Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 25 Ogos 2011

Rusty Blade

Apa cerita terbaharu Rusty Blade...



Rusty Blade satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di persada muzik rock dan metal tempatan. Band heavy metal yang berasal dari Singapura ini telah ditubuhkan pada tahun 1979 yang asalnya dianggotai oleh Zan - drum, Khalid Mubin - guitar, Razak - bass, Ghani - vokal dan Said –guitar. Selepas Ghani meninggalkan Rusty Blade tempatnya digantikan oleh Yantzen, begitu juga dengan Said, tempat Said pula disi oleh Mamat. Selepas mereka mengeggarkan dunia metal tempatan ketika budaya rock dan metal melanda suatu ketika dahulu kini barisan gah Rusty Blade Zan, Khalid, Yantzen dan Mad Nor Hendrix membawa haluan masing-masing. Namun begitu mereka tidak terus menyepikan diri sebenarnya setiap seorang dari mereka masih lagi aktif dengan dunia muzik, rock dan metal. Yang terbaharu sebuah stesen radio iaitu MUZIKfm telah menjemput Royce Sa’ayan dan Maha band yang antaranya dianggotai Khalid Mubin dan Mad Nor Hendrix untuk turut serta dalam rakaman rancangan Hari Raya Aidilfitri stesen tersebut iaitu Rockustika Raya Rock Selamba MUZIKfm.
Apa yang nak dikongsikan bersama dengan semua rockers dan metalers tempatan ialah cerita terkini Rusty Blade meskipun tidak segempak mana namun itu adalah petanda awal untuk kembalinya Rusty Blade ke dunia metal tempatan. Selain pernah membuat konsert sebelum ini namun penampilan Khalid Mubin dan Mat Nor Hendrix baru-baru ini telah membawa satu berita gembira buat peminat Rusty Blade yakni dari cerita dan sembang-sembang dengan Khalid Mubin walau dalam masa yang amat singkat dapat difahami yang mereka – Rusty Blade bercadang untuk membuat ‘come back’ dan bergabung semula. Tapi untuk tujuan rakaman album atau konsert atau apa-apa itu masih lagi kurang jelas. Namun dari mulut Khalid Mubin sendiri yang bersembang dengan Khalid Mudin ada menyuarakan hasrat itu. Apapun kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi dan yang bakal dihidangkan oleh Rusty Blade buat kita.

Tiada ulasan: