Logo Design by FlamingText.com

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jani Lane Meninggal Dunia

Jani Lane bekas vokalis Warrant meninggal dunia...



11 Ogos 2011 - Satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia metal antarabangsa dikejutkan dengan berita kematian Jani Lane, bekas vokalis utama band Warrant yang popular dalam tahun 1980an terkenal dengan lagu seperti ‘Cherry Pie’ dan ‘Heaven’. Jani Lane yang usia 47 tahun dijumpai mati di Comfort Inn Hotel, Woodland Hills pada malam Khamis 11 Ogos 2011.
Dengan rambut perang panjang mengurai dan seluar kulit ketat menjengah era rock metal 1980an dengan gelaran ‘hair metal’ rock band. Selepas menyertai Wrrant dalam tahun 1984, nama band Warrant melonjak dan seterusnya menandatangani kontrak dengan Columbia Records.
Jani Lane atau nama sebenarnya John Kennedy Oswald dilahirkan pada 1 February 1964 di Akron, Ohio, Amerika Syarikat. Lane merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik.
Lane pernah menganggotai beberapa band seperti Cyren yang ketika bersama band itu dia bermain drum. Dari Ohio Lane berhijrah ke Florida dalam tahun 1983 dan menyertai band Dorian Gray dengan posisi yang sama sebagai pemain drum. Kemudian dia dengan Steven (Chamberlin) Sweet mengasaskan pula band Plain Jane. Itu merupakan detik Lane menggunakan nama Jani Lane. Lane mula belajar vocal ketika bermain drum dengan band Dorian Gray dengan guru/jurulatih vocal di Central Florida iaitu Ron Feldman.
Ketika bersama Warrant Lane mencipta beberapa buah lagu hits yang tersenarai dalam Top 40, seperti lagu "Heaven," "Down Boys", "Sometimes She Cries", "Cherry Pie," "I Saw Red," dan "Uncle Tom's Cabin".
Lane meninggalkan band Warrant dalam tahun 1994 dan kembali semula ke pangkuan Warrant dalam bulan September 1994. Dalam tahun 2004 sekali lagi Lane meninggalkan Warrant kerana tidak setuju dengan beberapa perkara tentang band itu. 2008 sekali lagi Lane pulang kembali bersama Warrant atas jemputan agen band The William Morris Agency bagi sesi fotografi dan itu merupakan pertama kali ahli band asal Warrant bersatu semula seperti di awal penubuhan mereka dalam tahun 1992. September 2008 Warrant dan Lane sekali lagi berjalan secara berasingan sekali lagi. Lane meneruskan kariernya dengan cara sendiri dan cuba untuk tampil secara solo.
Kerja solo pertama Lane telah dirilis berjudul Back Down To One dalam tahun 2003 di Eropah. Lane juga ada material yang tidak pernah diriliskan iaitu projek Jabberwocky. Selain itu Lane juga telah tampil suksess dengan VH1 Metal Mania Stripped yang memmuatkan lagu seperti Cherry Pie dan I Saw Red dalam versi akustik. Selain itu Lane juga pernah terlibat dalam bidang lakonan seperti dalam filem Caged Fear, tahun 1990, dan 1991 utnuk filem High Strung.
Dalam kehidupan peribadi Lane menyatakan kedua ibubapanya sebagai ‘go to people’ dan menyatakan ibunya adalah "his most trusted source of advice" dan ayahnya yang boleh berbahasa pelbagai bahasa sebagai "significant impact on my creative and spiritually, 'free thinking' side."
Sewaktu pengambaran video klip single ‘Cherry Pie’ Lane bertemu dengan model Bobbie Brown dalam tahun 1991 dan berkahwin dengan Bobbie Januari 1992. Bersama Bobbie, Jane dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tayler Jayne Lane. Mereka bercerai dalam tahun 1994 dan Jane berkahwin semula dengan isteri keduanya, Rowanne Brewer dalam tahun 1996 dan dikurniakan anak perempuan lagi yang diberi nama Madison Mechelle Lane. Kemudian dia bercerai dengan Rowanne. Jane berkahwin untuk kali ketiga dengan Kimberly Nash pada 3 Mac 2010 sehinggalah keakhirnya hayatnya 11 Ogos 2011.
Lane sempat merakamkan beberapa buah album dan hasil kerja lain antaranya;
Bersama Warrant
1989 Dirty Rotten Filthy Stinking Rich
1990 Cherry Pie
1992 Dog Eat Dog
1995 Ultraphobic
1996 Belly to Belly
1997 Warrant Live 86-97
1999 Greatest & Latest (versi baharu)
2001 Under the Influence

Solo
2002 Back Down to One

Dengan Saints of the Underground
2008 Love the Sin, Hate the Sinner

Kerja-Kerja Lain
2000 Leppardmania- A tribute to Def Leppard: "Photograph"
2005 Hell Bent Forever - A tribute to Judas Priest: "Electric Eye"
2007 Monster Ballads Xmas : "Have Yourself a Merry Little Christmas"
2008 Led Box - The Ultimate Led Zeppelin Tribute: "The Ocean"
2010 Siam Shade Tribute: "1/3 no Junjou na Kanjou"

Single
As Jani Lane
1991 Voices That Care (Various) U.S.

Video Muzik
1991 Voices That Care

Tiada ulasan: