Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 12 Disember 2011

Kuiz Konsert Fenomena Search - MUZIKfm

Kuiz Konsert Fenomena Search 30 Tahun – MUZIKfm
Seperti yang telah kita sedia maklum beberapa siri Konsert Fenomnena Search 30 tahun diadakan di semenanjung Malaysia dan 2 siri konsert tersebut akan diadakan di Kepulauan Borneo iaitu di Tawau dan Kuching. Di Tawau ianya akan diadakan pada 24 Disember 2011 dan di Kuching pada 31 Disember 2011. Jadi untuk memeriahkan lagi konsert tersebut penganjur, Nova Music dan Credential Sdn. Bhd dengan kerjasama stesen radio rasmi konsert tersebut MUZIKfm menyediakan sejumlah tiket dan hadiah lain untuk pendengar setia MUZIKfm menerusi Kuiz Konsert Fenomena Search 30 Tahun – MUZIKfm yang bermula hari ini (12 Disember 2011 hingga 22 Dismeber 2011). Hadiah berupa tiket untuk menyaksikan konsert tersebut bagi siri di Tawau, Sabah. Apa yang perlu anda lakukan ialah mendengar atau ikuti segmen Rock Selamba MUZIKfm dari jam 2 petang hingga 5 petang dan jawab soalan yang dinyatakan. Kemudian hantarkan jawapan anda menggunakan sms ke 32776. Untuk maklumat lanjut mengenai cara dan soalan kuiz tersebut anda haruslah mengikuti segmen Rock Selamba MUZIKfm. Kuiz ini dikhaskan buat pendengar setia MUZIKfm di Tawau Sabah. 2 keping tiket dan sehelai t-shirt eksklusif konsert akan  diberikan kepada seorang pemenang.  Jangan lepaskan peluang untuk memenangi tiket dan menyaksikan secara eksklusif persembahan pembuka tirai Stacy dan khasnya Search di Kompleks Sukan Tawau, Sabah pada 24 Disember 2011. 

Selasa, 6 Disember 2011

Jamrud... mereka dan album baharu 2011 - Langit dan Bumi Menangis


Jamrud Kental Menongkah Masa... maka lahirlah Langit Dan Bumi Menangis



Rasanya sesekali ingin meninjau ke negara jiran perihal band rock di negara jiran, Indonesia lantaran selama ini yang kita tahu ialah eberapa orang penyanyi solo dan band pop rock yang begitu banyak menerobosi ruang industry muzik tempatan. Maka dalam ruangan terhad ini ingin shaqmetal menjengah nama yang agak lama shaqmetal telah dengar dan ketahui iaitu Jamrud, band Jamrud. Kalau tidak silap shaqmetal 2011 ini Jamrud telahpun mengeluarkan album terbaharu mereka yang diberi judul Bumi Dan Langit Menangis. Apapun dalam waktu yang sama ingin rasanya shaqmetal mecatatkan sedikit info untuk kita kongsi bersama bagi kawan – kawan yang belum tahu dapat mengetahui lebih dekat band Jamrud ini.
Band heavy metal, Jamrud merupakan sebuah band yang berasal dari Cimahi, Jawa Barat, Indonesia. Jamrud  antara nama band yang ternama dan terkenal yang membawa genre muzik rock dalam sejarah muzik rock Indonesia. Apa tidaknya untuk album studio  keempat mereka yang berjudul Ningrat dalam tahun 2000 telah terjual sebanyak 2 juta keping di Indonesia sahaja dan menjadikan yang kedua paling banyak terjual  sebagai best selling rock album.
Sejarah mereka bermula apabila gitaris Azis mangasi Siagan, pemain gitar bass Ricky Teddy, vokalis Oppi dan pemain dram Agus bergabung dan mengasaskan band dengan nama Jam Rock. Dalam arus mencari tapak yakni dari tahun 1990 hingga 1995 anggota Jam Rock keluar dan masuk, silih berganti dan dalam tahun 1996 mereka mula mengorak langkah baru. Dalam tahun yang sama penerbit Log Zhelebour  menjemput dan menawarkan  kontrak untuk rakaman album sulung mereka, dan dari situ mereka nekad untuk terus berkembang maka mereka menukarkan nama Jam Rock kepada Jamrud seterusnya lahirlah album sulung mereka Nekad dalam tahun 1996.
Sepanjang karier mereka album mereka sentiasa mendapat sambgutan yang begitu baik dan kebanyakkan album merewka menerima anugerah platinum di Indonesia. Selain itu mereka juga seringkali memenangi beberapa anugerah lain seperti Anugerah Musik Indonesia
Jamrud yang masih lagi aktif dalam mewarnai dunia muzik rock dan metal Indonesia dianggotai oleh Aziz Mangasi Siagian, Ricky Teddy, Krisyanto, Jaja Amdonal, Mochamad Irwan  dan Danny Rachman. Dari awal penubuhan mereka, Jamrud telahpun m,engeluarkan beberap buah album  termasuk album kompilasi antaranya ;

Album Studio Penuh
1996: Nekad
1997: Putri
1998: Terima Kasih
2000: Ningrat
2002: Sydney 090102
2004: BO 18+
2006: All Access In Love
2009: New Performance 2009
2011: Bumi & Langit Menangis

Album Kompilasi
1999: The Best Collection
2003: All The Best: Slow Hits
2009: Best Of The Best: Performance 2009

Video Klip
Nekad (1995): "Nekad", "Ayam","Rasa Cinta Padamu" (Live)
Putri (1997): "Putri", "Maaf", "Cerita Jalanan" (Live)
Terima Kasih (1998): "Terima Kasih", "Dokter Suster", "Berakit-rakit", "Otak Kotor", "Kurang Piknik", "Trouble Shanty" (Live)
Ningrat (2000): "Ningrat", "Kabari Aku", "Asal British", "Surti-Tejo", "Pelangi di Matamu", "Jauh (Andaikan...)"
Sydney 090102 (2002): "Waktuku Mandi","Selamat Ulang Tahun","kau dan ibumu","hallo penjahat"
BO 18+ (2004): "Senandung Raja Singa","Cinta Adalah"
All Access In Love (2006): "Lelaki Biadab", "Ajari Aku Cara Mencintaimu", "Hapus Saja Nomerku", "Viva Jammers"
New Performance 2009 (2009): "Ingin Kembali"
Best Of The Best (2010): "Putri'","Berakit Rakit'","Kabari Aku'","Nekad'","Pelangi Di Matamu'","Terima Kasih'","Dokter Suster'"
Bumi & Langit Menangis (2011): "Sik Sik Sibatumanikam'", "S.H.I.T'", "Cerita Usang'’

Album 2011 – Langit Dan Bumi Menangis
Bumi & Langit Menangis (instrumental)
S.H.I.T (Seperti Hati Ini Terbakar)
Sik Sik Sibatumanikan
Cerita Usang
The devils wears Batik
Idiot
Komtenplasi
Sakit
Nangislah Negeriku
S.H.I.T (karaoke)
The Devils wears Batik (minus guitar)
Nangislah Negeriku (minus guitar)

Bumi & Langit Menangis merupakan sebuah album utama dan penting bagi Jamrud dan telahdirilis dalam ini (2011) dengan lagu utamanya Sik Sik Sibatumanikan, S.H.I.T, dan lagu Cerita usang. Untuk album ini majalah Rolling Stone Indonesia mendeskripsikan sebagai  album yang memiliki elemen-elemen metalcore (growl, scream, rif-rif berat). Ini dibaratkan sebagai bara menyala yang membahang dan membakar  jambatan penghubung antara Jamrud era Krisyanto  dengan Jamrud era sekarang(2011).

Mel Shandy sekadar sebuah cerita...


Mel Shandy... sebuah cerita dan sebuah kompilasi 'Greatest Hits'

Siapa dia ini? Mel Shandy…? Mungkin sebahagian dari kita tidak pernah langsung mendengar atau terbaca tentang dia ini… Mel Shandy. Inilah yang shaqmetal nak sembangkan menerusi ruangan ini kali ini tentang seorang rocker wanita atau kawan-kawan kita dalam Rock Selamba MUZIKfm kata rockernita yang masih muda lagi ni… Mel Shandy.  Kita kurang mengenali Mel Shandy  tetapi bagi peminat muzik rock di negara seberang, negara jiran kita Indonesia nama Mel Shandy sudah tersenarai dalam senarai artis rock mereka. Mel Shandy yang dilahirkan di bandung, Indonesia pada 26 September 1971 diberi nama Melinda Susilarini. Dari apa yang diketahui Mel Shandy selain sebagai penyanyi rock juga merupakan seorang juga qariah. Apapun susur galur nama itu masih kabur jalan ceritanya, macamana nama itu ujud dan bagaimana Qoriah bertukar menjadi Mel Shandy semuanya agak kurang jelas. Apapun orang yang empunya nama Mel Shandy tahu cerita itu dan kalau boleh Mel Shandy dapat memberi respon kepada catatan ini.
Shaqmetal bercerita mengenai Mel Shandy kali ini adalah secara kebetulan shaqmetal mendengar lagu mel Shandyyang dimuatkan dalam album kompilasi terbaharu Mel Shandy kompilasi “Greatest Hits” Mel Shandy.  Bukanlah niat untuk bercerita atau mengulas album tersebut tetapi sekadar untuk berkongsi maklumat mengenai Mel Shandy sahaja agar kita sama-sama tahu siapa mel Shandy. Dan rasanya inilah kali pertama shaqmetal bercerita mengenai artis rock dari tanah seberang dan ini juga tidak bermakna shaqmetal member keistimewaan buat Mel Shandy. Ini sekadar unutk menambah info kita bersama.
Untuk kita menilai dan menikmati apa sebenarnya yang dihidangkan oleh Mel Shandy rasanya tidak cukup kalau kita Cuma meniulainya dari satu album apatah lagi album kompilasi sebegini. Yang jelas bila didengari dan diamati nilai dan rasa rock itu ada bersama Mel Shandy yang tidak dapat dinafikan.
Mel Shandy telah memulakan kariernya sebagai penyanyi rock sejak umur belasan tahun dan telah menyertai beberapa festival muzik rock seperti Indonesian Rock Festival dan pernah menjuarai Lady Rockers se-Jabar  dan sebagainya. Andai dilihat pada pencapaian Mel Shandy, Mel bukanlah calang-calang rocker wanita lantaran beliau pernah menjuarai beberapa festival atau pertandingan seperti Juara 1 Festival Lady Rockers se Bandung Raya1986,  Juara 1 Festival Lady Rockers se Jawa Barat (Wkl Jabar ikut Fes LOG ZHELEBOUR di SBY) 1987 dan  Juara 1 Festival Band Bandung Garut.
Apapun untuk mengetahui cerita lanjut lagi mengenai Mel Shandy ini rasanya anda boleh ikuti laman sosial facebook Mel Shandy di alamat beikut ; www.facebook.com/pages/MEL-SHANDY.
Bercerita mengenai album kompilasi Mel Shandy “Greatest Hits” yang diedarkan oleh MUSICLAND kebanyakkan lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah lagu-lagu balad dan hits Mel Shandy disamping ada juga fast track yang agak menarik untuk didengari, ianya tidaklah sekeras muzik metal selayaknya namun bagi pengemar rock yang sedang-sedang lagu-lagu Mel Shandy enak untuk didengar. Apapun vokalis rock yang bertudung/berjilbab ini mempunyai aura yang tersendiri. Mel Shandy, ibu kepada 3 cahaya mata ini popular di era 80an dan 90an namun namanya masih meniti di bibir pengemar rock local Indonesia. Mel Shandy pernah mengecap populariti seera dengan Nike Ardila, Inka Christy dan Yosie Lucky. Untuk perkembangan terkini Mel Shandy bersama dengan Sexy Rock Asal Surabaya yang antaralain anggotanya adalah bekas band Power Metal. Lantas dengan gabungann tersebut mereka beraksi semula di pentas rock Indonesia.
Berbalik pada album Greatest Hits Mel Shandy ini antara lagu yang dimuatkan ialah Hangat cintamu, gejolak hati, Nyanyian badai, Bianglala, Biang keladi, Angin malam, Ngeri (feat Metal Boyz), Iman, Ulah tuan dan nona, Halusinasi, Sesal, Hujan tak jadi turun, Terbuang, Gerhana hati, Kebebasan dan lagu Takdir. Kalau didengari semua lagu yang dimuatkan agak menarik dan sedap didengari.
Antara album yang pernah dihasilkan oleh Mel Shandy ialah Gacoan(1986), Bianglala(1989), Nyanyian Badai, Biang Keladi, Ngeri (with Metal Boyz), and Komar (1999).


Galneryus dan Album 2011 - Phoenix Rising

Galneryus dan buah tangan terbaharu mereka...

Negara matahari terbit, Jepun antara negara yang produktif dalam melahirkan band-band ternama dunia antaranya ialah Galneryus, band Power neo-classiccal  metal(kadang-kala dikata sebagai power metal dan ada pula neo classical metal).berasal dari Osaka, Jepun. Band ini ditubuhkan dalam tahun 2001 oleh gitaris Syu (bekas anggota Valkyr, Aushvitz dan Masaki Project) bersama dengan Yama-B Yamaguchi (bekas vokalis AxBites dan artis solo Rekio, River End dan Gunbridge).

Apapun catatan ini bukanlah untuk melihat semula sejarah penubuhanGalneryus tetapi untuk berkongsi apa yang dihasilkan oleh band dari Osaka ini yakni album terbaharu mereka. Phoenix Rising adalah judul buah tangan terbaharu Galneryus yang memmuatkan 11 buah lagu antaranya "The Rising" , "Tear Off Your Chain", "Future Never Dies" , "Spirit of Steel",  "Scars",  "The Wind Blows", "T.F.F.B.",  "No More Tears",  "Bash Out!", "The Time Has Come" dan  "The Phoenix" (Instrumental).

Galneryus yang dianggotai oleh Masatoshi "Sho" Ono (小野 正利 Ono Masatoshi) – vokal (2009–sekarang), Syu – gitar, backing vocal (2001–sekarang), Taka – bass (2009–sekarang), Junichi Satoh (佐藤 潤一 Satō Jun'ichi) – dram (2003–sekarang) dan Yuhki – keyboard, Hammond organ, keytar, backing vocal (2003–sekarang).

Sejak penubuhan galneryus  dalam tahun 2011 mereka telahpun menerbitkan 9 buah album (termasuk album terbaharu 2011), 3 EP, 3 cover album, 10 sumbangan untuk album kompilasi, 3 DVD dan 10 video klip setakat ini.


Albums

The Flag of Punishment (Oktober 2003) 

Advance to the Fall (Mac 2005) 

Beyond the End of Despair... (Julai 2006) 

One for All - All for One (Ogos 2007) 

Reincarnation (September 2008) 

Best of the Braving Days (Mac 2009, album kompilasi) 

Best of the Awakening Days (Mac 2009, album kompilasi) 

Resurrection (Jun 2010) 

Phoenix Rising (Oktober  2011) 


Singles/EPs

United Flag (Oktober  2001, EP)

Rebel Flag (Ogos, 2002)

Everlasting (Jun 2007) 

Alsatia/Cause Disarray (Mac  2008)

Shining Moments (Julai 2008, digital EP)

Beginning of the Resurrection (April  2010, digital EP)

Future Never Dies (September 2011, digital EP)

Kizuna (Januari 2012)


Cover albums

Voices from the Past (Oktober  2007)

Voices from the Past II (Oktober 2008)

Voices from the Past III (Ogos 2010)


Sumbangan Album Kompilasi

"Black Diamond" (asal oleh Stratovarius) – Stand Proud! III (Disember  2002)

"Soldier Of Fortune" (asal oleh Loudness) – Japanese Heavy Metal Tribute Tamashii II (Disember 2002)

"Struggle For The Freedom Flag" – Hard Rock Summit di Osaka (June  2004)

"Serenade (D.N.mix)" – Lagu untuk filem  Death Note The Movie ~The Last Name Tribute~ (Disember 2006)

"A Far-Off Distance (TV Size)" – Rainbow: Nisha Rokubō no Shichinin tema pembukaan dan penutup digital EP (Jun 2010)

"Holy Blood: Tatakai no Kettô"– Tribute to Seikima-II: Akuma to no Keiyakusho (September  2010)

"Against the Wind" (asal oleh by Stratovarius) – Crying Stars -Stand Proud!- (September  2010)

"The Spirit Carries On" (asal oleh Dream Theater) – Crying Stars -Stand Proud!- (September  2010)

"Tonight I'm Falling" (asal oleh TNT) – The Voice -Stand Proud!- (Oktober  2011)

"Angel Don't Cry" (asal oleh Toto) – The Voice -Stand Proud!- (Oktober  2011)


DVDs

Live for Rebirth (November  2006)

Live for All - Live for One (Mac  2008)

Live in the Moment of the Resurrection (Disember 2010)


Music Videos

"Struggle for the Freedom Flag" (The Flag of Punishment)

"Silent Revelation" (Advance to the Fall)

"My Last Farewell" (Beyond the End of Despair...)

"Everlasting" ("Everlasting")

"New Legend" (One for All - All for One)

"Alsatia" ("Alsatia/Cause Disarray")

"Shining Moments" (Reincarnation)

"You're The Only 2010" (Beginning of the Resurrection)

"Destiny" (Resurrection)

"Future Never Dies" (Phoenix Rising)






Queensryche Album Baharu 2011 - Dedicated To Chaos


Terbaharu dari Queensryche... 2011
Peminat Queensryche pasti rindu akan kelibat band progressive heavy metal dari Amerika Syarikat yang telahpun hadir dengan buah tangan terbaharu 2011. Bagi yang dah tahu dan sudah mendengar akan album tersebut bukan menjadi persoalan lagi tetapi bagi yang baru nak tahu dan tak tahu sekadar ingin berkongsi cerita Queensryche telahpun meriliskan album terbaharu 2011 mereka yang berjudul  Dedicated To Chaos pada 21 Jun 2011 di jepun dan 28 Jun di Amerika Syarikat. Album yang memuatkan 12 trek menyenaraikan lagu seperti berikut "Get Started" , "Hot Spot Junkie" , "Got It Bad",  "Higher" , "Wot We Do", "Around the World",  "Drive”, "At the Edge", "I Take You", "Retail Therapy" , "The Lie" dan "Big Noize". Manakala untuk album yang memuatkan lagu bonus antara trek yang tersenarai ialah "Broken" (Bonus track), "Hard Times" (Bonus track), "I Believe" (Bonus track) dan "LuvnU" (Bonus track).
Setakat ini mereka telah menerbitkan Sembilan buah album studio penuh dan album terdahulu ialah album Queensrÿche (1982 dan 1983), The Warning (1984), Rage for Order (1986), Operation: Mindcrime (1988), Empire (1990), Promised Land (1994), Hear in the Now Frontier (1997), Q2K (1999), Tribe (2003), Operation: Mindcrime II (2006), Take Cover (2007) dan American Soldier (2009)

Rammstein Tampil dengan Single Terbaharu 2011 - Mein Land


Single Terbaharu Rammstein - Mein Land

Rammstein band Industrial metal dari Jerman ini telahpun mengeluarkan single pertama dari album Made In germany 1995 – 2011. Single tersebut telahpun dirilis 11 November 2011 yang baru lalu. (artikel ini ditulis pada hari ini 6 Disember 2011). Single “Mein Land” memuatkan 4 trek(lagu) yang telah dirilis melalui iTunes berserta dengansebuah lagu yang tak diriliskan iaitu "Vergiss Uns Nicht”. Pada tarikh yang sama juga tayangan perdana bagi video “Mein Land” juga telah diadakan pada 11 November lalu di Rammstein.com. namun untuk rlilisan album Made In germany 1995 – 2011 akan diumumkan sedikit masa lagi.
Sekadar untuk makluman kita bersama Rammstein telahpun meriliskan beberapa buah album penuh studio antaranya ; Herzeleid (1995), Sehnsucht (1997), Mutter (2001), Reise, Reise (2004), Rosenrot (2005) dan Liebe ist für alle da (2009).

Khamis, 1 Disember 2011

Ella Singgle Terbaharu - Menyanyilah la la la


Menyanyilah la la la - Single Ella Terbaharu 2011
Siapa yang tidak kenal dengan ratu rock Malaysia – Ella, yang muncul dengan single terbaharunya berjudul “Menyanyilah la la la”. Lagu modern rock yang kedengaran cathy dan ringan itu mudah untuk kita hayati dan ikuti. Ini merupakan sentuhan kreatif Taja (Meet Uncle Hussien) dan kolaborasi julung kalinya antara Ella dan Taja.
Menjadikan lagu ini sedikit unik ialah elemen-elemen melayu klasik turut diselitkan ditambah lagi dengan suara serak-serak basah dan manja Ella menghasilkan bunyi yang sedap untuk didengar.Nikmati dan nilai sendiri lagu tersebut “menyanyilah la la la” hasil terbaharu Ella.

Konsert Fenomena Search 30 Tahun 24 dan 31 Disember 2012...

Tawau(24 Dis) dan Kuching(31 Dis) Destinasi Seterusnya Search 30 Tahun...
Seperti yang diuar-uarkan sebelum ini tentang Konsert Fenomena Search 30 Tahun – Jelajah Borneo. Ini adalah lanjutan atau kesinambungan dari siri Konsert Fenomena Search 30 Tahun yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Konsert Fenomena Search 30 tahun – Jelajah Borneo ini adalah dihadiahkan khas untuk warga Borneo teristimewanya masyarakat di tawau dan di Kuching. Konsert tersebut akan diadakan pada 24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau bermula jam 8 malam. Manakala di Kuching konsert tersebut akan diadakan pada malam menjelang tahun  baharu, 31 Disember 2011 bertempat di Stadium Negeri, Kuching.
Untuk persembahan di Tawau sabah dijangkakan Stacy akan memb uat persembahan pembukaan manakala di Kuching band Masterpiece akan membuka tirai konsert. Konsert yang gah ini dikatakan antara konsert terbesar yang dianjurkan oleh penganjur iaitu Universal Credential Sdn. Bhd. Dan Nova Music yang mana kos produksinya sahaja menelan belanja RM1.3 juta. Ini dijangka bakal mencatatkan satu fenomena baru dan tersendiri dalam penganjuran konsert.
Selaras dengan status band Search itu sendiri sebagai band rock lagenda tanahair bakal menghidang irama rock terus dan segar selama 2 jam. Penganjur menjangkakan seramai 30,000 peminat dan pengiktu Search bakal menyaksikan kehebatan Search di kedua-dua tempat tersebut. Selain persembahan artis jemputan dan band search sendiri penonton juga dijanjikan dengan hidangan system bunyi dan pencahayaan yang terbaik selain gimik tersendiri yang telah dirangkakan oleh band Search untuk konsert tersebut.
Bagi menyaksikan konsert tersebut anda khasnya peminat tegar Search Cuma perlu mendapatkan tiket yang berharga RM25 dan ini adalah tiket yang paling murah untuk sebuah konsert yang menampilkan band lagenda seperti Search. Peluang sebegini seharusnya diambil kesempatan sebaik mungkin lantaran konsert Search ti tempat lain semua tiketnya berharga lebvih RM50 seorang, maka khas untuk orang Sabah dan Sarawak, itulah harga terbaik yang ditawarkan. Tiketr berharga RM25 boleh dilokasi terpilih di Sabah dan Sarawak yang akan dimaklumkan dari masa ke masa.