Wujud Album Terbaharu... JUMP P
Nama yang agak sinonim dengan shaqmetal , mana tidaknya dengan
kehadiran single pertama mereka yang secara tidak rasmi berkumandang di Rock Selamba
dalam tahun 2009, shaqmetal telah diperkenalkan dengan JUMP P. Rentetan dari
situlah muzik lagu dan individu JUMP P itu sendiri telah shaqmetal kenali. Dan merujuk kepada sedikit info yang
shaqmetal telah keluarkan menerusi
shaqmetal.blogspot – ikuti pautan ini
http://shaqmetal.blogspot.com/2009/07/jump-p.html begitu juga sekali lagi info mengenai single
JUMP P ikuti pautan ini http://shaqmetal.blogspot.com/2009/10/marrabuqa-single-terbaharu-jump-p.html maka
tidak hairan kehadiran JUMP P sebenarnya sudah pun dihidu oleh masyarakat rock
dan metal tempatan. Rasanya info atau cerita mengenai JUMP P dan kehadiran mereka juga telah di keluarkan artikelnya dalam majalah rock tempatan Empayar, artikel yang ditulis oleh Shaq Darkshadow. (kemudian nanti shaqmetal akan cuba muatnaikkan cerita dan gambar untuk kita kongsi bersama) dalam ruangan shaqmetal.blogspot. Cuma mungkin cara kehadiran mereka ini agak perlahan
menjadikan kelibat mereka sedikit tidak diketahui, secara jujurnya hasil yang
dikeluarkan oleh JUMP P ini sememangnya sesuatu yang cukup indah dan menarik
untuk di nikmati khasnya bagi mereka yang gemarkan bunyi yang baharu atau bunyi
yang lain dari yang lain dari apa yang sudah stereotype di hasilkan oleh
band-band tempatan.
Rasa power metal yang cukup jelas dan pengaruh synphobic metal yang
ketara menjadikan bunyi yang dihasilkan oleh JUMP P ini segar dan menarik untuk
dinikmati oleh warga rock tempatan. Secara peribadinya shaqmetal merasa kita
sebenarnya haus dengan bunyi yang sebegini dalam arena atau persada muzik rock
dan etal tempatan. Baik di arus perdana atau bawah tanah (lagi sedap disebut ‘undeground’)
lantaran kita sentiasa dimomokkan dengan muzik atau genre yang lebih kurang
sama sahaja oleh band-band tempatan yang ada. Shaqmetal bukanlah menidakkan
kemampuan mereka tetapi usaha untuk menghasailkan sesuatu yang baharu dan lebih
segar itu nampak begitu kurang.
Kalau kita bercerita mengenai rock dan metal dan muzik secara
keseluruhannya memang kita agak ketinggalan (tidak perlu dijelaskan dengan
terperinci topik itu...). Baik kita sebut satu atau dua sub genre muzik rock
atau metal contohnya power metal, symphonic metal, avant-garde metal industrial
metal dan jauh sekali kalau folk metal, acapella metal, medieval atau celtic
metal atau apa-apa sub genre lainnya. Kita pergi pada apa yang diketengahkan
oleh JUMP P yang pada shaqmetal ia lebih menjurus dan terarah pada bunyi power
metal yang memasukkan elemen symphonic pada lakuran muzik mereka. Itu yang
telah shaqmetal dengar dan hayati sejak kelahiran single mereka (shaqmetal
dengar dalam bulan Jun atau Julai 2009).
shaqmetal bukanlah berniat untuk komen atau pandai-pandai nak
mengatakan yang itu dan ini. Pandangan dan pendapat shaqmetal yang terpapar
dalam ruangan ini sekadar pandangan peribadi shaqmetal sahaja. Dalam ruangan
ini juga shaqmetal ingin nak berkongsi apa yang shaqmetal dengar dari apa yang
dihasilkan oleh JUMP P menerusi album studio penuh mereka itu – WUJUD....
Sebelum itu..., iaitu pada bulan Julai 2009 shaqmetal mengagak judul
album penuh JUMP P yang akan dikeluarkan(waktu itu) ialah MITOS, itu telahan
dalam minda shaqmeta lwaktu itu. Tetapi penantian shaqmetal cukup lama
sehinggalah awal 2013 barulah ada berita tentang album studio penuh JUMP P
diterbitkan / diriliskan. Alhamdulillah... sekurang-kurangnya penantian
shaqmetal berakhir juga... kenapa shaqmetal berkata demikian? Ini kerana shaqmetal
telah mendengar lagu Mitos saka, Moga sempurna dan lagu Marobbuka yang cukup
menarik dengan susunan muzik serta bunyi yang lain dari yang lain dihasilkan
dalam kalangan band metal yang ada ketika itu. Dari kelahiran single dan
bersiaran diuadara MUZIKfm menerusi Rock Selamba, pada bulan Julai 2009
hinggalah ke awal tahun 2013, persoalan bagaimanakah bunyi sepenuhnya hasil
buah tangan JUMP P terjawab akhirnya.
Dari lagu pertama Wujud, JUMP P telah menunjukkan kewibaan mereka
dengan mengetengahkan bunyi power metal yang agak sarat dengan elemen-elemen
symphonic boleh dijadikan kayu pengukur pada hasil keseluruhan album WUJUD JUMP
P. Memang benar telahan shaqmetal meneliti sepenuhnyanya lagu Wujud, jelas
kekuatan semangat dan aura power metal (boleh dikatakan juga power symphonic
metal) JUMP terserlah dari trek Wujud. Peranan keyboard yang sepatutnya menjadi
tulang belakang dan lead pada sebuah band power metal ada dan dibuktikan
sepanjang lagu tersebut. Dari trek pertama lagu kedua Moga sempurna juag tidak
hilang arahnya, intro yang sudah cukup sinonim dengan peminat rock kapak itu
menghasilkan bunyi yang menarik dengan paduan bunyi keyboard yang jelas
ditambah lagi dengan aura lagu Moge sempurna itu sendiri yang sudah pun melekat
pada halwa telinga peminat muzik rock. Moga sempurna yang pernah dipopularkan
oleh band Lipanbara suatu waktu dahulu kini bunyinya bertambah segar bila dilakurkan
dengan instrumen keyboard yang ketara dan bunyi yang bboleh kita rasai. Memang lagu
Moga sempurna mempunyai tarikan yang sedia ada ditambah lagi dengan sentuhan
JUMP P menjadikan bunyinya lebih ‘dense’, padat, menarik dan segar.
Dari lagu kedua seterusnya kita nikmati lagu Mitos saka ternyata
kesinambungan bunyi power power metal yang penuh dengan elemen symphonic itu
diterusnya dan kalau kita amati betul-betul lagu Mitos saka, Wujud, Marobbuka
dan Sangkakala awal sangkakala akhir boleh menjadi tanda aras bagi bunyi power metal
yang rasanya ramuan cukup dan sedap untuk didengar. Secara peribadinya
shaqmetal merasa tidak cukup dengan mendengar sekali sahaja lagu-lau tersebut.
Cuba nikmati sendiri. Bagaimanapun lagu Naskah terakhir adalah balada yang
tidak dapat lari dari bunyi jiwang tempatan dan masih ada bunyi pengaruh rock
kapak tersebut, namun lagu tersebut memang sedap dan layannnn... Lagu balada
yang tetap tidak tersasar dari sud genre yang dibawakan oleh mereka. Marobbuka
sememangnya antara lagu yang harus dinikmati bagi anda yang minat muzik atau byunyi
power metal atau power symphoinic metal atau peminat symphonic metal itu
sendiri rasanya akan terhibur dengan lagu Mitos saka danlagu Wujud. Dari
Marobbuka kalau terus kita layan Mistik bunyi sedikit berat yang juga jelas
bunyi power mentalnya seperti lagu-lagu lain> kalau dihayati lagu mistik
stail muzik, lirik dan vokalnya tidak lari dari tema lagu tersebut, alam mistik.
Gubahan muzik dengan tema lagu tersebut seakan-akan menjadi menjadikan lakuran
gubahan yang menarik. Manakala lagu Anggau agak ringan bagi anda yang lebih
berat untuk menikmati bunyi muzik yang berat serta keras. Rasanya bunyi yang
dihasilkan itu dikhaskan buat peminat yang lebih gemarkan muzik yang agak
ringan setelah menikmati bunyi agak berat pada lagu-lagu lain dalam album
tersebut. Meskipun lagu Anggau agak sederhana bunyinya namun kalau selalu
didengar akan boleh ‘tangkap’ sedap juga lagu tersebut. Satu-satunya lagu Inggeris
yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Power of nature, lagu moderate yang
rasanya kurang menyengat dan kurang auranya. Shaqmetal tidak tahu ini mungkin
strategi JUMP P untuk menarik ppendengar bukan Melayu untuk menikmati muzik
mereka. Namun bunyi lagu tersebut agak stereotype dan klise ditambah lagi dengan
sebutan lidah Melayu orang Malaysia (itu bukanlah menjadi persoalan di sini). Begitu
juga dengan lontaran suara yang kurang menarik bagi mode serta tone lagu
tersebut. Secara jujurnya bagi pandangan peribadi shaqmetal tanpa lagu
tersebutpun album Wujud JUMP P tetap menarik dan merasa puas memilikinya. Beralih
pada lagu garisan terakhir dalam album tersebut, Garisan terakhir, bunyinya
kembali menjadi stereotype dan yang ada kelainan sikit ialah adunan keyboardnya
serta bunyi dan elemen-elemen oriental metal turut dimasukkan. Elemen oriental
metal agak jelas di permulaan(dalam intro) dan sedikit di tonjolkan lagi pada
pertengah ketika ‘music bridge’. Bagi shaqmetal andai secara keseluruhan lagu
tersebut dimasukkan sepenuhnya elemen-elemen oriental metal akan menjadikan
lagu tersebut lebih menyerlah. Namun cubaan itu sesuatu yang agak menarik untuk
diikuti dan diteruskan. Lagu garisan terahir juga boleh layan namun tidak cukup
jelas bunyi yang unik diketengah melainkan di awal dan dipertengahannya. Itu
pada pandangan peribadi shaqmetal, bukan untuk mengutuk atau pandai-pandai
hendak komen. Kalau kita dengar pada vokal Oney dengan stail, mode atau
alunan muzik yang mereka bawakan, vokal
Oney bunyi cukup serasi untuk lagu Wujud, Moga sempurna, Mitos saka, Naskah
terakhir, Marobbuka dan lagu balada
Naskah terakhir. Bagi anda yang belum
menikmati lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Wujud JUMP P rasanya anda harus
memiliki album tersebut, lantaran untuk mendengar atau menikmati lagu-lagu yang
berbunyi sedemikian dalam arena muzik tempatan kita ketika ini adalah sukar. Apa
yang dihasilkan oleh JUMP P adalah sesuatu yang cukup membanggakan. Dan kalau
kita bercerita atau membandingkan hasil
kerja JUMP P dengan band –band di sebelah Eropah yang cukup terkenal dengan sub
genre sedemikian adalah tidak adil. Namun kalau kita bandingkan betul-betul
dengan beberapa buah band power metal yang sudah gah berdiri dipersada
antarabangsa tidak jauh bezanya atau boleh kita katakan setara. Cuba kita
dengankan album band Magica, Fairyland atau band-band power metal atau band power
symphonic metal yang ada. Bunyinya lebih kurang sama, dan kalau masih kurang
percaya cubalah bandingkan dengan band seperti Aquaria, Catharsis, Blind
Guardian, Darksun, Dignity, Dreamaker, Dreamtale, Divinefire, Domine dan banyak
lagi. Memang bunyi yang dihasilkan oleh JUMP P kurang sedikit breratnya namun
pasa shaqmetal ia adalah bersesuaian dengan stail dan kehendak pendengar kita
di Malaysia. Haaa.... banyak lagi yang dapat dicatatkan di sini tapi makin
banyak nanti makin tersasar pulak ke sasran lain maka cukuplah sekadar untuk
kita kongsi bersama buah minda dan pandanga peribadi shaqmetal. Ingat itu sekadar
pandangan, idfea / buah minda peribadi bloggers seperti saya, shaqmetal untuk
berkongsi pandangan, idea dan info atau cerita dalm ruangan ini. Salam rock dan
metal untuk semua... Rock dan metal jalan terusss.