Logo Design by FlamingText.com

Khamis, 25 Ogos 2011

Knightmare...



Knightmare antara nama band yang agak baharu berasal dari Australia. Mereka telah tampil dengan EP pertama mereka yang diberi judul Unholy. Bila mendengar lagu dari EP tersebut terasa aura power metal itu meresap dengan melodi yang berat dan melodic serta karekter muziknya yang berat dan bermelodi. EP Unholy yang telah diterbitkan dalam tahun 2008 itu tampil sebagai salam perkenalan Knightmare buat peminat muzik rock dan metal global.
Knightmare ditubuhkan oleh Mick dan Luke dalam tahun 2005. Kalau didengar dari apa yang telah dihasilkan oleh Knightmare mereka sedikit menyiumpang dari peraturan Melodic metal dan juga tidak menjurus kepada bunyi tradisional power metal, mereka mengutara bunyi yang lebih vigor dan ada semangat serta elemen heavy metal serta thrash pada muzik taruhan mereka. Secara amnya jalur muzik yang mereka bawa masih pada asas power metal meskipun terdapat sedikit bunyi fushion atau progressive namun aura power metal mereka cukup jelas. Apapun lagu yang mereka telah muatkan dalam EP tersebut semuanya ‘catchy’ untuk dihayati. Antara lagu yang dimuatkan dalam EP tersebut ialah Exterminator, Sonic Fury, Unholy, The Conan Saga dan Blood Of The Gods. Dalam waktu terdekat mereka akan menerbitkan album terbaharu yang bakal diberi judul In Deaths Shadow. Knightmare dianggotai oleh Mickowar - vokal, Luke Besley – gitar, Rick Lingroski – gitar dan Dean Gaudoin – bass.

Rusty Blade

Apa cerita terbaharu Rusty Blade...



Rusty Blade satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di persada muzik rock dan metal tempatan. Band heavy metal yang berasal dari Singapura ini telah ditubuhkan pada tahun 1979 yang asalnya dianggotai oleh Zan - drum, Khalid Mubin - guitar, Razak - bass, Ghani - vokal dan Said –guitar. Selepas Ghani meninggalkan Rusty Blade tempatnya digantikan oleh Yantzen, begitu juga dengan Said, tempat Said pula disi oleh Mamat. Selepas mereka mengeggarkan dunia metal tempatan ketika budaya rock dan metal melanda suatu ketika dahulu kini barisan gah Rusty Blade Zan, Khalid, Yantzen dan Mad Nor Hendrix membawa haluan masing-masing. Namun begitu mereka tidak terus menyepikan diri sebenarnya setiap seorang dari mereka masih lagi aktif dengan dunia muzik, rock dan metal. Yang terbaharu sebuah stesen radio iaitu MUZIKfm telah menjemput Royce Sa’ayan dan Maha band yang antaranya dianggotai Khalid Mubin dan Mad Nor Hendrix untuk turut serta dalam rakaman rancangan Hari Raya Aidilfitri stesen tersebut iaitu Rockustika Raya Rock Selamba MUZIKfm.
Apa yang nak dikongsikan bersama dengan semua rockers dan metalers tempatan ialah cerita terkini Rusty Blade meskipun tidak segempak mana namun itu adalah petanda awal untuk kembalinya Rusty Blade ke dunia metal tempatan. Selain pernah membuat konsert sebelum ini namun penampilan Khalid Mubin dan Mat Nor Hendrix baru-baru ini telah membawa satu berita gembira buat peminat Rusty Blade yakni dari cerita dan sembang-sembang dengan Khalid Mubin walau dalam masa yang amat singkat dapat difahami yang mereka – Rusty Blade bercadang untuk membuat ‘come back’ dan bergabung semula. Tapi untuk tujuan rakaman album atau konsert atau apa-apa itu masih lagi kurang jelas. Namun dari mulut Khalid Mubin sendiri yang bersembang dengan Khalid Mudin ada menyuarakan hasrat itu. Apapun kita tunggu dan lihat apa yang bakal terjadi dan yang bakal dihidangkan oleh Rusty Blade buat kita.

Rabu, 24 Ogos 2011

Dawnless

Melodic Metal... Dawnless



Dawnless satu lagi nama yang agak jarang kita dengar namun andai kita telusuri betul-betul dunia metal melalui internet mungkin kita akan terjumpa Dawnless, band Melodic metal yang berasal dari Wallis, Switzerland. Band yang ditubuhkan dalam tahun 2003 itu dianggotai oleh Bertrand, Herve, Lionel, Samuel dan David.
Dawnless telahpun menerbitkan 2 buah album iaitu “A way of escape” (2006) dan While hope remains (2008) namun album kedua itu telah diterbitkan semula dalam tahun 2009 dan mixing telah dibuat oleh Tommy Vetterli.

Isnin, 22 Ogos 2011

Factory Of Dreams



Pertama sekali mendengar lagu dari album “A Strange Utopia” yang berjudul “Broken” dari Factory Of Dreams membuatkan shaqmetal tertanya-tanya siapakah disebalik nama Factory Of Dream itu. Untuk memenuhi kehendak naluri shaqmetal terus shaqmetal geledah internet untuk mencari dimana Factory of Dreams dan siapakah mereka.

Sebelum berkenalan dengan Factory Of Dreams (FOD) ingin sekali saya berkongsi bunyi yang dihasilkan oleh FOD ini jelas pelbagai bunyi teradun di dalamnya – fushion ckup jelas menjadikan bunyi lebih progressive dan ada sedikit aura folk, gothic, neo progressive, symphonic serta bunyi ambient. Sukar untuk memperkatakan apa yang dipersembahkan namun itu adalah sesuatu yang cukup unik dan menarik untuk dihayati. Menurut cerita Jessica Lehto banyak dipengaruhi oleh band The Gathering, Within Temptation, Nightwish dan Blind Guardian.

Ada yang menyatakan ia adalah gothic symphonic metal, progressive dan fushion namun andai kita dengar dan amati mungkin kita boleh katakana bunyi yang diluahkan itu lebih mneyerupai gothic yang sedikit diadun dengan metallic neo-progressive serta anbient. Apapun itu sesuatu yang unik dan menarik untuk halwa kita nikmati. Belum jelas lagi apa yang dibawa oleh FOD namun untuk setakat ini biar kata pegang dulu catatan beberapa orang penulis artikel yang bunyi bawaan merewka itu adalah gothic neo-progressive.

Factory Of Dreams merupakan gabungan dan kerjasama antara multi instrumentalis dan penulis lagu Hugo Flores dengan vokalis Jessica Lehto. Gabungan dua tenaga yang berasal dari Portugal ini mengujudkan FOD dalam tahun 2008 dengan menerbitkan album pertama berjudul ‘Poles’ dan album kedua mereka A Strange Utopia dalam tahun 2009. Album terbaharu mereka diberi judul Melotronical.

Northern Kings

Supergroup Northern Kings..



Supergroup yang dianggotai oleh nama-nama besar dalam dunia metal antarabangsa merupakan band cover symphonic metal. Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi seprti Jarkko Ahola dari band Terasbetoni (bekas anggota Dreamtale), Marco Hietala dari band Nightwish dan Tarot, Tony Kakko dari band Sonata Arctica dan Juha Pekka Leppaluoto dari band Charon dan Harmaja bergabung menjadikan Northern Kings sebuah Supergroup yang hebat.
Single pertama mereka lagu yang pernah dipopularkan oleh Tina Turner – “We Don’t Need Another Hero” telahpun dirilis adalam tahun 2007 dan kemudian diikuti dengan album sulung mereka Reborn. Dalam tahun 2008 album kedua mereka diterbitkan dengan judul Rethroned.

Ahli band
Juha-Pekka Leppäluoto (Vokal)
Marco Tapani Hietala( Vokal)
Tony Kakko (Vokal)
Jarkko Ahola (Vokal)

Discography
Albums
Reborn (2007)
Rethroned (2008)

Singles
"We Don't Need Another Hero" (2007)
"Hello" (2007)
"Kiss from a Rose" (2008)
"Lapponia" (2010)

Jumaat, 19 Ogos 2011

Jani Lane Meninggal Dunia

Jani Lane bekas vokalis Warrant meninggal dunia...



11 Ogos 2011 - Satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia metal antarabangsa dikejutkan dengan berita kematian Jani Lane, bekas vokalis utama band Warrant yang popular dalam tahun 1980an terkenal dengan lagu seperti ‘Cherry Pie’ dan ‘Heaven’. Jani Lane yang usia 47 tahun dijumpai mati di Comfort Inn Hotel, Woodland Hills pada malam Khamis 11 Ogos 2011.
Dengan rambut perang panjang mengurai dan seluar kulit ketat menjengah era rock metal 1980an dengan gelaran ‘hair metal’ rock band. Selepas menyertai Wrrant dalam tahun 1984, nama band Warrant melonjak dan seterusnya menandatangani kontrak dengan Columbia Records.
Jani Lane atau nama sebenarnya John Kennedy Oswald dilahirkan pada 1 February 1964 di Akron, Ohio, Amerika Syarikat. Lane merupakan anak bongsu dari 5 orang adik beradik.
Lane pernah menganggotai beberapa band seperti Cyren yang ketika bersama band itu dia bermain drum. Dari Ohio Lane berhijrah ke Florida dalam tahun 1983 dan menyertai band Dorian Gray dengan posisi yang sama sebagai pemain drum. Kemudian dia dengan Steven (Chamberlin) Sweet mengasaskan pula band Plain Jane. Itu merupakan detik Lane menggunakan nama Jani Lane. Lane mula belajar vocal ketika bermain drum dengan band Dorian Gray dengan guru/jurulatih vocal di Central Florida iaitu Ron Feldman.
Ketika bersama Warrant Lane mencipta beberapa buah lagu hits yang tersenarai dalam Top 40, seperti lagu "Heaven," "Down Boys", "Sometimes She Cries", "Cherry Pie," "I Saw Red," dan "Uncle Tom's Cabin".
Lane meninggalkan band Warrant dalam tahun 1994 dan kembali semula ke pangkuan Warrant dalam bulan September 1994. Dalam tahun 2004 sekali lagi Lane meninggalkan Warrant kerana tidak setuju dengan beberapa perkara tentang band itu. 2008 sekali lagi Lane pulang kembali bersama Warrant atas jemputan agen band The William Morris Agency bagi sesi fotografi dan itu merupakan pertama kali ahli band asal Warrant bersatu semula seperti di awal penubuhan mereka dalam tahun 1992. September 2008 Warrant dan Lane sekali lagi berjalan secara berasingan sekali lagi. Lane meneruskan kariernya dengan cara sendiri dan cuba untuk tampil secara solo.
Kerja solo pertama Lane telah dirilis berjudul Back Down To One dalam tahun 2003 di Eropah. Lane juga ada material yang tidak pernah diriliskan iaitu projek Jabberwocky. Selain itu Lane juga telah tampil suksess dengan VH1 Metal Mania Stripped yang memmuatkan lagu seperti Cherry Pie dan I Saw Red dalam versi akustik. Selain itu Lane juga pernah terlibat dalam bidang lakonan seperti dalam filem Caged Fear, tahun 1990, dan 1991 utnuk filem High Strung.
Dalam kehidupan peribadi Lane menyatakan kedua ibubapanya sebagai ‘go to people’ dan menyatakan ibunya adalah "his most trusted source of advice" dan ayahnya yang boleh berbahasa pelbagai bahasa sebagai "significant impact on my creative and spiritually, 'free thinking' side."
Sewaktu pengambaran video klip single ‘Cherry Pie’ Lane bertemu dengan model Bobbie Brown dalam tahun 1991 dan berkahwin dengan Bobbie Januari 1992. Bersama Bobbie, Jane dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Tayler Jayne Lane. Mereka bercerai dalam tahun 1994 dan Jane berkahwin semula dengan isteri keduanya, Rowanne Brewer dalam tahun 1996 dan dikurniakan anak perempuan lagi yang diberi nama Madison Mechelle Lane. Kemudian dia bercerai dengan Rowanne. Jane berkahwin untuk kali ketiga dengan Kimberly Nash pada 3 Mac 2010 sehinggalah keakhirnya hayatnya 11 Ogos 2011.
Lane sempat merakamkan beberapa buah album dan hasil kerja lain antaranya;
Bersama Warrant
1989 Dirty Rotten Filthy Stinking Rich
1990 Cherry Pie
1992 Dog Eat Dog
1995 Ultraphobic
1996 Belly to Belly
1997 Warrant Live 86-97
1999 Greatest & Latest (versi baharu)
2001 Under the Influence

Solo
2002 Back Down to One

Dengan Saints of the Underground
2008 Love the Sin, Hate the Sinner

Kerja-Kerja Lain
2000 Leppardmania- A tribute to Def Leppard: "Photograph"
2005 Hell Bent Forever - A tribute to Judas Priest: "Electric Eye"
2007 Monster Ballads Xmas : "Have Yourself a Merry Little Christmas"
2008 Led Box - The Ultimate Led Zeppelin Tribute: "The Ocean"
2010 Siam Shade Tribute: "1/3 no Junjou na Kanjou"

Single
As Jani Lane
1991 Voices That Care (Various) U.S.

Video Muzik
1991 Voices That Care

Pukkelpop Music Festival Rebah...


Pentas di Festival Muzik Pukkelpop rebah...


Ranap... pentas di Indiana State Fair ranap kerana angin kencang.

Berita mengejutkan dan menyedihkan bagi sebahagian peminat muzik khasnya muzik rock bila musibah berlaku, meskipun tidak berlaku di tempat kita namun bila mendengar berita nbegitu kitapun turut terasa. Ini bukanlah cerita baharu sebelum inipun pernah juga terjadi, apa yang baru-baru ini(hari Khamis/semalam) terjadi di Belgium – pentas runtuh iaitu pentas untuk Festival Muzik Pukkelpop.
Lebih 70 otang tercedera dan 3 orang terbunuh. Insiden itu terjadi akibat ribut petir yang memusnahkan pentas serta menumbangkan pokok-pokok dan khemah-khemah yang didirikan. Lebih 60 ribu orang dikatakan hadir ke festival tersebut.
Menurut penganjur festival tersebut, Chokri Mahassine, mereka akan menundakan festival tersebut buat waktu ini. Insiden yang sama juga berlaku baru-baru ini di Indiana State Fair, Indiana, dimana pentas juga roboh sebelum konsert bermula yang membunuh 5 orang pengunjung dan mencederakan 45 orang.
Pukkelpop Music Festival merupakan festival muzik yang dianjurkan untuk mengetengahkan muzik progressive dan kontemporari. Antara band yang pernah membuat persembahan di Pukkelpop Music Festival ialah seperti Sonic Youth, The Mission, Ramones, Nirvana, The Sisters of Mercy, Red Hot Chili Peppers, Neil Young, The Smashing Pumpkins, Radiohead, Metallica, Green Day, Guns N' Roses, Pixies, Daft Punk, The Prodigy, Nine Inch Nails dan Iron Maiden.

Isnin, 15 Ogos 2011

Ulytau



Nama yang agak jarang kita dengar namun bagi peminat muzik yang memasukan elemen fushion mungkin pernah mendengar dan tahu siapa Ulytau. Ulytau dalam bahasa tempatan di mana band ini berasal ialah gunung suci (‘the holy mountain’). Namun nama band ini kemudiannya ditafsirkan menjadi ‘Big Mountain’. Band yang dianggotai oleh 3 orang pemuzik ini berasal dari Kazakhstan. Gabuisional mereka menjadikanngan bunyi ala hard rock dan muzik tradisional Kazakhstan menjadikan bunyi folk yang begitu unik yang mengabungkan bunyi violin, gitar elektrik dan dombra, satu peralatan muzik tradisional Kazakhstan yang mempunyai 2 tali.
Ulytau merupakan band projek penerbit Kydyrali Bolmanov dalam tahun 2001 untuk mengabungkan muzik timur dan barat dengan susunan muzik klasikal dari composer seperti Kurmangazy Sagyrbayuly, Antonio Vivaldi, Niccolo Paganini dan Johann Sebastian Bach. Idea ini menjadikan bunyi yang dihasilkan oleh Ulytau begitu unit dan menarik. Dalam menterjemahkan bunyi tradisi menjadi lebih universal, China mereka telah menjelajah Jerman, England, Scotland, P:oland, Amerika Syarikat, Turkey, Jepun dan Russia. Dalam tahun 2001 juga mereka telah dianugerahkan ‘Golden Disc’ untuk lagu ‘Aday’.
Diskografi
Jumyr-Kylysh (2006) (Di Germany dirilis pada 2009 dengan tajuk Two Warriors)
Ahli-ahli
Erjan Alimbetov - Dombra
Maxim Kichigin - Guitar
Alua Makanova - Violin
Pemuzik undangan
Roman Adonin - Keyboard
Oleg Tarnovskiy - Guitar
Serik Sansyzbayev - Bass
Rafael Arslanov – Drums

Nota
Ulytau (Kazakh: Ұлытау ауданы) terletak dalam daerah Karagandy, wilayah tengah Kazakhstan. Ia merupakan bandar dan pusat pentadbiran bagi bagi daerah Karagandy.

Jumaat, 12 Ogos 2011

Jon Oliva's Pain



Jon Oliva antara nama yang agak biasa kita dengar bagi pengemar muzik rock antarabangsa. Tetapi Jon Oliva’s Pain pula seakan akan biasa kita dengar. Jon Oliva atau Jon Oliva’s Pain adalah 2 nama yang ada hubungkaitnya ini lantaran Jon Oliva adalah dalam Jon Oliva’s Pain.

Jon Oliva kita kenal selaku salah seorang pengasas band heavy metal/progressive metal dari Florida, Amerika Syarikat iaitu Savatage. Jon Oliva’s Pain atau adakalanya disebut sebagai JOP merupakan project band terbaharu Jon Oliva. Asalnya projek itu semuanya dilakukan/dibuat secara solo oleh Jon Oliva sendiri namun selepas beberapa bulan kerja-kerja rakaman dibuat bekas ahli Cirle to Circle bergabung dengannya untuk membentuk sebuah band.

Persembahan pertama mereka adalah di Crisis Oliva Memorial Consert pada tahun 2003 dimana pemuzik yang menganggotai band tersebut terdiri dari Matt LaPorte (gitar), John Zahner (keyboard), Jason Jennings (bass) dan Christopher Kinder (drum). Secara ringkasnya tour pertama dalam tahun 2003, mereka tampil dengan nama Jon Oliva Project, tetapi kemudiannya ditukar dengan nama ‘Tage Mahal’. Namun nama Tage Mahal sekali lagi ditukar lantaran sebuah band blues telah menggunakan nama Taj Mahal. Berikut dengan sebab undang-undang dan persekitaran serta juga kekeliruan timbul dikalangan pendengar dan peminat Jon Oliva menukarkan nama band mereka menjadi Jon Oliva’s Pain.

JOP hadir dengan album pertama berjudul Pain yang memuatkan serta menyuntikkan lagu-lagu serta tema muzik ala-ala stail Alice Cooper dan memberi penekanan serta pengaruh pada tema keinginan, kesakitan, kekeliruan dan penyesalan. Jon Oliva sendiri menjelaskan mereka juga banyak dipengaruhi oleh dand seperti The Beatles, Queen dan The Who.

Ahli Terdahulu
Matt LaPorte (gitar) (2004–2011 – meninggal dunia pada 20 April 2011)
Shane French (gitars) (2004–2006)
John Zahner (keyboard) (2004–2009)

Ahli Semasa Tour/Konsert
Jason Jennings (bass) (2003)
Jerry Outlaw (gitar) (2004, 2005, 2010)
Jason Gaines (bass) (2010)

Pemuzik Jemputan
Steve "Doc" Wacholz (drums) (undangan semasa 'Tage Mahal)
Ralph Santolla (gitars) (undangan semasa Global Warning)

Album Studio
2004 - 'Tage Mahal Rilis - 25 July 2004 / SPV
2006 - Maniacal Renderings Rilis - 4 September 2006 / AFM
2008 - Global Warning Rilis - 21 March 2008 / AFM
2010 - Festival Rilis 19 February 2010 / AFM

EP
2006 - Straight Jacket Memoirs Rilis - 23 June 2006 / AFM