Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 12 Disember 2011

Kuiz Konsert Fenomena Search - MUZIKfm

Kuiz Konsert Fenomena Search 30 Tahun – MUZIKfm
Seperti yang telah kita sedia maklum beberapa siri Konsert Fenomnena Search 30 tahun diadakan di semenanjung Malaysia dan 2 siri konsert tersebut akan diadakan di Kepulauan Borneo iaitu di Tawau dan Kuching. Di Tawau ianya akan diadakan pada 24 Disember 2011 dan di Kuching pada 31 Disember 2011. Jadi untuk memeriahkan lagi konsert tersebut penganjur, Nova Music dan Credential Sdn. Bhd dengan kerjasama stesen radio rasmi konsert tersebut MUZIKfm menyediakan sejumlah tiket dan hadiah lain untuk pendengar setia MUZIKfm menerusi Kuiz Konsert Fenomena Search 30 Tahun – MUZIKfm yang bermula hari ini (12 Disember 2011 hingga 22 Dismeber 2011). Hadiah berupa tiket untuk menyaksikan konsert tersebut bagi siri di Tawau, Sabah. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendengar atau ikuti segmen Rock Selamba MUZIKfm dari jam 2 petang hingga 5 petang dan jawab soalan yang dinyatakan. Kemudian hantarkan jawapan anda menggunakan sms ke 32776. Untuk maklumat lanjut mengenai cara dan soalan kuiz tersebut anda haruslah mengikuti segmen Rock Selamba MUZIKfm. Kuiz ini dikhaskan buat pendengar setia MUZIKfm di Tawau Sabah. 2 keping tiket dan sehelai t-shirt eksklusif konsert akan  diberikan kepada seorang pemenang.  Jangan lepaskan peluang untuk memenangi tiket dan menyaksikan secara eksklusif persembahan pembuka tirai Stacy dan khasnya Search di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 24 Disember 2011. 

Tiada ulasan: