 30 Tahun – Jelajah Borneo. Ini adalah lanjutan atau kesinambungan dari
siri Konsert Fenomena Search 30 Tahun yang diadakan di Semenanjung Malaysia.
Konsert Fenomena Search 30 tahun – Jelajah Borneo ini adalah dihadiahkan khas
untuk warga Borneo teristimewanya masyarakat di tawau dan di Kuching. Konsert
tersebut akan diadakan pada 24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau bermula
jam 8 malam. Manakala di Kuching konsert tersebut akan diadakan pada malam
menjelang tahun baharu, 31 Disember 2011
bertempat di Stadium Negeri, Kuching.
Untuk persembahan di Tawau sabah dijangkakan Stacy akan memb
uat persembahan pembukaan manakala di Kuching band Masterpiece akan membuka
tirai konsert. Konsert yang gah ini dikatakan antara konsert terbesar yang
dianjurkan oleh penganjur iaitu Universal Credential Sdn. Bhd. Dan Nova Music
yang mana kos produksinya sahaja menelan belanja RM1.3 juta. Ini dijangka bakal
mencatatkan satu fenomena baru dan tersendiri dalam penganjuran konsert.
Selaras dengan status band Search itu sendiri sebagai band
rock lagenda tanahair bakal menghidang irama rock terus dan segar selama 2 jam.
Penganjur menjangkakan seramai 30,000 peminat dan pengiktu Search bakal
menyaksikan kehebatan Search di kedua-dua tempat tersebut. Selain persembahan
artis jemputan dan band search sendiri penonton juga dijanjikan dengan hidangan
system bunyi dan pencahayaan yang terbaik selain gimik tersendiri yang telah
dirangkakan oleh band Search untuk konsert tersebut.
Bagi menyaksikan konsert tersebut anda khasnya peminat tegar
Search Cuma perlu mendapatkan tiket yang berharga RM25 dan ini adalah tiket
yang paling murah untuk sebuah konsert yang menampilkan band lagenda seperti
Search. Peluang sebegini seharusnya diambil kesempatan sebaik mungkin lantaran
konsert Search ti tempat lain semua tiketnya berharga lebvih RM50 seorang, maka
khas untuk orang Sabah dan Sarawak, itulah harga terbaik yang ditawarkan. Tiketr
berharga RM25 boleh dilokasi terpilih di Sabah dan Sarawak yang akan
dimaklumkan dari masa ke masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan