Khamis, 20 Mei 2010

Sitra Ahra - Album Terbaharu Therion



Sitra Ahra merupakan album terbaharu band symphonic metal, Therion yang dalam jangkaan akan diriliskan Jun 2010, namuntelah ditukar ke tarikh lain dalam bulan September 2010 ini (artikel dikemaskini dalam bulan Julai 2010). Sitra Ahra merupakan hasil terkini Therion selepas Gothic Kabbalah dalam tahun 2007. Album yang mengambil masa lebih 2 tahun perancangannya ini telah dimaklumkan judulnya pada Februari 2010. Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah seperti berikut;
1. "Introduction/Sitra Ahra"
2. "Kings of Edom"
3. "Unguentum Sabbati"
4. "Land of Canaan"
5. "Hellequin"
6. "2012"
7. "Cú Chulainn"
8. "Kali Yuga Part 3"
9. "The Shells Are Open"
10. "Din"
11. "Children of the Stone: After the Inquisition"


Antara anggota terkini Therion dan yang menjayakan album tersebut ialah;
Christofer Johnsson – guitar
Christian Vidal - guitar
Nalle "Grizzly" Påhlsson - bass guitar
Johan Koleberg - drums
Snowy Shaw - vocals
Thomas Vikström - vocals
Lori Lewis - vocals

Manakala kerja seni untuk kulit/cover album ini dihasilkan oleh Thomas Ewerhard

Album tersebut yang diadun/mix oleh Lennart Ostlund dan mastering untuk Sitra Ahra dibuat di New York. Dalam komen Lennart Ostlund tentang pembikinan album tersebut menyatakan “Apa yang anda lakukan sebenarnya terlalu unik dan itu adalah sesuatu yang hebat dario seseorang yang pernah berkerjasama dengan ABBA, Led Zeppelin dan ramai lagi….”

Tiada ulasan: