Logo Design by FlamingText.com

Isnin, 22 Februari 2010

FARASU



Farasu antara band yang telah bertapak dalam dunia rock dan metal tempatan sejak 2002 meruapakan antara band yang berdiri dengan sub genre muzik Progressive melodic death / Thrash metal. Farasu ditubuhkan oleh Mus,Nahaq dan Bul dalam bulan Disember 2002 di Seri Serdang, Selangor. Gandingan Mus, nahaq dan Bul dilengkapkan lagi dengan Kotam selaku vokalis Farasu. Sebeleum ujudnya Farasu, nahaq Bul dan Kotam merupakan warga anggota band Death Trash Serdang iaitu Iron Storm. Mus pula meruapakan pemain drum untuk band ‘old school’ heavy metal dari Nilai 9, iaitu Brave in Vission (BIV).
Sebagai sebuah band, sejak itu Farasu mula bergerak secara aktif dalam pelbagai ‘scene’ dan dengan lahirnya demo ‘A Millenium Of Madness’ pada 6 Mac 2003 yang memuatkan 3 buah lagu dan dua buah lagu cover merancakkan lagi perjalanan Farasu dalam menongkah arus muzik metal.

Nama Farasu dipetik dari perkataan arab iaitu “Farasul al bahri”. Dalam sejarah lama Melayu nama tersebut merupakan nama bagi seekor kuda hikmat (kuda semberani) Raja suran yang digunakan untuk menegmbara ke dunia luar(alam lain) yang diberi nama Bum-Sum. Manakala nama farasul al Bahri membawa maksud Kuda lautan.

Mendengar pada hidangan lagu dan muzik dari band Farasu, yakni dari hasil karya pertama mereka, bunyi yang diketengahkan agak ‘simple’ dengan riff gitar yang heavy dan buinyi melodic yang agak jelas. Jelas dalam melodic yang diketengahkan oleh Farasu dapat kita nikmati unsur-unsur kemelayuan. Dari demo pertama tersebut tidak jauh bezanya dengan yang diketengahkan menerusi MCD kedua mereka, namun secara jujurnya mereka memp[unyai tarikan yang tersendiri dari aspek bunyi yang dikentengahkan yang adakalanya mengetangahkan elemen arab. Shaqmetal bukan berniat untuk member ulasan atau komen tapi sekadar untuk member sedikit info berkenaan band Farasu mudah-mudahan kita akan dapat menegnali Farasu dengan lebih dekat. Dalam pada itu kalau kita dengar pula buah tangan terbaru Farasu pula iaitu album Menongkah Arus pula mengingatkan shaqmetal pada Cromok. Walaupun tidak seratus peratus namun ada bunyi seakan Cromok namun secara keseluruhannya album Menongkah Arus menghidangkan bunyi enegertik yang lebih berbunyi melodic heavy thrash metal. Bagi yang belum kenal farasu dan muzik Farasu rasanya album menongkah Arus menghidangkan sesuatu yang sedap didengar dan puas menikmati lagu dan muziknya yang energertik.

Barisan terkini Farasu terdiri daripada
Arm - vokalis
Nahaq - gitar
Bull - bass
Mus Fidaiyyin – drum

Diskografi
A MILLENIUM OF MADNESS (DEMO 2003)
1. Shadows of Life
2. Corethumb
3. Sapphire
4. Serpent Scream*
5. Bath in Sin*
6. Sapphire (rough mix)

THE BLACKMOON ECLIPSE (MCD 2006)
1. Gerhana Rembulan Hitam
2. Patrasari
3. Midnight Evil Spirit 2006
4. Gempita Mastika
5. Invasion
6. Nasyrah

MENONGKAH ARUS (ALBUM 2010)
1. Keris Songsang
2. Tangisan Malam
3. Akustika Jiwa
4. Patrasari
5. Bayangan Kehidupan
6. gempita Mustika
7. Bisikan Suara Halus
8. Manifestasi Kedangkalan

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam bro....ble tau x siapakah gerangan pemilik blog ini....thanx byk2 coz sapot Farasu...ble x roger aku kat 012-2352094...thanx bro...Nahak from Farasu...

shaqmetal berkata...

hehehe... just a fresh n energertic muzik from farasu... great bro... keep it up.