Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 6 Disember 2011

Queensryche Album Baharu 2011 - Dedicated To Chaos


Terbaharu dari Queensryche... 2011
Peminat Queensryche pasti rindu akan kelibat band progressive heavy metal dari Amerika Syarikat yang telahpun hadir dengan buah tangan terbaharu 2011. Bagi yang dah tahu dan sudah mendengar akan album tersebut bukan menjadi persoalan lagi tetapi bagi yang baru nak tahu dan tak tahu sekadar ingin berkongsi cerita Queensryche telahpun meriliskan album terbaharu 2011 mereka yang berjudul  Dedicated To Chaos pada 21 Jun 2011 di jepun dan 28 Jun di Amerika Syarikat. Album yang memuatkan 12 trek menyenaraikan lagu seperti berikut "Get Started" , "Hot Spot Junkie" , "Got It Bad",  "Higher" , "Wot We Do", "Around the World",  "Drive”, "At the Edge", "I Take You", "Retail Therapy" , "The Lie" dan "Big Noize". Manakala untuk album yang memuatkan lagu bonus antara trek yang tersenarai ialah "Broken" (Bonus track), "Hard Times" (Bonus track), "I Believe" (Bonus track) dan "LuvnU" (Bonus track).
Setakat ini mereka telah menerbitkan Sembilan buah album studio penuh dan album terdahulu ialah album Queensrÿche (1982 dan 1983), The Warning (1984), Rage for Order (1986), Operation: Mindcrime (1988), Empire (1990), Promised Land (1994), Hear in the Now Frontier (1997), Q2K (1999), Tribe (2003), Operation: Mindcrime II (2006), Take Cover (2007) dan American Soldier (2009)

Tiada ulasan: