Logo Design by FlamingText.com

Selasa, 23 Februari 2010

Akoma


Akoma band symphonic metal dari Denmark ini ditubuhkan dalam tahun 2004 oleh vokalis Tanya Bell dan gitaris, Morten Harboe. Akoma mngeluarkan EP pertama mereka Anmgels of Revenge dalam bulan Februari 2006 yang mana dirakam dan diadunkan(mixing) sendiri oleh Akoma. Sesudah itu beberapa perubahan berlaku pada Akoma terutama pertukaran anggota dan dalam bulan Februari 2006 Daniel Nielsen menyertai Akoma dan tidak lama kemudian disusuli oleh Peter Buur. Selepas beberapa konsert dan latihan yang diadakan oleh Akoma, mereka masuk studio untuk rakaman promo terbaharu mereka, Lost Forest. Promo yang menyelitkan 3 trek itu dilakukan sendiri oleh Akoma di sebuah studio kecil di Silkeborg manakala mixing dibuat di Jacobs Hansen Studio, Denmark.

Anggota Akoma terdiri daripada ;
Tanya Bell - Vokalis
Morten Harboe – Gitar
Daniel Nielsen - Bass
Peter Buur - Drums

Akoma ditubuhkan mengambil inspirasi band ternama seprti Epica, Within Temptation, Lacuna Coil dan Leraves’ Eyes dan bunyi yang dihasilkan Akoma ada mirip sedkit kepada stail muzik Epica, Within Temptation, Lacuna Coil dan Evenescenes.

1 ulasan:

shaqmetal berkata...

wowwww... sorry bro... i know nothing not even a single word... what is about?