Logo Design by FlamingText.com

Rabu, 10 Februari 2010

Dignity




Dignity, band symphonic power metal dari Austria ditubuhkan oleh pemain drum, iaitu bekas anggota band Edenbrigde, Roland Navratil dan pemai keyboard Frank Pitters. Roland dan Frank telah mengenali satau sama lain sejak awal tahun 2000 ketika itu Frank merupakan ‘backliner’ untuk Edenbridge dan pernah bermain muzik bersama dengan posisi yang sama dalam band Free2Fly. Ketika itu Free2Fly Cuma sempat mengeluarkan sebuah demo. Tidak lama kemudian John dan martin pula menyertai Dignity dan penghujung 2006 mereka telah merakamkan sebuah demo untuk album akan datang mereka.

Awal 2007 mereka bercadang untuk memilih lagu bagi album sulung mereka tetapi menghadapi masalah lantaran mereka tidak mempunyai vokalis yang sesuai dengan band Dignity. Bagaimanapun selepas penyelidikan dan pencarian vokalis untuk Dignity mereka menemui Jake E, bekas anggota band Dreamland untuk melengkapkan barisan anggota Dignity bagi menyiapkan album sulung m ereka. Mereka mulai mengoraklangkah bila mereka memasuki studio untuk rakaman pada awal 2008 dan enam bulan kemudian Dignity menandatangi perjanjian dengan Napalm Records. Album sulung mereka, Project Destiny telah dirilis beberap bulan kemudian di Eropah diikuti kemudian di Amerika utara dan Jepun.

Unytuk masa ini(sehingga artikel ini ditulis awal Februari 2010) Dignity masih mencari bahan dan berkerja keras untuk album kedua mereka.

Anggota terkini
Frank Pitters - keyboards and piano (2006-present)
Roland Navratil – drums (2006–present)
Martin Mayr – guitar (2006–present)
John Boy Bastard - bass (2006–present)
Jake E – vocals (2007–present)

Diskografi
Project Destiny (2008)

Tiada ulasan: