Post ini shaqmetal khaskan buat peminat band / kumpulan rock era 80an dan awal 90an , yakni zaman kegemilangan rock tempatan. Info yang diketengahkan ini sekadar untuk mengingatkan kita bahawa band-band ini pernah ujud dan mewarnai kanvas muzik rock tempatan suatu ketika dahulu tidak kira band atau kumpulan tersebut masih aktif atau tidak. shaqmetal cuba carikan maklumat untuk kita kongsi bersama di sini. Meskipun demikian band-band rock metal yang ada semasapun akan cuba shaqmetal catatkan di sini. Rock terus rock... namun sebagai permulaan shaqmetal bermula dengan band-band zaman rock kangkang dulu dan insyaAllah kita akan telusuri kesemuanya nanti.
Update 10 Februari 2012
Band : Arena
Sub genre : Rock
Ditubuhkan : 1990an
Band atau kumpulan Arena merupakan
antara nama band yang memeriahkan industry muzik rock diera kebangkitan muzik
rock tempatan. Kurang pasti akan masa dan bila band ini ditubuhkan namun pada
tahun 1991 band ini telah melahirkan satu-satunya album sepanjang penglibatan
mereka yang diketahui. Begitu juga dengan pengakhiran band ini yang tidak
diketahui bila terbubarnya band Arena. Yang pasti band Arena antara band yang
pernah mencipta nama seketika dalam persada muzik rock tempatan yang waktu itu
banyak bersandarkan kepada lagu-lagu rock balada atau rock ‘cintan.
Anggota
Arena
Rizam – vokal
Boy (pernah menyertai band Real X dan
Melissa) – gitar
Megat – gitar
Zam – Bass
Mie – drum
Album
Studio
Selamat Tinggal Cinta (1991)
Band :
Analisa
Sub genre : Rock
Ditubuhkan : 1989
Band atau lebih biasa bagi masyarakat
kita kumpulan Analisa merupakan band rock yang terlahir ketika era kegemilangan
rock tanahair. Analisa dianggotai oleh 4 orang anak muda yang bersemangat untuk
sama-sama memeriahkan muzik rock dan mencari popularity ketika itu. Namun
Analisa Cuma mampu bertahan 3 tahun sahaja. Analisa dibubarkan pada 1991 bila
Azmeer (Amir) menubuhkan band/kumpulan baharu iaitu U’kays. Sepanjang 3 tahun
terlibat dalam industry muzik tempatan Analisa sempat menghasilkan sebuah album
sahaja.
Anggota
Analisa
Azmeer (sekarang dikenali dengan nama Amir
UK’s) – vokal
Bigo – gitar
Lufi – bass
Isham - drum
Album
Studio
Palestine (1991)
Band : Aces
Sub
genre :
Rock
Ditubuh : 1988
Band /
Kumpulan rock yang ditubuhkan oleh 4 orang anak muda dalam tahun 1988 pernah
menyertai Juara Kumpulan Muzik Tenggara ’88 dalam tahun 1988. Penyertaan mereka
dalam Juara Kumpulan Muzik Tenggara ’88 telah menonjolkan indentiti dan bakat
Aces. Bertitik tolak dari situ mereka terus mengorak langkah bagi menyemarakkan
lagi arena muzik rock tempatan, bagai cendewan tumbuh slepas hujan. Selepas itu
Aces telah hadir dengan buah tangan pertama mereka dalam tahun 1989, album
sulung mereka yang diberi judul Hidup. Setelah ahdir dengan album pertama
mereka mendiamkan diri sehinggalah tahun 1992 apabila mereka tampil dengan
album kompilasi yang membabitkan juga band/kumpulan Dinamik, Olan, Victim dan
Justice.
Anggota band
Aces
Nai (Nairul
Abdul Rahim) – vokalis
Sam (Samad
Ashgar) – gitar utama
Amir (Amirul
Shah) – bass
Mikail -
drum
Album
Hidup (Album
studio penuh) (1989)
Metal Rock –
Perjuangan ’92 (Album kompilasi) (1992)
Band :
A.C.A.B
Sub
genre :
Oi / Indie
Ditubuhkan : 1994
Band /
Kumpulan A.C.A.B telah ditubuhkan dalam tahun 1994 di Kuala Lumpur oleh Magskin
dan Eddie. Nama A.C.A.B bertahun
sehingga 2003 dan mereka telah menukar nama A.C.A.B kepada The A.C.A.B mulai
tahun tersebut seiringan dengan bertukarnya genre muzik yang mereka bawa. Dari
awal penubuhannya sehingga 2003 A.C.A.B membawa muzik Oi dan antara band Oi
yang dikenali di Malaysia, namun penghijrahan dari muzik Oi ke sub genre rock
indie juga menjadikan nama mereka The A.C.A.B pada tahun 2003. Diawal
kemunculan A.C.A.B mereka hadir berlima tetapi bila merubah corak muzik menjadi
rock indie, The A.C.A.B cuma tinggal berempat sahaja.
Anggota band
A.C.A.B / The A.C.A.B
Era A.C.A.B
Magskin
(Megat hafiz)
Eddie (Edy
J. Herwan)
Hardy Sham
Anas
Black
Era The
A.C.A.B
Max Hafiz (Magskin)
(Megat hafiz) – vokal / gitar
Edy J.
Herwan – gitar
Mono – bass
Irfan - drum
Demo / LP /
EP
A.C.A.B
(1995)
Eastern Oi
(1999)
Unite and Fight
(1996)
Album
Kompilasi
Tribute To
Rusty Blade (lagu Rintangan hidup dunia) (1999)
The
Underground Tribute To sweet Charity (Lagu Musibah) (2001)
Unite And
Fight & A.C.A.B (1998)
Oi ! Pride,
Struggle To Survive (2001)
Punk / Oi Malaysian
Ways (2001)
Day Of Being
Wild 1995 - 1999(2001)
No. 1 (2002)
Forever
Skinhead 1995 – 2003 (2004)
Video
Oi! Oi! The
Fest’ 2002 (2002)
Live and Loud
2 (2003)
Single
We are the
skin (1998)
Streets of
uptown (2001)
Album Studio
Skinhead 4
Life (2001)
This is The
A.C.A.B (2006)
Band :
Ababil
Sub
genre :
Rock
Ditubuh : 1989
Band /
Kumpulan Ababil merupakan antara band/kumpulan yang lahir semasa era
kebangkitan muzik rock di Malaysia (era 80an).
Band Ababil telah ditubuhkan pada tahun 1989 yang pada asalnya diberi
nama History namun telah menukar nama kepada Ababil ketika menjengah arus
perdana muzik ketika itu. Ketika sama-sama menghangatkan industry muzik/hiburan
tanahair khasnya rock waktu itu Ababil cuma sempat melahirkan sebuah album yang
juga diberi nama Ababil. Selepas itu nama Ababil menghilang begitu sahaja tanpa
dapat dikesan hingga ke saat ini. Tidak dapat dipastikan apakah Ababil masih
ujud dan aktif lagi dalam industri muzik tanahair.
Anggota band
Ababil
Ajid –
vokalis (pernah menganggotai band GET)
Rosli –
gitar
Sham – bass
Akak Dann –
drum
Album Studio
Ababil (1989)