Mungkin peminat Rock Selamba masih ingat dengan beberapa siri Mini GIG Rock Selamba yang pernah diadakan disekitar Kuala Lumpur tahun lepas(2009). Itu merupakan langkah pertama Rock Selamba mengorak langkah untuk bertemu dengan peminat/pendengar setianya disekitar Lembah Klang khasnya di Kuala Lumpur. untuk agenda seterusnya Rock Selamba bakal tampil lebih gah lagi dengan jenama yang lebih santai iaitu Jelajah Rock Selamba yang dijangkakan akan diadakan di Kuala Selangor pada 5 dan 6 Jun ini nanti. beberapa nama besar dalam industri rock dan metal tempatan akan diketengahkan antaranya Mus MAY, Jinbara, Ali Terarossa, Khalifah, Aisunam dan Elyana. Jelajah yang julung kalinya diadakan itu di Kuala Selangor bakal dibahagikan kepada 2 segmen iaitu malam pertama 5 Jun 2010 dan malam kedua 6 Jun 2010. selain artis-artis tersebut shaqmetal difahamkan juga yang band-band dari rentak Juara juga akan ditampilkan sewaktu siri jelajah tersebut. Menurut penerbit Jelajah Rock Selamba, pihaknya masih merencanakan sekurang-kurangnya 2 band dari Rentak Juara akan ditampilkan namun ianya masih dalam perancangan awal. apapun ini merupakan berita yang cukup baik buat peminat rock dan metal tempatan khasnya pengikut setia Rock Selamba. Nantikan kesudahannya yang akan mengegarkan lokasi anda. Horns up bro metalers n rockers semua.
Sitra Ahra merupakan album terbaharu band symphonic metal, Therion yang dalam jangkaan akan diriliskan Jun 2010, namuntelah ditukar ke tarikh lain dalam bulan September 2010 ini (artikel dikemaskini dalam bulan Julai 2010). Sitra Ahra merupakan hasil terkini Therion selepas Gothic Kabbalah dalam tahun 2007. Album yang mengambil masa lebih 2 tahun perancangannya ini telah dimaklumkan judulnya pada Februari 2010. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah seperti berikut; 1. "Introduction/Sitra Ahra" 2. "Kings of Edom" 3. "Unguentum Sabbati" 4. "Land of Canaan" 5. "Hellequin" 6. "2012" 7. "Cú Chulainn" 8. "Kali Yuga Part 3" 9. "The Shells Are Open" 10. "Din" 11. "Children of the Stone: After the Inquisition"
Antara anggota terkini Therion dan yang menjayakan album tersebut ialah; Christofer Johnsson – guitar Christian Vidal - guitar Nalle "Grizzly" Påhlsson - bass guitar Johan Koleberg - drums Snowy Shaw - vocals Thomas Vikström - vocals Lori Lewis - vocals
Manakala kerja seni untuk kulit/cover album ini dihasilkan oleh Thomas Ewerhard
Album tersebut yang diadun/mix oleh Lennart Ostlund dan mastering untuk Sitra Ahra dibuat di New York. Dalam komen Lennart Ostlund tentang pembikinan album tersebut menyatakan “Apa yang anda lakukan sebenarnya terlalu unik dan itu adalah sesuatu yang hebat dario seseorang yang pernah berkerjasama dengan ABBA, Led Zeppelin dan ramai lagi….”
Kerion band symphonic metal berasal dari Nice, Peranchis ini telah mengeluarkan album baharu mereka yang diberi judul The Origins. Sebelum ini Kerion pernah menerbitkan beberapa buah album antaranya Conspiracy of Darkness (2003/Demo), The Last Sunset (2005) dan Holy Creatures Quest (2008) Album terbaharu Kerion ini memuatkan 11 buah lagu antaranya ; 01. Prelude (1'25) 02. Time Of Fantasy (4'10) 03. Black Fate (5'06) 04. We Will Go (4'57) 05. The Abyss (8'22) 06. Angels Of The Last Hope (6'39) 07. Dark Isle (4'10) 08. Face The Beast (8'29) 09. Ghosts Of Memories (3'19) 10. Resurrection (6'25) 11. Requiem Of The Black Rose (8'47)
Asal penubuhan Kerion dalam tahun 1997, dikenali dengan nama KIRLIAN dan memainkan muzik instrumental progressive metal. Kemudian vokalis wanita, Flora menyertai KERION dan mereka terus bergerak kearah symphonic metal. Sebelum menerbitkan album studio penuh mereka telah meriliskan 2 demo yang berkonsepkan ceritera A Heroic Fantasy oleh Chris Barberi. Kerion dianggotai oleh ; Remi – Guitar Sylvain - Guitar Flora - Vokal Stef - Bass Antoine - Drum
Apocalyptica yang dianggotai oleh Eicca Toppinen – cello, Paavo Lötjönen – cello, Perttu Kivilaakso – cello dan Mikko Sirén – drums telah mengeluarkan 8 album studio penuh iaiatu Plays Metallica by Four Cellos (1996), Inquisition Symphony (1998), Cult (2000), Best of Apocalyptica (2002, Japan only), Reflections (2003), Apocalyptica (2005), Amplified / A Decade of Reinventing the Cello (2006) dan Worlds Collide (2007). Setelah menyepi lebih 2 tahun selain sibuk dengan persembahan untuk konsert dan tour 2010 Apocalyptica bakal tampil dengan buah tangan terbaharu mereka. Album yang diberi judul 7th Symphony itu dijangkakan akan dirilis pada 23 Ogos 2010. Namun senarai lagu yang bakal dimuatkan ke dalam album tersbut tidak dinyatakan kepada umum setakat ini. Walauapapun pasti Apocalyptica bakal mempersembahkan sesuatu yang lebih menyengat untuk album 2010 ini – 7th Symphony.
Video ini bukan dipetik dari album terbaharu Apocalyptica sekadar untuk hiburan sahaja.
Album terbaharu Annihilator telahpun diriliskan di Eropah pada 17 Mei 2010. Album, studio ke 13 Annihilator itu diberi judul Annihilator. Untuk album Annihilator 2010 ini bunyi yang dihasilkan oleh Annihilator agak groovy dengan lakuran thrash metal. Menjadikan bunyi yang dihasilkan untuk album Annihilator menarik untuk dinikmati.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah ; 1. "The Trend" - 6:56 2. "Coward" - 4:19 3. "Ambush" - 3:17 4. "Betrayed" - 4:30 5. "25 Seconds" - 4:45 6. "Nowhere To Go" - 5:02 7. "The Other Side" - 4:14 8. "Death In Your Eyes" - 5:53 9. "Payback" - 4:43 10. "Romeo Delight" Van Halen cover - 4:16 Antara individu yang terlibat secara langsung dalam penerbitan album tersebut ialah Jeff Waters - gitar, bass, Dave Padden - vokal, guitar, Ryan Ahoff – drum dan diterbitkan oleh Jeff Waters sendiri.
Hahhhh beberapa hari sibuk memanjang dan tak berkesempatan nak layan metal terutamanya jalur muzik yang tetap menjadi santapan nombor 1 shaqmetal symphonic metal, power metal, viking metal, folk metal, folk-viking metal, avant-garde, cello dan suku sakat yang sesaudara dengannya… lantas bila terjumpa selera lama yang telah jarang dinikmati terasa ingin pula nak cuba merasa semula mmmm memang ianya tetap begitu sedap, enak dan layan. Hehehehe bukan apa lama tak dengar Annihilator terasa macam wahhh sedapnya apa yang dipersembahkan oleh Annihilator band metal dari Canada yang membawa genre muzik thrash metal yang merangkumkan elemen-elemen thrash metal, progressive metal, speed metal, heavy metal, groove metal lalu menjadikan bunyi Annihilator sesuatu yang unik dan sedap di dengar. Tak percaya cuba dengar lagu-lage mereka dari album pertama hinggalah album terbaharu mereka. Berikut adalah senarai album Annihilator untuk kita kongsi bersama; 1. Alice in Hell (1989) 2. Never, Neverland (1990) 3. Set the World on Fire (1993) 4. King of the Kill (1994) 5. Refresh the Demon (1996) 6. Remains (1997) 7. Criteria for a Black Widow (1999) 8. Carnival Diablos (2001) 9. Waking the Fury (2002) 10. All for You (2004) 11. Schizo Deluxe (2005) 12. Metal (2007) 13. Annihilator (2010) Itu album studio mereka dan untuk demo, ep, single, live dan kompilasi dan video pula berikut adalah senarainya; Album live 1. In Command (Live 1989–1990) (1996) 2. Double Live Annihilation (2003) EP 1. The One (2004) Single 1. "Stonewall" (1991) 2. "Never, Neverland" (1991) 3. "Phoenix Rising" (1993) 4. "Set the World on Fire" (1993) Demos 1. Welcome to Your Death (1985) 2. Phantasmagoria (1986) 3. Alison Hell (1988) Album Kompilasi 1. Bag of Tricks (1994) 2. The Best of Annihilator (2004) Video albums 1. Ten Years in Hell (2006) 2. Live at Masters of Rock (2009)
Sejarah dan cerita Annihilator agak ringkas dan menarik namun bukan itu yang menjadi bahan bicara dalam ruangan ini, apa yang nak diketengahkan ialah secara keselruhan Annihilator untuk kita kenali secara amnya Annihilator. Annihilator ditubuhkan dalam tahun 1984 oleh satu-satunya anggota tetap dan ketua band Annihilator yang juga merangkap vokalis, pemain gitar bass dan gitaris Annihilator iaitu Jeff Waters. Untuk makluman dan kita kongsi berasama info mengenai Annihilator berikut adalah antara mereka yang menghidupkan Annihilator;
Ahli tetap dan terkini Jeff Waters – guitar, vocals, bass (1984–sekarang) Dave Padden – vocals, guitar (2003–sekarang)
Session Dave Sheldon – live bass Ryan Ahoff – live drums
Ahli Terdahulu Vokal John Bates – (1984–1985) Dennis Dubeau – (1987–1989) Randy Rampage – (1989, 1999–2000) Coburn Pharr – (1990–1991, 1992) Aaron Randall – (1992–1994) Joe Comeau – (2000–2003) Bass Dave Scott – (1984–1985) Wayne Darley – (1989–1993) Dave Davis – (1993), [guitar (1990–1991, 1993–1996, 1999-2001)] Cam Dixon – (1994–1995) Lou Budjoso – (1996) Russell Bergquist – (1999–2003, 2005–2007) Sandor de Bretan – (2004–2005) Drums Paul Malek – (1984–1985, 1986) Richard Death – (1985) Ray Hartmann – (1987–1992, 1999–2001) Mike Mangini – (1993, 2004–2005, 2007) Randy Black – (1993–1996, 2002–2003) Dave Machander – (1996) Rob Falzano – (2004–2005, 2005–2007) Tony Chappelle – (2005) Alex Landenburg (2007-2008) Guitar Anthony Greenham – (1989) Neil Goldberg – (1992–1993) Curran Murphy – (2002–2005) Dave Davis - (1989-1991, 1993-2001)
Blind Guardian sebuah band metal dari Jerman yang telah ditubuhkan pada pertengahan 1980an. Band yang berasal dari Krefeld, Jermany ini lmembawa muzik power metal untuk diketengahkan. Meskipun demikian pengaruh speed metal juga jelas dalam bunyi muzik bawaan mereka. Walaubagaimanapun Blind Guardian merupakan antara band power metal yang sudah dikenali ramai khasnya peminat muzik power metal dan metal amnya. Itu bukanlah perkara sebenarnya yang nak shaqmetal kongsikan menerusi ruang ini tetapi tentang lagu dan muzik Blind Guardian. Semua sudah sedia maklum yang album terakhir Blind Guardian sudah menemui peminatnya dalam tahun 2006, album A Twist In The Mist. Dan perkhabaran terbaharu dari Blind Guardian ialah buah tangan terbaharu mereka yang mana mereka bakal hadir dengan single terbaharu mereka yang diberi judul 'A Voice In The Dark'. Single yang memuatkan 3 buah lagu itu dijangka akan dirilis pada 25 Jun 2010 di Jerman.Antara lagu yang dimuatkan dalam single tersebut ialah ; 1. A Voice In The Dark 2. You're the Voice 3. War Of Thrones
Selain itu Blind Guardian juga telah merakamkan lagu tema untuk Scared 2 Fallen Angel bagi permainan video RPG. Sebelum ini mereka juga pernah terlibat dalam pembikinan soundtrack fantasy movie - In The Name Of The King : A Dungeon Siege Tale dalam tahun 2006.
Dalam bulan Oktober tahun lalu (2009, Hansi mengeluarkan kenyataan menerusi laman sesawang mereka yang album terbaharu mereka itu berjudul A Storm to Come or Punishment Coming yang akan memuatkan 11 buah lagu. Antara lagu yang bakal dimuatkan dalam album tersebut ialah ; 1. Wheel of Time 2. Valkyries 3. A Voice in the Dark 4. Cry for Tanelorn (Into the Void) 5. Curse my Name 6. The Road of No Release (Pale Reign of Misery) 7. War of the Thrones 8. Control the Divine 9. Sacred 10. Ride Into Obsession 11. You're The Voice
Dawn Of Destiny merupakan band power metal yang berasal dari Bochum, Jerman yang mengadunkan elemen thrash, gothic dan death metal dalam bunyi muzik bawaan mereka. Band yang ditubuhkan dalam tahun 2005 dianggotai oleh Tanja Maul, Veith Offenbächer, Jens Faber, Dirk Raczkiewicz dan Patrick Klose.
Ahli band Terkini Tanja Maul: vocals (2005 − sekarang) Veith Offenbächer: gitar (2005 − sekarang) Jens Faber: bass (2005 −sekarang) Patrick Klose: drum (2009 −sekarang) Dirk Raczkiewicz: keyboard (2005 − sekarang)
Terdahulu Ansgar Ludwig: drum (2005 – 2009)
Discography Studio albums 1. ...Begins (2007) 2. Rebellion In Heaven (2008) 3. Human Fragility (2009)
Worlds Colide merupakan album studio keenam band Celo metal/rock / symphonic metal yang berasal dari Finland. Album tersebut yang diriliskan pada 14 September 2007 menampilkan pemuzik/artis undangan yang istimewa seperti Till Lindemann, Corey Taylor, Adam Gontier, Dave Lombardo, Tomoyasu Hotei, dan Cristina Scabbia. Album yang diterbitkan oleh Jacob Hellner dan Howard Benson(untuk trak 8 sahaja) memuatkan 11 buah lagu. Untuk Edisi Khas album ini memasukan 3 lagu bonus, 2 lagu iTunes bonus dan DVD khas Apocalyptica. Antara pencapaian lagu-lagu dalam album tersebut adalah seperti berikut - Austrian Albums Chart no. 13, Finnish Albums Chart no. 8, Media Control Chart no. 10, Japanese Albums Chart no. 118, Swiss Music Chart no. 10, U.S. Billboard 200 no. 59, U.S. Billboard Top Independent Albums no. 7 dan U.S. Billboard Top Rock Albums no. 7. Apocalyptica akan mengeluarkan album terbaharu 2010 mereka pada musim panas ini, album tersebut akan diberi judul 7th Symphony. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Worlds Colide ; 1. "Worlds Collide" – 4:28 2. "Grace" (Mikko Sirén, Tomoyasu Hotei) – 4:09 features Tomoyasu Hotei untuk guitar 3. "I'm Not Jesus" (Apocalyptica, Geno Lenardo, Johnny Andrews) – 3:34 features Corey Taylor untuk vokal 4. "Ion" – 3:46 5. "Helden" (David Bowie, Brian Eno) – 4:18 features Till Lindemann untuk vokal 6. "Stroke" – 4:32 7. "Last Hope" (Mikko Sirén, Eicca Toppinen) – 4:47 features Dave Lombardo untuk drum 8. "I Don't Care" (Max Martin, Eicca Toppinen, Adam Gontier) – 3:57 features Adam Gontier untukn vocal utama 9. "Burn" – 4:16 10. "S.O.S. (Anything But Love)" (Eicca Toppinen, Johnny Andrews) – 4:19 features Cristina Scabbia untuk vokal 11. "Peace" – 5:49
Edisi Khas Lagu bonus 12. "Ural" – 5:41 13. "Lies" (Perttu Kivilaakso)- 3:43 [untuk rilis di Jepun sahaja] 14. "Dreamer" (Paavo Lötjönen) – 3:36
DVD 1. "I'm Not Jesus" (Video) 2. "I'm Not Jesus" (Making of) 3. Temubual 4. Temubual di Japan [untuk rilis di Jepun sahaja] 5. "Master of Puppets" (live) [untuk rilis di Jepun sahaja] 6. "Betrayal" (live) [untuk rilis di Jepun sahaja] 7. Galeri gambar
Siri kedua Konsert Karnival Jom Ke Felda / Jelajah MUZIKfm telah berlangsung di Felda Palong 6, Gemas, Negeri Sembilan. Siri Jelajah MUZIKfm dan juga Konsert yang diadakan itu telah memberi ruang dan peluang kepada warga felda untuk bersemuka secara langsung dengan artis dan band yang terlibat dalam konsert tersebut. Meskipun padang becak(malam pertama... keadaan yang teruk) namun semangat untuk menjayakan Konsert tersebut berkobar-kobar baik dikalangan band yang akan membuat persembahan begitu juga dengan penonton yang setia menanti di padang yang becak. malam pertama konsert menampilkan band Kropoh, Ali Terrarosa dan XPDC manakala malam kedua pula menampilkan band Butterfly, Kristal dan penampilan istimewa Ali Terrarosa. Kehangatan konsert tersebut sempat shaqmetal rakamkan untuk kenangan dan dikongsi bersama. Antara penonton yang setia menyaksikan konsert... terima kasih warga Palong. Kropoh... opening scene yang cukup gempak dari band Kropoh. Kropoh... persembahan mereka tidak dapat dinafikan kehebatannya... Gandingan Ali Terrarosa dan kropoh nampak menjadi malam itu... NamaXPDC sudah cukup besar dalam arena rock dan metal tempatan, sebut saja XPDC sudah pasti ramai yang nak tonton apatah lagi bila konsert percuma... Antara band metal terbaik tempatan... Kristal tampil dengan penuh bergaya.. rock on... Kristal tetap gah dengan persembahan dan lagu-lagu yang mantap..